HER JOURNEY ✿ 68

2K 37 6
                                    

KARLA mencari bayangan sahabat baiknya sebaik sahaja kapal terbang yang membawa Ayla, Elvina, Thaqif dan Eshal selamat mendarat di KLIA 2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KARLA mencari bayangan sahabat baiknya sebaik sahaja kapal terbang yang membawa Ayla, Elvina, Thaqif dan Eshal selamat mendarat di KLIA 2. Orang ramai pada hari ini sehingga sedikit sesak.

Emyr hanya diam bermain dengan telefon pintarnya manakala Raid tidak sabar-sabar menunggu kepulangan si kecil Eshal itu.

Tak sabar mahu jumpa mangsa bulinya itu. Rindu!

"Babe!" Karla melambai-lambai ke arah mereka yang sedang keluar dari pintu ketibaan itu. Ayla tersenyum manis manakala Eshal pula sudah berlari ke arah Raid yang menunggu anak kecil itu dengan air coklat di tangan.

"Rindunya!" Karla memeluk tubuh Ayla.

"Tahu... You kan mana boleh hidup tanpa I," kata Ayla lalu ketawa kecil.

Oleh kerana masing-masing sedang lapar, mereka singgah ke restoran di dalam KLIA 2 ini dahulu sebelum bergerak pulang.

•••

AYLA mengusap kepala Eshal yang sedang nyenyak diulit mimpi itu. Kadang-kala Ayla tersenyum sendirian melihat betapa comelnya anak kandungnya itu. Sudahlah mulut macam itik! Rasa nak cium-cium Eshal sehingga anak itu lemas.

Ayla tidak pernah sangka yang dia akan menyayangi Eshal sehingga sebegini rupa. Masih Ayla ingat bagaimana dia mahu gugurkan bidadari kecil ini. Bagaimana tekadnya Ayla untuk meninggalkan Eshal kepada Fateh oleh kerana Eshal hadir ke rahimnya tanpa dipinta.

Allah... Ayla menyesal sungguh sehingga dia malu. Malu dengan Eshal, malu dengan orang sekeliling yang melihat betapa dia mahu Eshal mati dahulu dan malu dengan penciptanya.

Tanpa disedari, perlahan-lahan air mata Ayla menitis. Ayla labuhkan ciuman ke ubun-ubun Eshal. Apabila muka sudah jauh dengan wajah lena Eshal, anak daranya itu tersenyum suka seakan-akan sedar bahawa mama baru sahaja mengucupnya.

Ayla ketawa perlahan lalu mengusap pipi gebu Eshal.

Kini fikiran Ayla kembali merewang memikirkan perihal Eshan. Lama juga Ayla termenung memendam rasa sehingga Ayla hanyut dalam dunia sendiri.

"Termenung apa tu?" Ayla tersentak dengan teguran daripada suara garau yang sudah setahun lamanya pergi meninggalkan dia dan Eshal.

"Fateh?" Ayla tergamam melihat Fateh sedang duduk di hujung katil sebelah Eshal lalu sedang menepuk punggung Eshal berkali-kali, mendodoikan anak mereka yang hampir terjaga tadi.

Fateh tersenyum manis saat Ayla memanggil namanya. "Ya, sayang." Ayla rasa pelik namun lebih kepada sebak. Bagaimana Fateh...

"Kenapa sayang? Apa yang ganggu fikiran awak sampai awak tak boleh tidur ni?" soal Fateh yang sudah duduk bersebelah kekasih hatinya itu. Wajah sayu Ayla, Fateh pandang lama.

"Awak fikir tentang Eshan ya?" Fateh menyoal lagi dan lagi. Ayla pula hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Saya... Entahlah, saya pun tak faham dengan perasaan saya." Ayla membalas setelah lama berdiam diri.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now