FOKUS Elvina terganggu akibat bunyi ketukan pada pintu biliknya. Buku Sains tingkatan lima ditutup sebelum gadis itu bangun dari duduk.
"Sekejap!" Elvina melangkah laju supaya yang di luar sana tidak menunggu lama.
"Ayah..."
"Kamu sibuk ke? Kalau tak, boleh ayah ajak kamu sembang?" Elvina masih mendiamkan diri. Bukan apa, terkejut dia taktala muka Dato Ghazali yang tersembul depan pintu tadi. Selalunya hanya Datin Liyana yang akan datang kepadanya.
"Kamu study ya? Kalau macam itu ayah per-"
"Boleh! Ayah tunggu sekejap ya." Laju Elvina mencantas. Pintu bilik dirapatkan sedikit kerana Dato Ghazali masih ada di hadapan pintu lalu Elvina menutup semua punca elektrik lalu kembali meluaskan kedudukan pintu.
•••
Dato Ghazali mengajak Elvina duduk di taman bunga milik keluarga mereka. Pemandangan di taman bunga kecil ini lebih indah pada waktu malam. Dengan bau haruman bunga dan juga bau segarnya rumput selepas waktu hujan, dengan lampu-lampu kesukaan arwah anak bongsunya.
Fairy light kan namanya?
Apabila dirinya tersedar yang dia sedang tersenyum sendirian, Dato Ghazali perlahan-lahan menarik semula senyuman lalu menoleh ke sebeleh kanan. Di mana Elvina berada.
"SPM lagi dua minggu, kan?" Elvina menoleh memandang Dato Ghazali sebelum dia mengangguk setuju.
Ya, Elvina Marissa yang asli baru sahaja berumur tujuh belas tahun dan sepatutnya gadis itulah yang sedang kelam-kabut membuat persiapan untuk berhadapan dengan peperiksaan terbesar di Malaysia itu.
Oleh kerana Elvina Marissa binti Ghazali Kadeer tidak berkesempatan untuk melalui fasa tersebut, Elvina pengganti inilah yang akan menghadap peperiksaan SPM itu dua minggu lagi.
"Buat sampai mana yang mampu, ayah tahu kamu seorang yang rajin belajar. Ayah dan ibu nampak effort kamu. Jadi jangan stres-stres," kata-kata semangat diutarakan oleh Dato Ghazali buat Elvina supaya gadis itu tidak terlalu tertekan.
Dia nampak kesungguhan gadis itu dalam menuntut ilmu. Peluang yang dia beri kepada Elvina, gadis itu gunakan sehabis baik. Elvina juga hanya sempat belajar dalam beberapa bulan sahaja. Tak sampai enam bulan pun gadis itu mentelaah subjek yang diambil.
Jadi, jika gadis itu lulus peperiksaan ini pun dia sudah kagum.
"Kami semua percaya yang kamu boleh buat. Kalau perlukan apa-apa minta sahaja pada kami."
"Baik ayah, terima kasih," balas Elvina sambil tersenyum ikhlas.
"Sebenarnya ada satu hal penting yang ayah mahu katakan." Ayat Dato Ghazali membuatkan jantung Elvina berdetak laju. Perut gadis itu pula mula memulas.
"Kenapa yah?" Elvina menyoal.
"Ayah dah berbincang dengan Eshan." Jika tadi jantungnya hilang kawalan kini nafasnya pula seakan tersekat.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.
Romantizm⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...