HER BROKEN FATE ✿ 56

745 32 8
                                    

AYLA menonton berita utama bersama Tan Sri Ayra dan Karla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AYLA menonton berita utama bersama Tan Sri Ayra dan Karla. Karla di sebelah kiri, Tan Sri Ayra di sebelah kanan manakala Ayla duduk di tengah-tengah. Ayla duduk mengerekot sambil diselimuti oleh selimut tebalnya. Kepala dilentokkan ke bahu Karla.

Berita yang menyiarkan tentang kes pemerdagangan manusia itu membuatkan tubuh Ayla menegak. Maklumat yang disiarkan di kaca televisyen membuatkan Ayla terus toleh ke Karla.

Karla tersenyum lemah. Takut-takut ingin memberi reaksi kerana dia tidak mampu membaca riak wajah Ayla pada saat ini.

"Itu Emyr?" Ayla menyoal sambil menunjuk ke arah kaca televisyen. Ada bebarapa orang lelaki yang lengkap memakai pakaian rasmi tentera dari unit khas dan Ayla pasti lelaki yang sedang duduk di tengah-tengah itu merupakan Emyr Naufal.

Karla mengangguk laju.

"Aku minta maaf tak bagi tahu kau awal-awal, babe. Emyr dan Eshan yang urusakan semuanya, aku dan yang lain hanya tolong mana yang mampu. Elvina pun turut tampil sebagai saksi walaupun dia masih trauma berat, Ayla." Karla menjelaskan satu per satu kepada Ayla. Karla pandang Tan Sri Ayra saat Ayla masih mendiamkan diri.

"Momma sendiri yang tak benarkan mereka beritahu Ayla tentang hal ni. Ayla kan masih tak sihat, jadi momma takut kalau Ayla makin teruk." Tan Sri Ayra juga takut-takut ingin menjelaskan. Takut jika Ayla yang masih tidak stabil dari segi mental itu kembali beremosi.

Ayla tersenyum lalu menggeleng laju.

"Ayla tak marah," kata Ayla lalu tersenyum. Ayla tunduk kepala saat pipi terasa hangat akibat cecair jernih yang sudah mengalir itu.

"Ayla..." Ayla tidak mampu bersuara. Karla datang mendekat lalu memeluk tubuh Ayla yang semakin keding itu. Tan Sri Ayra mengusap belakang tubuh anak perempuannya.

Berbagai emosi menusuk masuk ke hati Ayla dalam pada masa yang sama. Ini kerana hati kecil Ayla berasa terharu dengan tindakan sahabat-sahabatnya yang berjaya meneruskan rancangan yang sudah lama dia simpan.

Sejak Ayla tahu yang rumah anak yatim yang dijaga oleh Hidayah itu merupakan salah satu kerja haram keluarga Warda, Ayla jadi semakin berdendam dan mahu Warda dan keluarga wanita itu mendapat balasan yang setimpal.

Ayla semakin lemas dalam dendam apabila mengetahui yang sebenarnya Warda sudah lama mencipta neraka dunia buat Ayla. Sebelum Ayla dan Fateh bertemu pun, Warda lah punca Ayla dan anak yatim yang lain merana di rumah anak yatim milik Hidayah itu.

Elvina diculik dahulu pun oleh kerana perbuatan keluarga jahat Warda.

Siapa sangka, imej wanita solehah yang Warda pamerkan rupa-rupanya lakonan semata-mata untuk mengaburkan mata semua orang.

Apabila melihat berita pada malam ini, terasa beban yang dipikul akhirnya terlepas jua. Ayla rasa tenang.

"Tapi kami tak dapat jejak lokasi Warda lagi," kata Karla sambil memegang tangan sejuk Ayla.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now