HER VENGEANCE ✿ 38

883 39 11
                                    

ELVINA tersenyum demi menutup kesedihan yang melampau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ELVINA tersenyum demi menutup kesedihan yang melampau. Dipandang seorang demi seorang ahli kumpulan Saint Venom, atau lebih tepat lagi sahabat kesayangannya.

Emyr tidak pandang langsung muka Elvina, Thaqif mengerling ke arah Eshan lalu ditunduk menekur lantai manakala Karla pula, sudah berlinangan dengan air mata. Teresak-esak Karla menangis oleh kerana terlalu menjiwai kesakitan yang Elvina pernah rasakan suatu ketika dahulu.

Eshan ada si sebelah Elvina, sedang mengenggam tangan wanita itu untuk menyalurkan kekuatan. Walaupun Eshan sudah tahu cerita yang sepenuhnya namun air mata masih degil untuk meluncur ke pipi.

Oleh kerana semua orang menangis, Elvina kembali menangis.

Emyr mengenggam kuat tangan sendiri. Kalau ikut baran dia, Mahu sahaja Emyr bunuh Warda dan Fateh. Masuk penjara pun dia kisah apa, janji dia puas.

"El..." Karla memanggil Elvina sambil berjalan mendekati wanita itu. Tadi dia duduk di sebelah Emyr dan sekarang dia sudah dakap erat tubuh sahabatnya itu.

"It must be hard for you, right? Mesti sakitkan? Sakit lagi tak? Kalau sakit lagi kita jumpa doktor, El. I boleh bawa you pergi hospital family I. Patutlah you selalu mengeluh kata you sakit badan... Kenapalah I tak pernah ajak you pergi spa or fisioterapi ke? Kesiannya bestie I, wuargh!" Elvina ketawa kecil oleh kerana telatah beremosi Karla.

"I'm okay right now, Karla. I ada you, I ada Eshan, ada Thaqif, ada Emyr, I ada Saint Venom jadi mestilah I am fine!" kata Elvina sambil menyambut tangan Karla.

"Perangai mengalahkan iblis." Thaqif mendengus kegeraman lalu rambutnya diserabutkan. Thaqif rasa tertekan, memanglah dia lelaki yang penyabar namun dia juga ada had sendiri. Kalau dia dapat Fateh dan Warda sekarang memang mati mereka berdua Thaqif kerjakan.

"Saya bangga dengan awak Elvina, awak kuat..." Thaqif memuji separuh jalan sahaja kerana air mata kembali tumpah. Bukan apa tapi apa yang dilakukan oleh Fateh dan Warda kepada Elvina sudah lebih dari tahap gila! Ini tahap psikopat! Pasangan suami isteri itu sudah gila gamaknya.

Thaqif dan yang lain tidak mampu membayangkan bagaimana peritnya Elvina menjalani kehidupannya sebagai Nur Ayla. Bila Thaqif cuba bayangkan alur cerita Elvina sahaja sudah cukup membuatkan dia kembali menangis.

Bayangkan jika itu terjadi pada adik kandungnya. Ah! Elvina pun adiknya juga! Dan dua manusia jahanam itu telah menyakiti Elvina dengan kejam! Ingat dia mahu duduk diam sahaja ke selepas ini?

Emyr masih diam. Selalu dia paling bising macam burung murai. Tapi hari ini lelaki itu hanya mendiamkan diri.

"Kalau I dapat betina tu memang I akan pastikan dia mati! Isy! Argh!" Karla menjerit akibat terlalu bengang dan stres. Ditarik-tarik rambut panjang sendiri sehingga hampir gugur. Nasiblah rambut dia kuat.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now