ALIS mata lelaki yang pernah dia cintai suatu ketika dahulu ditatap lama. Ayla bermain dengan rambut tebal Fateh yang sedang lena itu. Hanya dia yang terbaring di atas katil, Fateh hanya melentokkan kepala ke tilam sebelah kanan, di mana Ayla berada.
Sedar sahaja dari lena yang panjang, Ayla nampak jelas kepala Fateh yang sedang terlentok itu. Tangan kekar lelaki itu pula sedang berehat di perutnya.
Ayla sebenarnya sedar sahaja ketika Fateh membaca doa sambil mengusap perutnya yang terasa sakit akibat pergerakan bayi mereka di dalam sana. Namun kerana terlalu penat, Ayla membiarkan sahaja lalu kembali memejam mata.
Ayla perhati lama wajah kacak Fateh. Ayla tidak dapat menafikan yang Fateh semakin berusia, semakin nampak segak dan kacak. Fateh juga lebih nampak matang daripada Fateh yang dahulu.
Dan selama Fateh mengambil tugas menjaga Ayla selama beberapa bulan ini, Ayla nampak sahaja usaha keras lelaki itu untuk meyakinkan dia supaya membuka kembali pintu hati yang sudah lama terkunci itu.
Fateh benar-benar buktikan bahawa dia masih mencintai Ayla. Malah, Fateh mencintai Ayla lebih dari masa lalu mereka, lebih dari hari-hari yang lepas sehingga setiap hari yang berlalu, cinta Fateh semakin membuak.
Buktinya, Fateh tidak melakukan satu pun perkara yang dapat menyakiti hati seorang isteri. Fateh yang sekarang terlalu baik sehingga Ayla yang nampak jahat.
Apa sahaja hinaan yang Ayla lontarkan, Fateh terima dengan senyuman manis.
Apa sahaja perbuatan Ayla yang dapat mengores hati, Fateh terima dengan tenang. Tidak melawan dan tidak juga memberhentikan perbuatan isterinya itu.
Di saat Ayla berkeras sehingga naik tangan, Fateh tadah sahaja tubuh badannya agar wanita itu puas. Walaupun luka di tubuh masih belum pulih sepenuhnya namun Fateh tidak kisah.
Kerana bagi Fateh, perbuatan hinanya kepada Ayla suatu ketika dahulu beribu kali ganda lebih kejam berbanding apa yang Ayla balas.
Nak dibandingkan hinaan serta pukulan Ayla yang terasa manja bagi Fateh itu tidaklah teruk sangat kalau nak dibandingkan dengan penderaan serta kecurangan yang Fateh pernah lakukan dahulu.
Ayla lebih sakit. Ayla lebih derita.
Kerana dia juga, mereka hilang anak sulung mereka buat selamanya.
Kerana itu jugalah Fateh bersungguh mahu meraih kemaafan walaupun dia tidak layak. Dia mahu Ayla menerima cintanya walaupun dia tidak mampu dicintai oleh wanita itu lagi.
Tapi itula... apa boleh buat jika kunci ke pintu itu sudah lama hilang kerana Ayla sendiri yang campak kunci itu jauh-jauh. Jauh, sehingga tiada siapa mampu mengembalikan kunci tersebut.
Ayla dapat rasakan cinta Fateh terhadapnya.
Tapi itu tidak mengubah apa-apa.Hatinya tetap milik Eshan Mikhayl sahaja.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.
Romantik⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...