ELVINA merenung cermin yang terletak di hadapannya. Ditilik setiap inci wajah gadis yang terpantul di permukaan kaca itu. Perlahan-lahan tangan Elvina naik hingga ke paras telinganya lalu dirapikan alunan kain yang menutupi kepala itu. Otaknya masih belum mampu menerima perubahan yang dialami pada diri sendiri. Pada ketika ini, dia sedang duduk di dalam bilik khas buat tetamu untuk bersiap dan bersolek.
Elvina tidak pernah sangka yang dia mampu kelihatan secantik ini. Penampilan Elvina tidak ubah seperti anak orang bangsawan. Sangat-sangat jelita dan mahal. Ini semua atas jasa baik Eshan kerana telah membeli segala kelengkapan buat Elvina untuk ke majlis besar sebentar lagi.
Elvina mengukirkan senyuman ikhlas taktala dirinya terasa nyaman memakai hijab. Ini kerana ianya permintaan daripada Datin Liyana. Malam ini dia memakai shawl satin berwarna tea rose dipadankan dengan dress berwarna puce pink.
Elvina sangat berpuas hati dengan dress yang Eshan beli untuknya. Eshan kata tema malam ini ialah fairytale, oleh itu baju yang Elvina pakai tidak ubah seperti persalinan yang di pakai oleh Disney Princesses. Ada sedikit glitter dan juga riben besar di bahagian belakang pinggangnya.
Elvina yakin pakaian miliknya lah yang paling simple pada malam ini oleh kerana dia tidak arif tentang dunia fesyen. Eshan juga ada kata yang dia hanya hadiahkan dress yang simple kerana dia tidak boleh membenarkan Elvina mendapat perhatian kerana ia boleh mengundang bahaya.
"Are you done?" Eshan menyoal. Elvina bangun dari duduk lalu memusingkan tubuh ke arah Eshan. Elvina senyum lalu mengangguk laju. Dapat Elvina lihat dengan mata kepalanya sendiri mata Eshan berkelip laju namun dengan segera lelaki itu mengalihkan pandangan.
"Let's go." Eshan memusingkan tubuh menghadap ke belakang lalu berlalu pergi meninggalkan Elvina yang terpinga-pinga berseorangan. Harus diakui Elvina yang dirinya terasa kecewa dengan reaksi yang diberikan oleh Eshan. Iyalah, sekurang-kurangnya pujilah dia. Ini tidak! Jeling aje?
Elvina setia mengikuti jejak langkah Eshan. Sepanjang perjalanan, mata Elvina tidak henti melirik ke arah tetamu-tetamu yang lain.
Tiba-tiba terdetik rasa kecil diri dalam hatinya. Maklumlah, di antara mereka hanya dia sahaja yang tidak tahu asal-usul diri sendiri. Entah dia layak atau tidak bersama dengan mereka yang lain ini.
Semua yang hadir ke majlis pada malam ini kelihatan sangat gah dan menawan. Sangat-sangat berfesyen dan kelihatan sangat profesional.
"El.." Eshan berhenti di hadapan Elvina lalu lengannya dihulurkan kepada gadis itu. Memberi arahan agar gadis itu berpaut pada lengannya.
"Pegang aku, orang makin ramai ni aku takut kalau kau hilang," kata Eshan lalu berdiri betul-betul disebelah Elvina. Elvina senyum sesaat sebelum berpaut pada lengan sasa Eshan.
Elvina rasa dia benar-benar perlu berjumpa psikiatri dengan segera. Apa sahaja yang keluar daripada mulut Eshan membuatkan dia terasa seperti di awangan. Dia sendiri tidak pasti sejak bila perasaan ini muncul dalam hatinya namun apa yang Elvina pasti dia sangat-sangat bersyukur kepada penciptanya kerana telah mempertemukan dia dengan Eshan.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.
Romance⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...