•••
"Betul ni awak nak keluar?"
Beria-ria aku mengangguk. Mood aku berada dalam keadaan baik harini. Entah kenapa aku rindu sangat mahu menatap langit biru, biarkan kulitku disimbah oleh sunshime vitamin, lakukan eye-contact dengan stranger. Tambah step pusing-pusing shopping complex tanpa membeli-belah.
Setelah sekian lama. Ohh rindunya!
"Iyalah, asalkan ada awak I don't mind pusing satu dunia pun." sebab saya rasa bila ada awak, saya rasa selamat. Ayat terakhir itu pecah di perut. Itulah apa yang aku rasakan selana tinggal sebumbung dengan lelaki ini. Cuma aku malu mahu sampaikan.
Changmin yang duduk bersandar pada sofa awalnya membongkok ke depan. Sikunya diletakkan di atas lutut dan jemarinya saling disulamkan sesama sendiri. Gayanya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
"Ada plan nak pergi mana nanti?" soalnya.
Laju aku mengangguk.
"Mana?"
"Jauh dari Seoul. Lagi jauh lagi bagus. So that takde yang akan cam atau kenal saya." ujarku sambil tersenyum-senyum seorang diri sambil pandang siling. Sibuk bayangkan apa aktiviti yang aku bakal lakukan setelah sekian lama dikurung dan berkurung!
Tak sabarnya nak raba rumput!
Tawa Changmin meletus membuatkan semua angan-anganku berterbangan. Aku lihat lelaki itu sedang sembunyikan mukanya. Aku ketap gigi sambil merengus kecil. Apa? Kelakar ke jawapan aku ni? Aku cakap benda betul kot!
"Saya tengah serius ni! Kenapa awak gelak?"
"Sorry vanilla, saya lupa awak dah lama tak keluar rumah. I'm expecting you to say nama tempat yang awak nak pergi." lembut bicara yang ditutur. Tetapi dia pandang aku sinis.
Aku mendesis! Atas bawah, atas bawah aku side eyes Changmin.
"Then apa kata awak bawa saya. Surprise me." tuturku sambil tersenyum nakal. Kedua tangan disilangkan pada dada, menanti balasan daripada lelaki itu.
Aku lihat Changmin berdiri dari sofanya. Langkahnya diatur menuju ke arahku, selari dengan degupan jantungku yang tiba-tiba berkompang laju. Senyuman yang sudah diukir aku kekalkan di bibir bagi menutup rasa canggung yang menerjah.
Sabar diri sendiri, act cool!
"You sure bout that vanilla?" kakinya berhenti betul-betul di hadapanku. Terpaksa aku mendongak untuk melihat fitur wajah Changmin dengan lebih jelas.
Mata yang berlari ke serata wajah lelaki itu awalnya berhenti pada rambut hitamnya yang menutup dahi. Entah kenapa aku suka Changmin gayakan hairstyle ini. Memang sesuai dengannya.
"Of course!" jawabku yakin, walaupun aneh kenapa dia seakan-akan teragak agak.
"Kalau macam tu, boleh tolong pilihkan baju untuk saya?"
Permintaan Changmin buatkan aku tergamam seketika. Pelik! Bukan aku tak tahu fashion taste lelaki ini bukan calang-calang! Selalu aku lihat tiap pakaian yang dipakai olehnya nampak mahal belaka.
"Eh? Kenapa saya? Selama ni awak pakai elok je. Takde nampak macam homeless ke apa. Awak ingat saya ni girlfriend awak ke nak tolong pilihkan baju bagai. Kemudian nak matching outfit- erghh." sarkastik aku membalas. Teringin juga mahu lihat reaksi lelaki ini bila persoalan berkaitan marital status lelaki ini dikemukakan.
"Girlfriend?" bicaranya jeda. Lelaki ini tiba-tiba ketawa kecil. "Gaya saya ni nampak macam dah ada girlfriend ke Juhwa? Girl friend yang ada pun saya kena friendzone." ujarnya dalam nada bergurau.
YOU ARE READING
bad.
Fanfiction꒰ complete ꒱ ❧ lee juyeon. everyone is bad, and they might be bad when they start to show their true colors. started : oct 04 2023 ended : sept 25 2024 © -milkyuuu. 2023