"RAMBUT you dah panjang." Elvina hanya bersenandung sebagai jawapan untuk membalas kata-kata yang meniti dari bibir Eshan.
"Nak potong?"
"Nanti-nantilah," balas Elvina sambil mata wanita itu masih fokus bergerak membaca isi yang tertulis di atas kertas-kertas kerjanya.
Eshan masih setia menunggu Elvina menyelesaikan beberapa lagi tugasan yang tertangguh itu sebelum mereka berdua bergerak ke restoran berdekatan untuk makan tengah hari.
"Jomlah, I dah lapar sangat ni." Seraya itu Elvina menolak kertas-kertas yang bersepah di atas mejanya lalu menarik tangan Eshan untuk keluar dari bilik pejabat. Eshan koyak senyum.
"Let me in!" Kedua-dua pasangan tersebut tersentak dengan jeritan yang datang dari arah luar bilik. Kedengaran agresif dan bengis sehingga tangan Eshan automatik menolak lembut tubuh Elvina ke belakang. Meminta wanita itu untuk berlindung di belakangnya. Elvina hanya menurut. Dipegang pingang Eshan.
"Elvina Marissa! Please, we need to talk!" Seraya itu pintu bilik dibuka oleh Eshan sehingga tersembul figura wanita bertudung yang sedang bergelut dengan beberapa orang pengawal bangunan ini.
Wajah Elvina pula sudah lama bertukar bengis saat suara wanita yang terjerit-jerit di luar sana sangat menganggu mentalnya.
"Tolong izinkan saya jumpa Elvina! Bagi saya pujuk dia untuk ikat jamin adik saya and then I promise, we will never meet again. Please!" rayuan Warda Thalia hanya dipandang sepi oleh Eshan. Elvina pula semakin ingin tunjuk belang taktala idea jahatnya sudah datang.
"Who are you?" soalan Elvina membuatkan Warda tercari-cari gerangan wanita itu. Elvina melangkah ke tepi sehingga seluruh tubuhnya dapat dilihat Warda.
Elvina menghadiahkan renungan tajam kepada Warda, seolah-olah wanita itu sedang melihat sesuatu yang hina. Warda pula? Wajah wanita itu sudah hilang darah. Pucat lesi! Seolah-olah baru sahaja melihat orang yang sudah mati hidup kembali.
"K-kau..." Tubuh Warda melorot ke tanah. Kening Eshan bertaut saat lelaki itu kurang jelas mendengar apa yang dikatakan oleh Warda. Namun Eshan pasti yang Warda baru sahaja melafazkan nama seseorang dengan gagap. Namun dia kurang pasti kerana ia tidak jelas di telinganya.
Eshan pandang wajah cantik Elvina. Nampak tenang dan tidak terkesan. Cuma riak bengis wanita itu membuatkan Eshan turut seram. Dipandang semula Warda yang sedang menggigil halus itu. Mengalahkan orang yang nampak mayat hidup.
"Kau masih hidup?" perlahan sahaja namun masih dapat didengari oleh Elvina sahaja. Elvina buat keliru.
"Ini semua rancangan kau kan, perempuan?" Warda mula agresif. Elvina masih tenang manakala Eshan sudah panik. Takut jika Warda mencederakan Elvina.
"Lepaskan adik aku! Aku tahu adik aku tak bersalah!" Tangan Warda cuba mencakar wajah Elvina namun belum sempat niatnya mahu tercapai Eshan terlebih dahulu menolak sekuat-kuatnya tubuh Warda sehingga wanita itu terpelanting. Elvina senyum sinis.
YOU ARE READING
[COMPLETED] DERITA YANG KAU BERI.
Romance⚠️ Perlukan ketahanan mental yang tinggi. ━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan dia jugalah antagonist dalam suratan takdir hidupnya. Dia...