0 8

70 10 47
                                    

•••

« yura »

Rasanya tak sampai setengah jam lagi Juyeon ungkapkan ayat, " I think I've fallen for you." kepadaku. Tetapi sekarang ni, depan mata kepalaku sendiri, tindaknya bertentangan dengan ucapannya sendiri. Tanpa sedar buku lima dikepal. Kemesraan Juyeon dan Yuna sungguh buatkan aku meluat!

Lelaki itu bantu kutipkan telefon Yuna di lantai. Siap sapu perlahan skrin telefon yang retak sedikit. Persis sedang mengejek lantai bilikku berdebu kronik!

" Ni phone Yuna, crack sikit. Esok oppa belikan yang baru." seperti biasa senyuman trademark diukir pada Yuna sambil menyerahkan peranti itu.

" Eh, buat susah-susah je. Yuna bukan apa, terkejut tengok oppa nyaris jadi mangsa dera dengan Yura tu. Kalau oppa nak tahu, Yura tu bukannya betul sangat. Dulu dia selalu sangat pukul Yuna for no reason. Yuna sendiri pernah nampak yang Yura pernah pukul eomma tahu." cerita Yuna. Dongeng semata.

Aku memutarkan bebola mata. Bibir diketap rapat, benci dengan perangai Yuna yang suka menabur fitnah terhadapku.

" Tapi syukurlah, Tuhan dah balas perbuatan dia tu. Memang patut pun dia accident tempoh hari. Kalau mati masuk neraka terus pun lagi baik. Takde la menyusahkan orang!" Yuna menjeling ke mari.

Berdesing telinga. Amboi! Suka hati kau aje ambik kerja tuhan terus menerakakan aku!

Tetapi reaksiku sekarang bertentangan dengan fikiran. Aku hanya mampu diam beri side eyes. Beginilah aku tiap kali seseorang berauta di depanku. Bukan apa, takde tenaga mahu membidas semula walaupun kata-kata makian sedang berkumpul di hujung kerongkong.

Masalahnya kalau aku buat, siapa nak percaya?

" Oh, yeke?" Juyeon turut pandang aku.

" Mhm! Jadi oppa tak payah la layankan dia sangat. Kepala dia tu bukannya betul sangat lepas accident. Makin sengkek. Oppa layan Yuna aje tau! Eung?" nadanya dilembutkan. Jemarinya naik mengusap lengan sasa Juyeon supaya lelaki itu alih pandangan dari aku.

Juyeon pula rangkul bahu gadis itu. Mesra.

Apabila memerhati kedua mereka dari jauh, aku rasa terasing. Rasa seperti aku tak wujud! Tetapi aku tak dapat nafikan, aku rasa dengki apabila terlihat ahli keluargaku saling berkasih sayang. Aku juga mahu lakukan perkara yang sama seperti ahli keluarga lain. Aku juga laparkan perhatian seperti Yuna sekarang.

Just why, kenapa layanan oleh semua terhadapku kategori kelas belakang? Apa salah aku?

Bibir melepas keluhan. Mp3 player berserta earphone sempat kucapai sebelum mara ke arah pintu. Bahu Yuna yang menghalang laluan aku rempuh ganas. Pasti kedua mereka terpinga dengan tingkahku.

Ahhh, lantak! Aku juga punya hati mahu dijaga!

" Beautiful, kejap!" tangan sasa Juyeon melingkar di pergelangan tanganku. Dia tidak menghiraukan suara Yuna sedang merengek manja di belakang.

" Kalau kau rasa kau ada otak, terpulanglah nak percaya atau tidak apa yang Yuna cakap tu." jemari kasar Juyeon aku leraikan sebelum berlari keluar ke pintu utama.

--❦︎--

Air laut yang terlihat bergelora aku tatap dengan pandangan kosong. Rokok yang diapit dengan dua jari aku ketuk perlahan bagi menjatuhkan abu rokok ke tanah. Lalu putung itu diselit ke celah bibir. Asap disedut. Rasa nikmat menerpa tatkala partikel nikotin meresap dalam tubuh. Fikiran yang kusut terasa lapang buat seketika.

bad.Where stories live. Discover now