RAMAI yang menghadiri majlis perkahwinan Fateh Rayhan dan Nur Ayla. Termasuklah bekas tunang Fateh sendiri.
Warda Thalia.
Warda pandang Fateh dan Ayla yang sedang bahagia melayan tetamu. Pasangan sejoli tersebut kelihatan sangat-sangat berseri, sangat-sangat sepadan dan penuh dengan rasa cinta.
Dan itu membuatkan Warda benci. Fateh miliknya! Mengapa Fateh curang dengannya dan kahwin dengan Ayla? Warda baru sahaja pulang dari Australia dan mahukan Fateh semula. Dia mahu berbaik dan mencintai Fateh semula namun Fateh sudah jadi milik orang.
Ini tidak adil bagi Warda!
Warda mendengus kegeraman lalu berjalan ke arah Fateh dan Ayla.
"Hi sayang." Dengan tidak tahu malu Warda memanggil Fateh dengan panggilan sayang. Fateh dan Ayla terkilan namun Ayla hanya membalas dengan senyuman. Fateh pula sudah menjeling Warda. Gila apa perempuan ni? Bersayang dengannya sedangkan disebelah Fateh terang-terang ada seorang isteri yang sangat Fateh cintai.
"Nama I Fateh, bukan sayang." Fateh membidas Warda tanpa riak. Malas layan perempuan gila ni.
"Tahulah nama you Fateh tapi I kan panggil you sayang and you panggil I baby." Ayla yang berada di sebelah sudah tidak senang duduk. Warda pula makin naik lemak sehingga Fateh rasa mahu sahaja menghalau Warda namun dia tidak mahu buat kecoh kerana ini hari bahagianya dengan Ayla.
"Itu sebelum kau curang dengan aku Warda. Mana teman lelaki Australia kau? Tak datang sekali?" Ayla terkejut. Warda curang dengan Fateh? Warda tunang Fateh? Jadi Ayla sudah rampas Fateh? Ayla ke yang jahat?
Merah padam wajah Warda ketika ini saat Fateh cuba memalukannya di hadapan orang ramai. Tambah-tambah lagi di hadapan Ayla yang baru sahaja dia kenal itu.
"You jangan biadap Fateh. You pula, pelacur dari lorong mana yang you kutip untuk jadikan bini?" Hampir terbang tangan kanan Fateh namun segera Ayla peluk lengan suaminya. Takut jika masalah akan jadi lebih besar.
"Kau keluar dari sini sebelum aku malukan kau depan orang ramai, Warda." Warda mengetap gigi lalu dijeling Ayla disebelah.
Dan dari saat itu, Warda bersumpah untuk meruntuhkan mahligai cinta Fateh dan Ayla. Dia akan dapatkan Fateh semula! Dia akan hancurkan Ayla! Itu janji Warda.
•••
AYLA dan Fateh saling membalas pandangan yang penuh dengan rasa cinta itu. Mereka sekarang sedang berbaring di atas katil, menghadap satu sama lain. Fateh mengusap rambut Ayla manakala Ayla mainkan jarinya ke seluruh wajah Fateh.
Kacaknya suami Ayla!
Sedang dia dalam bahagia, hadirlah rasa takut dan bersalah saat dia teringat akan wanita di majlis perkahwinannya siang tadi.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.
Romansa⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...