HER BROKEN FATE ✿ 52

739 33 31
                                    

TAN Sri Ayra tenung wajah anak sulungnya yang sedang tekun memandang komputer riba itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAN Sri Ayra tenung wajah anak sulungnya yang sedang tekun memandang komputer riba itu. Mereka berdua sedang duduk di sofa ruang tamu sambil menikmati minum petang bersama. Tiba-tiba sahaja ada sedikit hal yang perlu Ayla uruskan sebelum malam ini, jadi Ayla mengambil keputusan untuk siapkan sekarang.

"Siap pun!" Ayla tutup lalu tolak komputer riba ke hujung sofa lalu mencapai cawan yang berisi hot chocolate kegemarannya.

"Lagi empat hari ya?" Pada awalnya soalan ibunya itu menerima kerutan di wajah cantiknya namun perlahan-lahan Ayla mula faham apa yang ibu kandungnya itu bahaskan.

"Hmm." Ayla bersenandung sambil menganggukkan kepala. Ayla balas senyuman Tan Sri Ayra lalu tangan wanita tua itu naik untuk mengusap rambut anak gadisnya itu.

"Momma nampak yang Eshan betul-betul cintakan anak momma yang cantik ni." Ayla ketawa kecil dengan fakta yang Tan Sri Ayra luahkan tadi.

"How about you sayang? Do you really love him?" Senyuman Ayla memudar. Bukan kerana benci namun kerana sebak apabila teringat akan Eshan yang sudah lama dia tidak jumpa itu.

Baru seminggu tapi rasa lama. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan perihal kerja masing-masing sehingga tiada masa untuk berjumpa. Namun mereka masih berhubung melalui sosial media.

"I do. I love him so much, ma." Tan Sri Ayra tersenyum manis mendengar luahan hati anak kesayangannya itu. Sudah lama dia impikan saat ini, saat di mana dia bakal menjadi doktor cinta untuk anaknya.

"Sebab?" Ayra jungkit kening. Momma sengaja nak test keikhlasan dia ke? Nampak sahaja wajah Ayla seperti mengejek, kedua-dua mereka ketawa besar.

"Because I never knew love could be so warm and peaceful until i met Eshan... And I never thought I could love someone this hard, after all the heartbreak I've been through momma," balas Ayla dengan jujur. Tangan yang Tan Sri Ayra genggam itu mengenggam semula tangan wanita tua itu.

"Momma happy sangat anak momma bahagia dan momma harap kebahagian Ayla kekal sampai bila-bila sayang." Tan Sri Ayra melabuhkan ciuman ke dahi Ayla sebaik sahaja habis bersuara. Ayla tersenyum suka.

"Tapi sayang momma nak pesan sesuatu." Ayla fokus. Tan Sri Ayra mengeluh perlahan sebelum kembali berbicara.

"Boleh tak dalam masa beberapa hari ni... Atau senang kata selagi kamu tak sah bercerai dengan Fateh lagi, boleh tak Ayla stay at home aje or maybe nak pergi mana-mana ajak momma atau Karla atau Raid ke?" Sekali lagi kening Ayla bertaut.

"Boleh aje but why ma? Did something happened to you?" Ayla mula cemas. Takut jika ibunya menjadi mangsa dendam pula.

"No sayang! Momma cuma tak sedap hati. Momma ada mimpi benda yang tak patut dan momma risau." Ayla menghela nafas lega. Mimpi ya? Ayla merangkul tubuh ibunya lalu diusap belakang tubuh yang masih tegap dan cantik itu walaupun Tan Sri Ayra sudah berusia.

[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.Where stories live. Discover now