HER BROKEN FATE ✿ 45

849 36 17
                                    

ESHAN pandang seorang demi seorang sahabatnya lalu mengeluh perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ESHAN pandang seorang demi seorang sahabatnya lalu mengeluh perlahan.

"Ayla anak kandung Tan Sri Ayra." Sudah semestinyalah mereka terkejut besar. Siapa sangka, banyak betul misteri tentang Ayla yang mereka tahu sedikit demi sedekit. Selepas ini apa pula? Ayla sebenarnya seorang perisik Rusia yang mahu musnahkan dunia?

Ok, itu sudah melebih.

"Wah! Sumpah tak boleh brain." Karla menggelengkan kepala berkali-kali lalu menekup pipi sendiri. Sebenarnya... It explain why Ayla sangat berbakat dalam bidang fesyen! Jadi, logik sahaja sebenarnya fakta ini dan kalau fikir balik, wajah Ayla sama jelita seperti Tan Sri Ayra namun wajah jelita itu juga ada raut wajah sempurna arwah Tan Sri Huzayfa Zahin.

"Jadi Amanda..." Belum sempat Thaqif ingin menyoal Emyr terlebih dahulu memotong.

"Perempuan tu dah tahu, siap buat DNA test lagi. Patutlah aku nampak dia gelabah semacam bila Ayla kenalkan diri dia sebagai Ayla. Nak lagi bila dia tahu Ayla anak yatim piatu dari rumah anak yatim dan aunty and uncle ambil Ayla sebagai anak angkat. Lagilah dia yakin Ayla anak Tan Sri Ayra," terang Emyr sambil mematahkan

"Aku rasa dia dah lama syak yang Ayla adik dialah Eshan. Tapi selama ini dia tenang lagi tapi bila semua dah tahu tentang kes Elvina ni, dia jadi paranoid tak bertempat. Takut kalau Ayla ingat dan akan bongkarkan rahsia dia. Last-last, dia yang bongkar rahsia sendiri." Emyr tidak puas hati lagi. Rasa nak mengamuk dan tampar wanita itu sehingga dia puas.

"Rahsia apa ni?" Karla mula risau.

"Amanda penyebab Ayla hilang dulu," balas Eshan dengan nada perlahan

"Ya Allah," ucap Raid dan Thaqif serentak manakala Karla terlalu terkejut sehingga tangan menutup mulut sendiri.

"Ayla ada kata apa-apa lagi ke?"

"Tak, ini pun sebenarnya kami tahu dari Dr. Khai. Dr. Khai yang curi dengar segala pergaduhan Ayla dan Amanda sebab dia pun dah lama syak Amanda ada agenda tersembunyi. Tambah-tambah lagi bila Amanda merayu minta tolong dia buat DNA test senyap-senyap. Biasalah dah kalau orang buat macam ini mestilah ada niat pelik-pelik macam dalam drama. Dia juga yang panggil aku dengan Emyr. Kalau tak sampai ke sudah tak tahu Ayla pergi mana," terang Eshan panjang lebar.

"Jahatnya dia. I tak sabar nak dengar Ayla cerita sendiri dekat I," kata Karla lalu mengambil potongan piza yang terakhir. Itu milik Emyr sebenarnya tapi malas nak gaduh.

Pintu dibuka dari luar dan berjaya membuatkan kelima-lima mereka terkejut besar. Tak akanlah Dato Ghazali pula yang turun tapi siapa?

"Ayla?" Ayla senyum hambar lalu berjalan ke arah sofa.

"Ayla you buat apa dekat sini? You tak sihat lagikan?" Eshan rasa mahu pitam melihat wajah pucat Ayla yang selamba terbaring di atas sofa itu. Dengan masih pakai baju hospitalnya lagi. Bau pun bau hospital!

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now