ESHAN merenung lama wajah tua ibu kandungnya itu. Eshan perasan akan perubahan ketara pada kedua ibu bapanya. Mereka semakin tua, semakin berkedut namun tetap berseri, tetap cantik dan bergaya.
Eshan pegang erat tangan kanan Datin Liyana.
Sesungguhnya, Eshan buntu. Ibunya benar-benar percaya bahawa gadis yang dia selamatkan dua hari yang lepas merupakan Elvina, adik bongsunya. Sudah penat Eshan menerangkan satu per satu kepada ibunya namun wanita tua itu tetap berkerasa bahawa gadis malang itu merupakan Elvina.
Kesihatan ibunya semakin merosot.
Elvina pula masih tidak dijumpai.
Eshan semakin kemurungan saat polis yang bertugas dalam kes kehilangan Elvina melaporkan bahawa tiada sebarang jejak pun tentang adik bongsunya itu.
Eshan merengus geram saat layar mindanya kembali mengingati peristiwa di mana dia terlibat dalam pergaduhan besar bersama pegawai polis yang mengatakan kemungkinan bahawa Elvina sebenarnya melarikan diri bersama kekasihnya dan bukannya hilang kerana diculik.
Dan apa yang membuatkan Eshan lebih bengang apabila mereka cuba untuk menutup kes kehilangan Elvina begitu sahaja.
Eshan bangun dari duduk lalu ditarik selimut hospital hingga ke paras bahu Datin Liyana. Eshan tatap wajah ibunya sesaat sebelum kakinya melangkah keluar daripada wad suite yang menempatkan Datin Liyana.
Pintu lif terbuka menandakan Eshan kini berada di tingkat yang menempatkan gadis malang yang dia selamatkan beberapa hari lepas.
"Ouh Encik Eshan, you're here." Eshan menghadiahkan senyuman hambar kepada Dr. Amanda.
"Cik Puan you dah sepenuhnya stabil tapi dia masih dalam koma." Eshan terhibur namun riaknya masih ketat.
Cik puan you...
Disebabkan identiti yang belum diketahui dan warisnya belum dijumpai, mereka memutuskan untuk memanggil gadis malang tersebut Cik Puan sahaja.
Kadangkala Dr. Amanda siap panggil Cik Puan dengan gelaran your girl pula. Namun Eshan hanya melayan walaupun sebenarnya dia terhibur dengan bahasa yang doktor muda itu gunakan.
Sedang Eshan sibuk memikirkan hal bahasa yang digunakan, Dr. Amanda pula sibuk menatap wajah dingin Eshan.
Dr. Amanda hanya mampu tersenyum hambar. Seperti selalu, Eshan akan mengangguk faham lalu berterima kasih kepadanya sahaja.
Sungguh susah ya nak tackle mamat handsome sorang ni.
Eshan membuka pintu bilik yang menempatkan cik puan nya itu.
Dan sama sahaja seperti dua hari yang lepas, tubuh kecil itu masih kaku, masih pucat, masih memerlukan bantuan oksigen dan semestinya masih lena dibuai mimpi.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.
Romance⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...