2 1

51 11 94
                                    

•••

« yura »

"Dah balutkan. Kau ambik ni, tuam pipi kau. Itulah! Dulu orang suruh belajar taekwondo kau ponteng! Layan je tali pinggang cium badan kau. Itu yang besar jadi bengap semacam. Nasib bengap kau takleh lawan dengan bengap bapak kau tu." berasap telinga aku dengar tiap patah bebelan Hyunjae yang masuk ke telinga.

Walaupun mulutnya cakap benda buruk, perbuatan lelaki ini ternyata sebaliknya. Kini ais yang berbalut tuala kecil dia hulur kepadaku supaya aku tuam pada pipi yang ditampar tadi.

"Ah kau, mengumpat bapak aku bukan main ya? Mengalahkan makcik bawang betul perangai kau!"

"Mana ada, aku cakap benda betul. Orang tua tu gila, anak dah besar nak masuk 30 pun dia layan macam budak kecik. Dia takde mata ke? Tahulah tua makin tak nampak tapi simpanlah bodoh tu sikit. No wonderlah Yuna pun bodoh semacam, dapat dari dia rupanya." habis satu keturunan lelaki ini menyumpah.

Jemariku naik mencubit lengannya. Boleh cair tahi telinga dengarnya mengumpat!

"Dah dia bapak aku! Kau ingat aku hadap sangat tali pinggang mahal dia tu tiap-tiap malam? Kalau dia bukan bapak aku dah lama aku lempar kerusi meja sampai bersepai gigi rongak dia tu." rengusku sambil menekan-nekan ais pada pipi.

"Kau yakin ke dia bapak kau? I see no similarities between you and him." Hyunjae jongket sebelah keningnya sambil senyum senget.

Langsung aku tersentap! Tangan yang memegang ais langsung jatuh melorot ke riba.

"Ani-, aku cuma nyatakan fakta. Kau buta ke Yura? Yuna bukan main elok dapat princess treatment first class, kau pulak dia layan macam kuli era goryeo. Mistreatment kat situ buatkan aku terfikir yang kau sebenarnya anak pungut-"

Balutan ais aku lempar pada Hyunjae. Langsung terdiam lelaki ini dari terus berkata-kata.

"Watch your mouth Lee Hyunjae. Kau siapa nak invade hal keluarga aku? Kau cuma outcast, you know nothing!" tidak menjerit, cukup sekadar aku bercakap tegas.

Hyunjae ketawa kecil, langsung tak endahkan berang aku.

"You don't have any ideas, don't you?" ujarnya bersama tawa yang masih bersisa.

"Apa kau cakap ni?" nadaku meninggi, terhakis kesabaran aku bila bercakap dengan Hyunjae.

Lelaki itu membetulkan kedudukannya supaya dapat melihatku dengan jelas. Terang bersinar mata ambernya disimbahi cahaya keemasan dari lampu chandelier bilik tetamu ini. Aku sendiri terpaku apabila pandangan kami bertemu.

Warna irisnya, macam aku!

"Sebenarnya, aku dah kenal lama dengan mendiang mama kau."

Kerutan pada dahi serta merta mengendur. Bibirku turut membentuk huruf o. Aku speechless untuk kesekian kalinya.

"What the heck did you say?" aku cuba fokus semula pada apa yang Hyunjae mahu katakan tadi.

"Haih, kau ni muka je lawa. Tapi pekak!" ada saja modal Hyunjae mahu insult aku.

"Kau ni, eloklah! Benda tengah serius!"

Makin melebar senyuman lelaki itu. Entah apa yang dia terhiburkan sangat, Hyunjae memang unpredictable!

"Kau berpakat nak cari siapa pembunuh mama dengan Choi Chanhee, am I right?"

Aku laju-laju mengangguk walaupun di dalam hati sudah dibedil dengan persoalan, macam mana kau tahu?!

bad.Where stories live. Discover now