bab 14

3 1 0
                                        

"ASSALAMUALAIKUM"

Kaki melangkah masuk sebaik sahaja memberi salam dari luar. Kasut yang dipakai diletakkan ke atas rak kasut yang disediakan.

"Eh mana Arwa?" Soal Alisya apabila tiada kelihatan bayang-bayang sahabatnya itu.

"Tak akan kerja. Dia kata cuti hari ini." Monolog hatinya sebelum plastik yang berisi kerepek dibawa ke dapur.

Telefon bimbit miliknya dibawa keluar sebelum mendail nombor rakannya. Tanpa menunggu lama, panggilannya diangkat.

"Kau pergi mana Arwa? Kerja ke?" Tanya Alisya sebaik sahaja panggilannya diangkat.

"Eh!sorry Lisya. Aku lupa nak bagitahu kau. Niel ajak aku makan tadi. Bawah tudung saji ada nasi goreng , kau makan tau." Balas Arwa dari dalam talian. Alisya yang mendengar hanya mengangguk seolah-olah Arwa berada di hadapannya.

"Hm. Bila kau balik ni?" Matanya dikerling ke arah jarum jam.

"Petang sikit aku balik. Aku ada kerja sikit. Tak apa kan kau sorang-sorang?" Tanya Arwa risau.

"Tak apa. Kau jaga diri."

"Alisya." Seru Arwa. Alisya hanya mendengung bagi membalas pertanyaannya.

"Kau dapat ke kerja?"

Keluhan berat dilepaskan." Belum. Kenapa?"

"Kerja dengan Daniel nak?" Tawar Arwa. Alisya yang mendengar mengelamun jauh.

"Lisya, dengar tak? Kerja dengan Daniel as PA dia."

"Nanti la aku fikir. Aku tak nak susahkan korang berdua." Balas Alisya bersalah.

"Tak ada la. Nanti aku balik,kita bincang."

"Iya. Hati-hati." Pesan Alisya.

"Kau pun." Panggilan segera ditutup. Permintaan Arwa bermain di kotak fikirannya semula.

"Patut ke aku terima?" Soal Alisya sendirian. Dia buntu dia perlu terima atau tidak. Namun melihat keadaannya kini, dia perlu menerima namun di sebelah pihak lain dia perlu berusaha lebih lagi.

Malas menyerabutkan kepalanya , dia menyimpan kerepek tadi di botol sebelum naik ke biliknya untuk membersihkan diri.



"HAIH. Degil betul Alisya ni."

"Kau kenapa mengeluh je?" Soal Daniel sambil matanya menumpu ke arah pemanduannya.

"Alisya. Dia tetap nak cari kerja. Runsing aku dibuatnya." Balas Arwa perlahan.

"Biarlah dia. Dia nak juga berdiri atas kaki sendiri."

"Aku tahu. Tapi, susah nak cari kerja sekarang. Lagi-lagi sekarang perlukan tenaga lelaki je." Bagitahu Arwa memandang Daniel yang berada disebelahnya.

Daniel hanya diam. Ada benarnya kata-kata Arwa. Namun sikap Alisya yang suka bergantung kepada diri sendiri tidak dapat diubah.

"Tak apa. Nanti kita pujuk sama-sama. Sekarang kau nak pergi mana-mana ke?"

Arwa hanya mengeleng." Tak ada dah. Kau tak masuk kerja ke?" Soal Arwa hairan apabila melihat Daniel yang hanya bersamanya sedari tadi.

"Tak. Aku pun perlukan rehat juga. Aku manusia bukan robot. "

"Tahu pun manusia. Yang pergi buat kerja macam tak ada hari esok kenapa?" Sinis bicara Arwa. Daniel menjeling tajam ke arah gadis disebelahnya.

"Apa boleh buat. Aku mana ada abang atau adik. Terpaksa la tolong abi aku."

"Kau tak nak ke balik jumpa bonda dengan abi?" Soal Arwa.

"Kerja banyak. Aku tak sempat nak jenguk dorang. Tapi , tak apa aku ada juga call tanya khabar dorang." Jawab Daniel. Kereta yang dipandunya membelok masuk ke rumah sewa Arwa.

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now