bab 9

6 2 0
                                    

SUASANA sunyi sepi tanpa sebarang suara di rumah bak istana itu menimbulkan suasana tegang antara mereka . Walaupun rumah itu terisi dengan bilangan manusia yang agak ramai namun , tiada suara yang mampu memecahkan kesunyian yang memenuhi ruangan kini .

"Grandma,please?" Kedengaran suara Aulia yang merayu. Mereka hanya melihat Aulia merayu sebegitu rupa. Bukan tidak mahu membantu , mereka lebih memilih untuk mendiamkan diri.

Puan Aily hanya memandang kosong wajah cucunya . Lucien yang melihat ingin sahaja melangkah namun satu suara mencelah menyebabkan dirinya terhalang.

"Grandma tidak restu. Apa-apa sahaja kebenaran yang keluar dari mulut kamu , tetap grandma tidak setuju. Cukup!" Ujar Puan Aily sebelum dia mengorak ke biliknya.

Air mata milik Alia segera jatuh tanpa dipinta sebaik sahaja kelibat Puan Aily tidak kelihatan. Laju sahaja Puan Aylee memeluk anak saudaranya yang sudah dibasahi air matanya sendiri.

"Shh,it's okay. Nanti kita pujuk lagi ya,sayang?" Ujar puan Aylee sambil mengusap lembut kepala Aulia. Lucien yang hanya memerhati sedari tadi segera menapak ke bilik Puan Aily.

"What's wrong with you,Grandma?!" Soal Lucien keras. Puan Aily yang asyik memandang ke luar segera mengalih pandangannya ke arah cucu lelakinya itu .

"Cukup!Grandma tak mahu dengar. Grandma tetap dengan keputusan grandma sendiri. Grandma tidak akan setuju walau apa yang jadi. Lelaki itu tidak sama taraf dengan kita."

"We're already not same,grandma. Stop this nonsence. Kai hormat Aulia as perempuan Islam. So do you!" Suara Lucien mulai naik senoktah gara-gara kesabarannya yang mulai tipis .

"Jadi ,tiada jawapan selain itu." Lucien yang mendengar balasan Puan Aily yang selamba cuba menahan amarah yang kian ingin meletus.

"Kai hormat dia as the first person yang masuk agama lain. Cukup dia lahir dalam perangkap grandma. Now what?! Dia masuk Islam and you started to hate her after all what she did?! Dia dah jumpa jalan bahagia dia . Dia bahagia dengan cara macam ni dan grandma nak rosakkan kebahagian tu ?"

Puan Aily hanya sekadar beriak biasa . Aulia yang mengikuti langkah Lucien sebentar tadi segera menerpa masuk ke bilik apabila melihat perbalahan antara mereka mulai parah.

"Gòu qǐ. It's okay." Ujar Aulia lembut sebelum mengajak Lucien jauh dari situ. Lucien hanya mengikut langkah Aulia sebelum matanya sempat mencerlung wajah tua itu.




"CUKUP lah Kai. Grandma tak akan pernah dengar." Lucien mengeluh lemah sebelum wajah gadis itu dipandang.

"Lia nak balik China. Mungkin Lia perlu masa buat sekarang." Ujar Aulia sambil mencari-cari reaksi di wajah kosong itu . Namun hampa , tiada sebarang reaksi yang terpamer di wajah itu.

Lucien hanya diam terkutik. Tiada reaksi ditunjukkan kepada gadis itu. Otaknya kini sarat dengan pelbagai masalah. Dia masih berkira-kira sama ada keputusan Auliaa mungkin dapat mengubah semula keputusan neneknya itu. Namun jauh disitu hati , dia tahu neneknya tidak mungkin mengubah keputusannya yang sudah muktamad itu.

Wajah Lia dipandang lama sebelum dia hanya mengganguk.

Melihat Aulia yang hanya diam membisu , Lucien lantas mengangkat kaki melangkah masuk ke dalam mahligai yang tersergam indah mencari kelibat seseorang.

