•••
« yura »
Sakan aku berbual mesra bersama Tuan Lee atau aku lebih selesa dia menyuruhku memanggilnya uncle. Tak kebosanan aku sedari pagi setelah Juyeon dan Hyunjae bergerak ke meeting yang perlu Juyeon hadiri. Kata Juyeon mungkin dia pulang agak lewat memandangkan dia terpaksa towing kereta ke bengkel dahulu untuk menukar tayar.
Cawan kaca antik yang berisi teh hijau aku sisip perlahan. Pandanganku jatuh pada sajian minum petang yang disediakan oleh pembantu rumah Tuan Lee—ayah Hyunjae. Bermacam manisan tersedia, semuanya cantik dan kelihatan mewah belaka. Sayang pula aku nak makan!
"Yura, sorry lah tadi. Kawan uncle call ajak lepak main golf weekend ni. Haih, dah tua pun fikir lepak aje kerjanya. Patutlah dah bercerai." kata-kata Tuan Lee yang baru selesai menjawab panggilan telefon tadi nyaris buatkan aku nyaris tercekik teh hijau.
Tua pun berbisa ya mulutnya.
Kalut aku letakkan cawan ke atas piring kecil dalam keadaan terbatuk. Serentak itu satu tisu disua kepadaku membuatkan aku terpaku. Pandangan aku dan Tuan Lee bersambung. Smiley eyes lelaki itu sedia menyambutku mesra.
"Oh, thank you." aku menyambut tisu lalu tekapkan pada bibir.
Tuan Lee mengambil tempat semula di sofa berhadapan denganku. Sempat lagi dia menjemputku untuk mencuba manisan yang terhidang tanpa segan silu. Satu per satu aku cuba jamah dan semuanya sedap!
Terutama sekali macaroon bewarna-warni dan pelbagai rasa. Semua aku cuba. Kagum apabila lelaki ini beritahu kesemua macaroon itu adalah homemade.
"Uncle terlupa la pulak. Pagi tadi Hyunjae mintak tolong uncle pulanglan MP3 player yang dia pinjam dari Yura semalam. Budak bertuah tu memang suka explore benda-benda baru. Nampak sangatlah jakun dia tu lepas tengok Yura punya MP3 player. Alang-alang tu Yura nak ikut uncle melawat bilik muzik uncle?" pelawa lelaki itu, tak lekang senyumannya yang mirip Hyunjae.
Aku sekadar mengangguk. Tidak mahu menghampakan Tuan Lee. Sempat aku seludup beberapa biji macaroon lalu digulung bersama tisu sebelum aku membuntuti langkah Tuan Lee. Entah berapa buah ruang tamu mewahnya kami lewati sebelum tiba satu bilik yang agak terpencil dari bilik lain.
Jauh juga, sampaikan licin bekal macaroon aku.
"Wow!" aku terpegun melihat segenap ruangan itu. Sangat vintage dan mewah. Dekorasi ala-ala rumah inggeris mendominasi dinding dan perabot. Ada beberapa alat muzik antik seperti gramophone player dan piring hitam berada di kabinet yang berasingan. Satu kabinet, satu koleksi alat muzik.
Ada satu piano putih terletak betul-betul di bawah chandelier berjaya mencuri perhatianku. Tanpa sedar jemariku menyentuh permukaan putih dan hitam tuts. Menari-nari satu memori lama di ruang mata mendiang mama mainkan piano untuk aku suatu ketika dahulu semasa umurku tujuh tahun. Aku tersenyum sendiri.
Rindu. Rindu yang sakit.
"Yura."
Laju aku alihkan jemari dari menyentuh kekunci piano. Serentak itu pandanganku dan Tuan Lee berserobok. Dia hadiahkan senyuman kecil sebelum menyuakan MP3 player milikku.
"MP3 player Yura nampak familiar sangat. Patutlah Hyunjae pinjam." ujarnya usai MP3 player itu bertukar tangan.
Aku pandang Tuan Lee dengan pandangan aneh. "Apa maksud uncle Yura punya player ni nampak familiar? Uncle pun ada jugak ke?" soalku penuh minat.

ANDA SEDANG MEMBACA
bad.
أدب الهواة꒰ complete ꒱ ❧ lee juyeon. everyone is bad, and they might be bad when they start to show their true colors. started : oct 04 2023 ended : sept 25 2024 © -milkyuuu. 2023