HER BROKEN FATE ✿ 40

930 40 12
                                    

EMYR dan Karla melepak di bilik ofis Ayla

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

EMYR dan Karla melepak di bilik ofis Ayla. Karla dan Emyr sedang sibuk menguruskan hal sosial media berkaitan dengan Ayla.

Walaupun Dato Ghazali sudah menguruskan hal wartawan dan media, namun masih ada desas-desus yang mengatakan bahawa Ayla lah penyebab utama kehilagan Elvina dahulu, Ayla perempuan yang tidak sedar diri, hubungan sulit antara Eshan dan Ayla dan ada juga satu berita tentang Ayla sebagai seorang perampas dan perosak rumah tangga...

Apa?

Mata Karla membulat. Tiba-tiba sahaja ada berita tentang Fateh dan Ayla...

Sah ini kerja Warda!

"El! Eh Ayla!" Baru sahaja Karla ingin menghalakan skrin ipad ke arah Ayla, bunyi deringan telefon milik Ayla membuatkan wanita itu meminta Karla menunggu sebentar.

"Thaqif? Ya... What?"

"Eh sial lah Warda ni!" Amukan Emyr membuatkan Karla terus toleh ke arah Emyr yang masih terduduk di sofa milik Elvina itu.

"Kan! Perempuan ni memang biadap! Siapa lagi yang tahu tentang kes Ayla dan Fateh tu selain daripada kita kalau bukan betina sorang tu!" Katla menghentak-hentak kaki sebagai tanda geram. Ayla pula makin stres namun apa yang disampaikan oleh Thaqif membuatkan Ayla sedikit tenang.

"Guys, kita kena jumpa Thaqif dekat Candra," arah Ayla sambil mencapai beg tangan.

"You dah tahu-"

"Thaqif dah bagi tahu dan dia dah jumpa lokasi Warda," balas Ayla kepada Karla. Dengan segera Karla mengambil beg tangan yang ada di atas meja kaca lalu mereka bertiga bergerak menuju ke Candra dengan segera.

"Olivia, can you please-"

"It's okay Cik El, go! Let me handle the office matters." Olivia tersenyum manis sambil cuba meyakinkan Ayla. Dia faham dengan keadaan majikannya sekarang, jadi Olivia benar-benar ingin membantu Ayla.

"Thanks Via. Really." Ayla sangat terharu sehingga air mata hampir tumpah. Olvia mengangguk faham.

"Please take care, Miss..." Ayla mengangguk perlahan lalu terus meninggalkan syarikatnya. Olivia berdebar, semoga segala masalah majikannya selesai dengan segera.

Kasihan sungguh nasib yang menimpa Cik Mudanya itu.

•••

EMYR sedang memandu manakala Karla dan Ayla duduk di bahagian belakang.

Pada awalnya, Thaqif memang mahu ikut sekali namun terpadam terus impian lelaki itu saat Eshan masih lagi sibuk di hospital dan meninggalkan Candra bawah jagaan Thaqif.

Jadi Thaqif hanya memberi lokasi Warda kepada Emyr.

"Duduk flat pula? Ingatkan boleh beli penthouse dengan duit pakcik dia." Emyr menyindir Warda yang tiada di hadapan mereka itu. Ketiga-tiga mereka keluar dari perut kereta lalu mencari di mana unit rumah Warda.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now