•••
« yura »
Memandangkan T-shirt yang Juyeon bagi agak besar, sekali aku pakai sikit lagi boleh tutup lutut. Jadi aku ambil kesempatan untuk hanya pakai shorts sahaja di bawah baju. Shorts yang aku minta pinjam dari salah seorang maid Hyunjae semasa dinner tadi. Mungkin ya, aku ikutkan cadangan Hyunjae.
Goda Juyeon. Kemudian install tracker.
Secawan susu suam yang sudah aku spike dengan ubat tidur dibawa arah bilik tetamu. Pintu bilik dikuak lalu aku tutup perlahan. Siap kunci. Hanya cahaya dari lampu tidur sebelah Juyeon sahaja yang menjadi sumber cahaya ruangan ini. Mata dikerling pada figura Juyeon yang menyandar pada kepala katil bersama satu buku di tangannya. Entah apa yang dibacanya aku malas nak ambil tahu.
Aku hampiri katil. Mug berisi susu tadi aku letakkan di meja tepi katil sebelahku sebelum aku duduk bersimpuh dibirai katil menghadap Juyeon. Sengaja aku biarkan kulit peha dan betisku menjadi tatapan lelaki ini. Sempat mata dikerling pada telefonnya di sebelah bantal.
"Apa yang awak bawak tadi?" dia sekadar menyoal. Mata masih tidak lepas dari merenung helaian buku di tangannya.
"Ubat tidur." jawabku. At least aku tidak menipu.
"Is it my apology gift?"
"Lebih kurang, kau tak mention spesifik apology gift yang kau nak." aku menjawab balik dalam nada bersahaja.
Aku lihat Juyeon ambil penanda lalu selitkan dicelah buku itu. Langsung dia taruh buku ke tepi. Kini pandangannya jatuh pada aku. Dari hujung rambut hinggalah kaki jenjang yang aku pamerkan pada lelaki ini. Tiba-tiba aku jadi seram sejuk pula dengan panahan mata berhantu Juyeon.
Apa yang bermain di fikiranku buatkan aku seriau! Lagi bertambah seram sejuk jika aku bayangkan Juyeon mungkin berkongsi fikiran yang sama denganku. Memang perlu ke aku goda orang Hyunjae?
Tanpa aku duga, gebar yang terlipat kemas di hujung katil dia tarik lalu tutup kedua kakiku. Aku terpempan dengan aksi lelaki itu. Pelik!
"Kenapa kau-"
"Awak sejuk, nampak kulit awak goosebumps." tenang dia membalas sambil membetulkan gebar.
Rasa lega menyimbah jiwa semula.
"Apa jenis ubat tidur yang awak bawa? Melatonin? Diazepam? Benzodiazepine?" canda Juyeon bersama senyuman meleret. Menyedari aku sedang canggung berat nampaknya.
"Ish, apa benda kau merepek ni. Aku bawak susu jelah. Orang cakap susu bagus untuk tingkatkan kualiti tidur." aku cedok fakta yang dinyatakan oleh Hyunjae tadi. Dia yang beri cadangan kepadaku untuk hidangkan susu suam.
"Awak nak bagi saya tidur lena ke malam ni? Kenapa? Did you want to do something to me beautiful?" tebak Juyeon bersama senyuman nakal. Aku terdiam sendiri. Entah kenapa dari jauh aku rasakan Juyeon seperti tahu niatku yang sebenar-benarnya. Tetapi ahh-
Perilakunya sekarang berbeza. Juyeon sungguh- misteri! Aku tak boleh baca lelaki ini!
"Haish, orang dah bagi apology gift ni ambik ajelah, kau ni nak fikir aneh-aneh dapat penat aje. Aku pukul karang! Biar lagi penat!" ugutku sambil tayang muka garang.

ANDA SEDANG MEMBACA
bad.
Fanfiction꒰ complete ꒱ ❧ lee juyeon. everyone is bad, and they might be bad when they start to show their true colors. started : oct 04 2023 ended : sept 25 2024 © -milkyuuu. 2023