1 3

44 10 12
                                    

•••

« yura »

"So betul la Juyeon kau nak kahwin." soalan Changmin berjaya mengundang cerlungan terpaling tajam. Padahal dialah dalang yang sorokkan kad jemputan dari aku.

"Bukan Juyeon akulah! Juyeon Yuna! Seo Yuna!" aku tempelak Changmin.

Dia hanya ketawa kecil. Kini aku peluk erat kusyen dan menyambung sesi mengumpat Juyeon yang nak kahwin dengan adik tirinya sendiri. Pasti kerja gila papa sebab si anak kesayangan asyik merengek takut sang pujaan dikebas orang. Bukannya aku tak kenal perangai anak beranak itu. Eomma Juyeon pula turutkan semua.

"Papa tu gila betul, sesama anak tiri pun nak jugak dia kahwinkan. Hergh! Child grooming, meremang aku! Nasiblah aku dah cau dari rumah tu, kalau tak mesti aku dah check in rumah sakit jiwa." rungutku seraya mencapai kad jemputan yang terdampar di meja kopi.

"Kau cau pun aku rasa kena check in jugak rumah sakit jiwa, kau nampak macam patient delusional asyik sebut je nama Juyeon tu." sindiran Changmin membuatkan telingaku berdesing.

"Tak payah nak delusional sangat! Cakap dengan cermin. Kena kat kau baru tahu." rungutku perlahan. Berkali-kali tulisan yang tertera pada kad dibaca, terutamanya pada nama Seo Yuna. Entah kenapa aku jadi hangin dengan dia padahal aku takde sebab munasabah pun.

Kebahagiaan orang, tapi kenapalah aku rasa nak datang dan rosakkan majlis ya? Biar sampai karam kapal cruise nanti. Boleh jadi Titanic 2.0.

"Pergi jelah Yura, orang dah hantar invitation rugi kalau tolak." Chanhee sedari tadi pujuk aku. Aku campak semula kad tersebut ke atas meja kopi.

"Tak minat, aku lari rumah. Takkan nak tebalkan muka pergi hadap semua orang kat situ. Korang pun tahu bapak aku kerja apa. Ah- malas mak sebut. Malang lidah aku nanti. Nanti aku datang, aku jadi bahan mengumpat orang, habis kena hentam dengan orang tua tu lagi." aku tolak pipi dalam menggunakan lidah.

Jam menunjukkan 4.30 petang, masih berbaki setengah jam sebelum closing. Sudahlah daripada gosip benda merapu dengan dua lelaki lembut ni ada baiknya aku kemaskan sepah-sepah bouquet bunga yang digubah oleh Chanhee. Sebut sahaja bouquet bunga, aku rasa nak gunting saja semua hasil tangan Chanhee.

Mujurlah Hyunjae yang datang tempah, kalau Juyeon sendiri yang tunjuk muka di sini memang aku call polis.

"Tak, yang kau nak overthinking sangat ni kenapa? Aku suruh kau pergi, pergi jelah! Atas cruise kot! Bawak Changmin ni sekali. Aku nak jugak rehat sehari dari hadap kau dua ekor ni. Asyik bergaduh je, pening kepala aku!" arah Chanhee tanpa segan silu siap silangkan kaki penuh gayanya.

"Taknaklah, segan. Aku dah lari rumah kemudian nak datang majlis tunang abang tiri aku sendiri? What the hell? Nanti orang ingat aku jiwa kacau." aku kembali menyandar, dah takde mood nak mengemas untuk closing.

"Haah memang jiwa kacau, tapi takde hal sebab dia bertunang dengan adik kandung kau." tokok Changmin penuh selamba. Sengaja nak api-apikan perbualan aku dan Chanhee.

"Kau ni kenapa eh Changmin! Tak habis-habis nak provok aku kan!" bengang aku mara ke arah Changmin bersama kusyen yang aku guna buat peluk tadi.

Ganas aku libas batang tubuh lelaki itu dengan kusyen. Changmin mengelak sehinggalah dia gunakan tenaga lelakinya untuk kunci tangan aku. Aku menjerit marah, sebelum gigi aku melekap pula pada lengan sasanya. Kini giliran Changmin pula terpekik sakit.

"Eish! Peninglah aku dengan korang!" Chanhee terlebih dahulu step out dari pergaduhan kami. Ke mana? Entah, aku lagi fokus gigit Changmin sekarang.

bad.Where stories live. Discover now