HER BROKEN FATE ✿ 13

922 42 1
                                    

ELVINA duduk goyang kaki sambil merangka design baju di Ipad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ELVINA duduk goyang kaki sambil merangka design baju di Ipad. Elvina sedang duduk di giant bean bag miliknya sambil tangan sekali-sekala meraba pinggan di sebelah. Mencari buah strawberi segar untuk dicicah dengan coklat cair.

Elvina tersenyum puas saat rekaannya kali ini nampak begitu menarik. Elvina bangga saat tangannya semakin cekap melukis.

Sedang Elvina ralit melukis, loceng rumah berbunyi. Eh, siapa yang datang? Eshan, Emyr dan Thaqif tak ada cakap apa pun?

Elvina bangun lalu segera dia melangkah mendekati pintu rumah. Pintu dibuka perlahan-lahan, diintai sedikit demi sedikit bahagian luar rumah. Takut jika ini taktik pecah rumah ataupun penculikan.

Apabila tiada bayang langsung di luar sana, Elvina luaskan lagi pintu rumah. Elvina pandang kiri dan kanan.

Line clear!

Tak ada orang langsung.

Baru mahu tutup pintu, mata Elvina menangkap sebuah buku yang terletak elok di depan pintu rumah. Buku yang Elvina sedang lihat ketika ini tebal dan kelihatan serabut kerana selalu digunakan. Namun kerana itulah ia kelihatan klasik dan misteri.

Elvina tunduk untuk ambil namun terhenti saat pikiran negatif mula menguasai minda.

Bagaimana jika ianya perangkap ataupun buku yang sudah disihir? Bulu roma Elvina meremang. Takutnya! Parah juga jika dia terambil benda mistik sebegitu.

Elvina mencangkuk di hadapan buku tadi. Beberapa saat kemudian, Elvina menghidu buku itu dengan lebih dekat apabila aromanya seakan dia kenal.

Elvina memberanikan diri mengambil buku tersebut lalu didekatkan ke hidung.

Beberapa saat kemudian, senyuman gadis itu melebar.

Ini bau Eshan! Bau minyak wangi lelaki itu dan juga bau pewangi rumah Eshan terlalu kuat. Jadi Elvina yakin ini milik Eshan.

Elvina terus menutup pintu rumah. Buku kepunyaan Eshan dibawa rapat ke dada. Apabila punggung sudah dilabuhkan ke bean bag, Elvina tilik setiap inci buku itu.

Ini buku apa ya? Buku kerja? Buku lukis? Tak akanlah ini diary Eshan pula kan?

Eh, sebentar! Diary Eshan?

Kalau ini diary Eshan kenapa boleh sampai depan rumah dia pula? Kenapa Eshan letak merata? Jadi mestilah Eshan beri kerana ada sebabkan?

"I will make sure to share something next time."

Ting! Otak Elvina mula berjalan.

Iyalah! Mana tahu, entah-entah ini cara Eshan untuk berkongsi perasaannya dengan Elvina. Maklumlah, Eshan seorang yang sangat tidak peka dalam hal komunikasi. Mungkin ini satu-satunya cara lelaki itu open up.

Elvina usap kulit buku sebelum getah hitam yang tersambung pada spine buku itu dibuka. Elvina baca halaman pertama.

Diary Eshan.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now