0 4

81 17 38
                                    

•••

« yura »

" Betul ni kau okey?" berpuluh kali soalan yang sama terpancul dari bibir mugil Choi Chanhee. Bertali arus dia menjeling kiri dan kanan bagi memastikan kaki lima hospital ini kosong tanpa kelibat manusia.

" Halah Nhee, kepala aku je sakit. Organ lain boleh pakai lagi. Cepatlah! Lambat nanti kempunan aku nak makan gugi! Aku sanggup tau tak makan makanan hospital. Sudahlah tawar!" desakku. Sempat lagi aku mengomel pada Chanhee.

Tidak menunggu lama, Chanhee mencapai lenganku lalu diheretnya menelusuri laluan kaki lima hospital secara senyap. Risau juga terserempak dengan mana-mana perawat. Sudahlah nurse di sini garang belaka.

Kereta hitam milik Changmin nampaknya sedang menanti kehadiran kami di pintu pagar belakang. Pantas aku dan Chanhee meluru masuk ke perut pancuan itu. Sejurus itu, kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan hospital.

" Bawak tak baju spare aku Min?" soalku sambil menggeledah beg sandang milik Changmin yang dari awal tersadai di belakang kerusi memandu.

" Buat apa baju spare nyah? Kita nak keluar makan je. Lepas tu kami hantar kau balik. Tak payah nak mengada lari tidur rumah aku lagi!" bebelnya. Keluar perangai mak-mak di sebalik wajah cantik Chanhee.

" Nhee, aku taknak orang pandang serong dekat aku nanti. Apa kata orang kalau ternampak manusia kepala berbalut macam mumia tengah sedap teguk soju? Mahunya dia call ambulance tak memasal aku kena humban masuk hospital mental." aku counter Chanhee semula.

Chanhee hanya merengus kecil lalu memeluk tubuh.

" Ada Ra, macam biasalah." kontra pula jawapan diberi Changmin. Supportive gila! Sempat dia mengeyitkan sebelah mata melalui pantulan cermin pandang belakang lalu fokus memandu.

Aku senyum galak. Butang baju hospital dibuka satu per satu. Selamba sahaja aku menukar baju dalam ruangan yang sama dengan lelaki berdua ini. Maklumlah, sudah biasa buat kerja begini. Jejaka dua ketul ini pun sudah masak dengan perangai liarku.

Lagipun kedua mereka 'tak lalu' dengan aku.

" Min, ini hoodie kaulah." komenku sebelum sarungkan hoodie berwarna ungu pada tubuh. Dua kali ganda lebih besar dari tubuhku. Jadi baggy hoodie pula.

Semerbak bau badan Changmin menerpa rongga pernafasan. Tak busuk, cuma aku tak berapa suka dengan bau badan orang. " Min-, kau tak basuh ke hoodie ni? Bau macam kaulah! Bila last kau mandi?! Kepam giler!" suaraku sedikit meninggi.

" Pakai ajelah apa yang ada Yura. Bersyukur sikit." Chanhee menjelingku atas bawah. Amboi! Backup Changmin pulak! Tajam semacam side eyes diberi!

" Diamlah Nhee, sibuk je! Kau nak aku tonyoh hidung kau dengan baju Changmin?" sebelah lengan yang berbalut hoodie aku dekatkan pada wajah Chanhee.

Kasar dia tampar tangan aku, " Jijik!"

Tahu pun!

" Hina sangat ke bau badan aku? Macam lah badan korang takde bau! Aku mandi eh harini! Kau orang tu. Bila last kau mandi Chanhee? Masam giler, senak hidung aku! Kau Yura, aku boleh bau jalan tar lagi!" candanya sebelum tergelak kuat.

Aku menyelit di ruang antara Changmin dan Chanhee. Sideburn Ji Changmin yang terpaling halus aku tarik tanpa ihsan. Terjerit-jerit dia sambil tepis tangan aku. Dibuatnya terhuyung hayang kereta yang dipandu sehinggakan aku terpeluk erat tempat sandar Changmin.

bad.Where stories live. Discover now