Apabila matanya tertancap ke arah seseorang yang dicari, bahu ditepuk perlahan . Kunci kereta diberikan sebelum dia melangkah keluar . Wiliam yang sedia maklum turut membantuti langkah Lucien. Aulia yang melihat terpinga-pinga sebelum matanya beralih kepada Wiliam. Dirinya segera mengganguk faham apabila melihat gerakan mulut Wiliam. Tempat pemandu dan penumpang segera diduduki.

"Tempat biasa?"soal Wiliam.

Lucien hanya mengangguk. Enjin kereta dihidupkan sebelum kereta tersebut meluncur laju ke jalan raya.

"Kalau dah sampai kejutkan aku." Kata Lucien sebelum dirinya mulai menutup mata. Wiliam yang mendengar hanya mendehem bagi membalas kata-kata Lucien.

"Aku harap kau ada Rya"ujar Wiliam sebelum matanya memandang Lucien yang sudah dibawa mimpi. Keluhan berat dilepaskan sebelum matamya beralih ke arah pemanduanya.


ARWA yang baru sahaja bangun dari tidurnya berlalu turun ke bahagian ruang tamu. Suasana pada petang itu agak sunyi berbanding hari-hari sebelumnya. Jika pada waktu ini , pasti suara Alisya memecah kesunyian yang ada. Manakan tidak apabila Alisya menonton Kdrama yang diminatinya. Namun , pada petang ini tidak pula kedengaran suara Alisya atau bayang-bayangnya.

Sepasang matanya masih ralit mencari keberadaan Alisya. Langkah segera dilajukan menuruni anak tangga. Dapur mula dituju sebelum dia mendengus kasar.

"Mana budak ni?" Soal Arwa hairan. Jam yang tergantung di dinding ruang tamu dipandang sekilas .

Apabila melihat televisyen yang terpasang , Arwa mengagak bahawa Alisya berada di persekitaran rumahnya . Hanya Alisya sahaja yang suka membiarkan televisyen terpasang bagi menemaninya ketika berseorangan. Walaupun begitu , bayangan Alisya masih tidak kelihatan . Hal ini menyebabkan Arwa mulai mencari-cari kelibat Alisya di rumah itu.

Arwa segera mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja makan. Kaki diangkat kembali melangkah ke arah sofa yang berada di ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya disitu.Baru sahaja ingin mendail nombor sahabatnya , pintu utama kedengaran dibuka. Dia segera menuju ke arah tersebut sebelum kornea matanya dihiasi wajah milik Alisya.

"Ha, Arwa . Bangun dah kau. Jom pergi jogging!" Ajak Alisya .

"Kau pergi mana Lisya? Tak nampak pun batang hidung kau tadi" soal Arwa.

"Aku dekat luar. Siram pokok." Kata Alisya sambil menaiki anak tangga .

"Kalau kau dah siap tunggu aku dekat bawah tau , aku nak mandi." Ujar Arwa sebelum bilik air dituju untuk membersihkan diri. Tuala yang terletak elok di ampaian diambil sebelum berlari anak menuju ke ruangan bilik air.

Alisya hanya menganguk mengerti sebelum dia naik ke atas semula.


HAMPIR 30 minit memandu , keretanya mula membelok ke sebuah taman rekreasi. Enjin dimatikan sebelum Wiliam melangkah keluar dari perut kereta tersebut.

"Wei, bangun!" Panggil Wiliam dengan agak kuat.

Lucien tersentak apabila mendengar suara Wiliam yang kuat itu hingga menyebabkan dirinya segera terbangun dari tidurnya . Perlahan-lahan matanya yang mengantuk itu dibuka sebelum pintu keretanya dibuka luas.

Lucien memandang satu-persatu kawasan yang menjamah pemandangannya . Tiupan angin yang menampar wajahnya lembut menyebabkan dia berasa tenang. Rambut yang kusut dibetulkan semula menggunakan jarinya.

Kakinya segera diangkat menuju satu tempat yang tidak asing baginya . Wiliam segera menutup pintu kereta sebelum dia turut mengikuti langkah Lucien.

"Kakak.."

Beautiful Mistake Where stories live. Discover now