HER BROKEN FATE ✿ 11

961 47 3
                                    

KEBISINGAN di sekitar kawasan fun fair ini menambahkan lagi keterujaan Elvina

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEBISINGAN di sekitar kawasan fun fair ini menambahkan lagi keterujaan Elvina. Emyr yang setia berada di sebelah itu mengoyak senyuman taktala gadis pujaannya itu terlompat-lompat kecil akibat terlalu teruja dapat menghabiskan masa lapangnya di sini.

Emyr betulkan kolar baju Elvina, cuaca di Milan ini tidaklah sejuk mana namun Eshan banyak kali berpesan agar Emyr tengok-tengokkan sekali Elvina kerana takut jika gadis itu demam atau selsema kerana tidak biasa dengan cuaca di sini.

Elvina pandang Emyr sekilas lalu menghadiahkan senyuman manis sebelum kembali menghadap ke hadapan.

Emyr turut tersenyum lalu dimasukkan tangan ke dalam poket jaket yang disarung ke tubuh badan.

" Kau nak main apa-apa dulu tak dengan aku? Thaqif lambat dan dia orang suruh kita main apa-apa dulu or maybe eat something if you want?" Elvina bawa jari telunjuk dan ibu jari ke dagu lalu jari telunjuk itu menampar pipi sendiri berkali-kali sambil berfikir.

"Saya nak makan tu boleh?" Elvina tunjuk gula-gula kapas yang masih diproses itu. Emyr toleh ke belakang sebentar untuk melihat apa yang gadis itu inginkan lalu kembali memandang Elvina.

"Boleh, jom!" Emyr memegang pergelangan tangan Elvina lalu dibawa gadis itu menuju ke gerai gula-gula kapas itu tadi.

"Pilihlah kau nak yang mana," kata Emyr sambil meraba poket seluar, mencari dompet miliknya.

"Terima kasih, Emyr!" ucap Elvina lalu dilihat satu per satu bentuk yang dia mahu. Emyr buka dompet miliknya lalu ditilik berapa lagi baki yang ada.

23€.

Kalau di Malaysia mungkin dia kaya namun di Italy... Emyr rasa malu pula dengan Elvina. Maklumlah dia tidak sekaya Eshan.

"Quanto costa, signore?" soal Emyr apabila pemilik kedai tersebut menghulurkan gula-gula kapas itu kepada Elvina.

"3€," balas lelaki tadi. Emyr menghulurkan tiga syiling.

"Grazie, signore!" ucap Elvina lalu menunduk kepala sedikit tanda hormat.

"Sei il benvenuto, tesoro." Emyr menjeling lelaki tadi apabila dia cuba mengayat Elvina. Lebih-lebih pula... Sibuk panggil anak dara orang tesoro bagai.

"Oh! Bubbles!" Elvina tunjuk sudut sana yang penuh dengan buih-buih. Ramai sedang bermain fubbles dan bubbles gun di sana dan Elvina tertarik!

"Jom," ajak Emyr lalu mereka ke sana pula.

Elvina tak usah minta, Emyr sudah belikan untuk Elvina walapun mahal. Tapi kisah pula Emyr, janjikan Elvina tersenyum bahagia.

Lama juga Emyr dan Elvina menghabiskan masa berdua-duaan. Eshan dan Thaqif masih lagi tidak sampai. Tetapi Emyr tidak marah, inilah peluang dia dapat menghabiskan masa bersama-sama Elvina.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now