HER BROKEN FATE ✿ 46

623 22 1
                                    

RESTORAN hotel lima bintang menjadi pilihan Ayla dan Emyr untuk meluangkan masa bersama-sama. Kali ini, Emyr yang mahu belanja Ayla. Selalunya memang wanita itu yang akan keluarkan duit untuknya tetapi kali ini biarlah Emyr pula.

"You mesti nak something kan, Emyr?" teka Ayla sambil memotong daging mahal tersebut. Emyr tersenyum malu lalu dianggukkan kepala. Ayla juga ikut senyum sambil merenung wajah yang nampak masih tenang itu. Ayla dah agak!

"Okay... Cakaplah nak apa." Ayla letak pisau dan garfu atas pinggan lalu menumpukan sepenuhnya perhatian kepada Emyr. Ada timbul sedikit rasa tidak senang di hati kerana raut tenang Emyr terlalu susah untuk diterjemahkan. Emyr ke depan untuk tegakkan badan lalu direnung sepuas-puasnya wajah jelita Ayla.

"Sampai bila kau perlukan aku, Ayla?" Ayla terkilan dengan soalan yang dilontarkan tadi. Dari elok bersandar terus Ayla duduk tegak. Apa yang Emyr merepek ni? Mestilah dia perlukan Emyr sampai bila-bila!

"You... You dah penat kerja dengan I ke Emyr?" Emyr ketawa kecil lalu menggeleng laju. Ke situ pula budak ni fikir.

"Bukan macam itu Ayla. Aku tanya sebab aku nak kan kepastian... sebab lepas ni Eshan yang akan jaga kau bukan aku lagi... And when that time comes, aku dah tak ada kerja tetap-" Belum sempat Emyr menjelaskan niat asalnya, Ayla terlebih dahulu menyampuk.

"I akan still bayar you, Myr! You can be my personal shopping assistant ke? Babysitter ke nanti? Apa-apa je position you nak I akan bagi, janji you selalu ada dengan kami. You nak pergi mana? You ada tempat lain ke nak pergi?" Ayla mula gelabah. Dia tidak sedia mahu kehilangan siapa-siapa, tambah-tambah lagi Emyr yang sangat setia di sampingnya. Emyr menggulumkan senyuman kerana tidak tahan dengan karenah Ayla.

"Dengar dulu Ayla..." Ayla terus diamkan diri.

"Aku tahu kau orang akan bayar aku even aku duduk lepak tengok TV dekat rumah kau orang tapi Ayla... I already decided to join military back." Ayla mencebik namun beberapa saat kemudian Ayla ukir senyuman palsu.

Mengapalah dia boleh lupa Emyr ada kehidupan lain sebelum bertemu dengannya?

"That's great..." Wajah Emyr turut bertukar sayu juga. Tambah-tambah lagi bila ada titisan jernih jatuh dari kelopak mata wanita pujannya itu.

"Tapi kenapa?" Emyr senyum hambar. Patut ke Emyr berterus terang? Beritahu Ayla yang Emyr sangat cintakan Ayla dan tidak kuat melihat Ayla dan Eshan bersama? Yang Emyr sudah berputus asa kerana bagaimana gigih pun Emyr cuba selama ini, Ayla tetap pilih Eshan berbanding dengannya?

"A ku dah sihat." Ada dua pilihan namun Emyr memilih pilihan ketiga. Masih menyembunyikan perasaan yang sudah lama sarat dengan cinta itu.

"Mereka alu-alukan semula kepulangan aku. Kau ingatkan aku cuma direhatkan kerana peristiwa lima tahun lepas?" Ayla angguk perlahan. Ingat dan nak masuk enam tahun dah.

"Kalau kau nak tahu Ayla, Raid pun ikut Ops lima tahun lepas dan... Aku kapten team kami." Mata Ayla membulat tidak percaya.

"Ops lanun tu?" Emyr mengangguk laju.

"Kau nak tahu tak apa jadi?" Laju Ayla mengangguk. Gila ke apa tak nak tahu! Mestilah dia mahu dengar kisah perwira negara! Emyr senyum suka lalu membuka kisah lamanya. Kisah yang telah mengubah kehidupan dia dan anak buahnya yang lain sehingga ramai yang telah terkorban.

BUNYI tembakan yang bertalu-talu membuatkan Emyr berlindung di sebalik dinding. Mata Emyr dipejam rapat, memohon kepada Yang Esa agar dia dan sahabatnya yang lain terselamat. Keadaan semakin genting sehingga Emyr tidak henti melafazkan kalimah suci Allah.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now