bab 15

5 2 0
                                    

SEJAK tadi, mata Lucien tidak berkelip melihat kad yang tersimpan elok atas almari. Walaupun ini adalah pertama kali dia memikul tanggungjawab yang besar, namun dia tidak menjadikan kekurangannya menjadi asbab dirinya tidak mampu bekerjasama dengan baik bersama syarikat yang bakal berganding bersamanya. Dia tahu, dia tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam menguruskan perniagaan apatah lagi menjadi ketua dalam perniagaan tersebut.

"Macam mana?"tanya Wiliam sambil menghampiri Lucien yang banyak termenung itu. Punggung dihenyakkan bersebelahan Lucien.

"Entah." Balas Lucien pendek.

"Nak aku pergi dengan Ain ke?" Tanya Wiliam memandang wajah Lucien.

"Perlu ke? Aku tak lemah walaupun aku masih baru." Ujar Lucien bersuara.

"Ya la. Tapi, kita kena ingat Ceo syarikat tu bukan biasa." Wajah Lucien mula berkerut.

"Kau faham tak?" Soal Wiliam apabila melihat Lucien hairan. Gelengan Lucien menyebabkan dirinya mengeluh.

"Ceo syarikat tu dah banyak kembangkan perniagaan dia dengan syarikat luar. Tak mustahil , syarikat tu boleh bersaing dengan kita nanti. Jadi, kau kena pastikan kita bersikap professional sepanjang projek ni berlangsung." Terang Wiliam panjang.

"Jadi, kau boleh buat tak?" Tanyanya lagi

"Kalau aku percepatkan tarikh , tak boleh ke?" Tanya Lucien.

"Kalau kau nak percepatkan , baik kau redah syarikat dia terus. Tak perlu kita hantar surat macam ni lagi." Dengus Wiliam sambil menjeling.

"Esok kita pergi."

"Kau gila ke? Prosedur syarikat tu banyak. Mana boleh sesuka hati redah." Kata Wiliam tidak berpuas hati.

"Kita atau dia yang nak bekerjasama sekarang?" Soal lucien tegas. Wiliam hanya mengalah dengan sikap degil Lucien.

"Iya la. Pagi atau petang?" Soal Wiliam memandang Lucien. Baginya , dia perlu mengesahkan kehadirannya supaya syarikat itu bersedia dengan kedatangan mereka secara tiba-tiba.

Lucien tidak menjawab sebaliknya mengukirkan senyuman sinis.

"Aku benci kau sekarang." Ujarnya mengalah.



WILIAM  memandang bangunan yang berada di hadapannya . Seketika kemudian, dia memandang tepat ke arah pintu masuk Syarikat Ardnels .

Hampir terhenti nafasnya apabila berdiri dihadapan syarikat itu bersendirian. Jam ditangan menunjukkan tepat pukul 3 petang.

"Kalau bukan sebab Kai, aku memang tak akan jejak sini." Bebel dirinya.

Kaki segera melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Seorang polis bantuan yang berada di tengah-tengah bangunan didekati. Mungkin sedang melakukan rondaan di kawasan tersebut.

"Encik, boleh saya tanya? Di mana pejabat pengurus syarikat ini ya?" Tanya Wiliam. Polis bantuan tersebut memandang Wiliam atas bawah. Mungkin berasa hairan melihat Wiliam.

"Encik ni siapa ya? Ada hasrat apa disini?"

"Saya perlu menyampaikan sesuatu kepada pengurus disini."

"Encik boleh jalan terus ya. Boleh berjumpa pekerja disitu. Mereka mungkin boleh tunjukkan jalan." Wilian mengangguk sebelum mengikuti arah yang dimaksudkan.

Sebaik sahaja tiba di kaunter , dia segera melangkah ke arah tersebut sebelum dirinya disapa oleh seseorang.

"Encik Wiliam buat apa disini?" Soal Daniel sebaik sahaja dirinya terlihat kelibat Wiliam.

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now