DARAH di tangan ditilik lama. Tangan masih menggigil akibat trauma yang dihadapi. Ayla masih menunduk menekur ke lantai takdir. Bahu terhinjut menahan esakan.
"Ayla." Ayla tersentak lalu melangut memandang Eshan yang sedang melutut di hadapan. Ayla yang sedang terduduk di kerusi menunggu dan Eshan yang sedang melutut di hadapan Ayla sama-sama membalas pandangan.
"Macam mana kalau Fateh mati sebab saya?" soalan Ayla hanya dibiar sepi. Eshan tarik tangan Ayla lalu mengesat cairan darah yang masih segar. Eshan hanya lap mana yang masih cair dan melekit, darah yang sudah kering pula dikesat perlahan. Cuba bersihkan setakat mana yang mampu.
"Kita doa supaya Fateh dan Amanda dua-dua survive, okay?" Eshan menghadiahkan senyuman manis lalu mengesat air mata Ayla.
Ayla dalam dilema. Sekejap rasa bersalahnya kepada Fateh membuak sehingga dia takut jika Fateh mati kerana dia. Sisinya yang lagi satu pula meronta-ronta supaya Fateh mati sahaja supaya dendam lama terbalas. Lagipun tiada lagi halangan untuk dia bersama dengan Eshan.
Jahat ke kalau dia fikir begitu?
Ayla mengucap panjang. Beristighfar Ayla saat dia sedar akan kejahilan diri.
"Awak okay, Eshan?" Wajah pucat Eshan ditatap lama. Cuba mengesan sesuatu yang tidak kena. Eshan ketawa kecil lalu mengangguk laju.
"I teman you bersihkan diri ya Ayla?" Karla menyampuk saat kedua-dua sahabatnya itu sibuk bermain mata. Karla sudah hulurkan tangan mahu menolong Ayla bangun. Ayla kerling Eshan sekilas sebelum bangun dan berjalan mengikuti Karla.
Eshan melambai Ayla saat wanita itu menoleh ke belakang. Eshan mengepal penumbuk sekuat yang mungkin supaya kesakitan yang dirasakan hilang.
Sabar, sikit lagi. Ayla masih melihat dia.
Eshan menarik nafas lega saat bayangan Ayla hilang dari pandangan mata. Tangan mencari dinding berdekatan untuk menyokong keseimbangan badan.
Eshan penat. Namun kerana dia tidak mahu nampak lemah, Eshan kuatkan diri walaupun dia hampir mahu rebah bila-bila masa sahaja.
•••
SYUKUR diucapkan beramai-ramai saat Fateh dan Amanda berjaya melepasi tahap kritikal. Ayla menghela nafas lega lalu tubuh ibu kandungnya dipeluk erat.
"Eshan dah tahu ke? Mana mamat poyo ni?" Karla membebel saat figura Eshan langsung tidak kelihatan.
"Eshan ada meeting hari ni," jawab Thaqif dengan sekali nafas. Maklumlah, mereka semua dari circle yang sangat sibuk dan ada banyak kerja.
Lagipun nak datang menziarah di hospital ini mana boleh ramai-ramai! Mereka sudahlah sejenis yang memekak, memang riuhlah perkarangan hospital mewah ini.
"Raid pula mana?" Emyr menyoal.
"Jaga Eshan," balas Thaqif dengan jujur. Betulah yang Raid memang sedang jaga Eshan pun.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.
Romans⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...