WARDA teragak-agak untuk masuk ke dalam rumah dia dan Fateh. Bagaimana kalau Elvina ada di dalam sana? Warda risau jika dia akan bertemu empat mata dengan Elvina. Warda bersungguh untuk elakkan diri daripada berjumpa dengan Elvina kerana dia tidak mahu ada peperangan lagi di antara mereka.
Warda tiada pilihan lagi selain mencuba. Warda kentalkan diri lalu berjalan menuju ke pintu utama.
Masuk sahaja ke dalam rumah, Warda pandang sekeliling. Sunyi sahaja ruang rumah mereka, seperti tiada siapa langsung berada di rumah.
"Warda?" Bahu Warda terhinjut saat suara garau yang sangat tidak asing itu dalam hidupnya itu menyapa koklea telinga. Warda toleh ke arah belakang perlahan-lahan.
"Fateh..." Fateh hanya merenung kosong. Sukar untuk Warda tafsirkan apa yang bermain di kepala suaminya itu. Warda hanya menunduk malu.
"Kenapa balik sini? Ingatkan dah jijik sangat nak berpijak dekat lantai rumah sendiri," bidas Fateh sambil berjalan menuruni anak tangga. Warda masih tertunduk kesal.
"Sayang... saya-"
"Kenapa? Kekasih hati dah tak layan karenah awak lagi ke? Dah buang awak? Ke dia dah balik kepada Elvina?" Warda terasa sangat hina ketika ini. Mengapa Fateh perlu memerli sedangkan dia punca segalanya.
"You jangan buat macam you tak ada salah, Fateh. Kalau you jaga I dan jadi suami yang baik kita tak akan ada dekat situasi sekarang lah!" Naik seoktaf suara Warda saat marahnya sudah membuak. Warda ada hak untuk marah Fateh kerana itu faktanya. Fateh suami yang jahat, suami yang telah curang dan mengabaikan anak dan isteri sendiri.
"You tak ada hak lah nak cakap lebih-lebih Warda, you pun bukan isteri yang baik. Dan yang lebih tepat lagi, you bukan seorang ibu yang baik!" Warda menggigit bibir bawahnya saat topik yang paling dia elak telah dibentangkan oleh Fateh.
"Sanggup you tinggal Ryaz dan tak kisahkan dia langsung selama beberapa bulan ni... You sibuk dengan jantan lain, I tak kisah lagi Warda sebab I pun suami yang tak guna, yang curang dengan perempuan lain... Tapi bila you abaikan Ryaz dan tak ambil tahu langsung tentang anak kandung kita..." Fateh berhenti sektika kerana hampir meludahkan kata-kata kesat. Fateh menarik nafas sedalam yang mungkin lalu kembali melafazkan ayat seterusnya dalam satu nafas.
"Itu dah cukup membuktikan yang you memang ibu yang tak gunalah Warda Thalia." Mutiara jernih mengalir di pipi mulus Warda, Wajah bengis si isteri ditatap dengan penuh kesal.
"Eh you tahu tak apa betina simpanan you dah buat? Dia dah rampas butik I tahu tak Fateh? Dia rampas butik I!" jerit Warda sambil meluru ke arah Fateh.
"What? Bukan you ke yang rampas company dia?" Fateh tidak percaya. Susah nak percaya sebenarnya, bukan ke syarikat Elvina yang jatuh ke dalam tangan Warda? Apa dah jadi ni?
YOU ARE READING
[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.
Romantizm⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...