FATEH usap kepala Ayla dengan penuh cinta. Ayla yang sedang fokus dengan kerja hanya membiarkan kelakuan manja si suami. Haih, anak dah lena, bapak dia pula yang sibuk nak bermanja.
Ciuman hangat dilabuhkan ke ubun-ubun Ayla. Fateh senyum hambar saat Ayla
langsung tidak terusik."Sayang makanlah sikit kek yang abang buat ni. Sayangkan suka strawberry cheese cake... Isi perut tu sikit since sayang tak makan nasi pun dari pagi tadi." Fateh cuba ambil perhatian Ayla namun gagal apabila Ayla menolak.
"Nantilah Fateh. Sikit lagi nak habis dah." Graph dan data ditilik dengan cermat. Kalau salah mahu susah dia nanti.
Tangisan Eshal memecahkan kesunyian. Fateh kerling Ayla sebentar lalu berlari ke luar dari bilik kerja ini untuk mendodoi Eshal supaya anak manja kesayangannya itu tidur semula.
Hampir dua jam juga Ayla fokus dan akhirnya siap juga! Ayla mengeliat perlahan lalu menghempas meja untuk bangun. Terpandang pula cheese cake yang ada strawberry di atasnya itu.
Ayla ambil lalu habiskan sambil berjalan menuju ke dapur.
Selesai tugas yang lain, Ayla masuk ke dalam bilik tidur dengan mata memberat. Lihat sahaja Eshal yang sedang nyenyak tidur di atas dada ayahnya itu membuahkan senyuman lebar di bibir Ayla. Comel sangat Eshal tertonggeng sambil mulut terbuka kecil.
Tidur macam dia yang penat bayar bil elektrik rumah.
Ayla menggeleng kepala lalu ikut serta baring. Lampu tidur ditutup supaya bilik gelap gelita lalu Ayla pejamkan mata.
Rasa sudah lama juga tidur, dengar sahaja suara Eshal, Ayla terus bangun. Lampu tidur terbuka sedikit jadi Ayla nampak dengan jelas yang Fateh sedang susukan Eshal namun anak gadisnya itu menolak botol susu tersebut lalu mengajak ayahnya itu bersembang.
Bising sungguh mulut Eshal ni! Ada sahaja dia ajak sembang.
"Iya? Rai mimpi sampai macam itu sekali?" Eshal membalas seolah-olah anak itu sudah mengerti.
"Tapi jangan bising sangat princess, nanti mama terjaga nanti macam mana? Kesianlah dekat mama, Raisha. Mama penat kerja cari duit untuk sara Rai dengan daddy yang tak function ni. Rai tidur dulu ya? Siang nanti kita sambung sembang. " Dahi Ayla berkerut, siapa Raisha? Fateh curang lagi ke macam mana? Mungkin Fateh sedang on call tapi sebab gelap jadi Ayla tak nampak?
"Siapa Raisha?" Fateh meremang saat Ayla menegur secara melulu itu. Eshal yang sedang digendong itu seakan-akan menjawab pertanyaan mamanya.
"Sayang? Kenapa bangun? Bising sangat eh kami berdua?" Fateh pusingkan badan menghadap Ayla.
"Siapa Raisha?" Fateh tersenyum kekok. Nak buat macam mana kalau dah kantoi.
"Ini ha Raisha." Fateh dukung Eshal supaya anak itu berdiri lalu Eshal melonjak suka. Ayla masih tidak faham.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.
Romance⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...