•••
« yura »
"Hmph dress ni tak sesuai dengan warna kulit awak."
"Macam ketat sangat je. Awak nampak macam kentang."
"Ini bahu londeh apa fesyennya? Tukar!"
"Tak cukup kain. Go and find another dress!"
Aku picit pelipis. Sudah sejam aku berulang alik dari bilik persalinan semata-mata mahu puaskan hati Hyunjae. Naik pening kepala mahu melayan semua komen mengarut dari Hyunjae. Badan aku, suka hatilah nak tayang macam mana!
"Lee Hyunjae, awak fikir awak siapa nak arah saya macam-macam?" tangan naik ke pinggang menandakan aku geram dengan lelaki ini.
Dia yang duduk bersandar pada mulanya kini berdiri tegak lalu berjalan ke mari. Entah kenapa aku langsung tak rasa berdebar-debar atau apa-apa simptom anxiety. Rasa nak kokak muka tampan Hyunjae itu yang ada.
"Milady, jangan la pegang pinggang. Nampak seksi. Nanti staff lelaki kat sini tergoda habis lah saya." dia senyum segaris. Langsung buatkan darahku mendidih.
Sehari tak bagi aku naik angin, memang tak boleh ke?
"Eee! Awak jangan nak melalut! Kita takde apa-apa hubungan mengarut ye! Why? Awak fikir awak boyfriend segera saya? Boleh blah!" langsung hilang panggilan hormat aku kepada lelaki ini.
Ada aku kisah? Buang masa saja hormatkan orang begini.
"Oh, I thought we were? Sebab kita ada tahi lalat yang sama on the same spot. See? Atas hidung. Satu awak satu saya." bicaranya jeda. Sengaja dia mendekatkan wajah sehinggakan haruman gourmand yang berbau chocolate mencucuk hidung. "I'm pretty sure we are a match from heaven darling." bisiknya lalu mengerdipkan mata.
Laju aku tutup hidung supaya tahi lalat yang dimaksudkan tidak dilihat. Sibuk betul dia usyar tahi lalat aku! Tajam aku mencerlung pada Hyunjae yang galak ketawakan aku. Sigh, takkanlah another delusional toncet yang aku kena hadap?
"Sebab tahi lalat kita sama awak panggil match from heaven? Kronik sangat penyakit delusional awak ni Encik Lee. Jom kita ke medical deck, kita check mana yang perlu sebelum melarat? Manalah tahu terlebih hormon ke tak cukup enzyme ke." bicaraku berbaur sarkastik.
Makin kuat pula tawaan lelaki itu bergema di ruangan fitting. Aku meraup wajah, cuba menahan diri dari gunakan violence pada lelaki tampan ini. Staff yang berada di sekitar turut mencuri pandang untuk lihat apa yang jadi.
"Cik Yura, saya tak sangka awak ni kelakar. Jom kawan? Saya suka berkawan dengan perempuan kelakar. Barulah indah hari-hari saya yang akan datang nanti." ujarnya setelah tawaannya beransur pergi. Kini senyuman trademark semanis gula ditayang bagi memujuk aku.
Aku pamer muka angkuh, "Taknak, saya tak berkawan dengan customer sendiri."
"Then awak nak saya jadi boyfriend awak? For real? Saya tak kisah. Tapi saya takut Juyeon awak pulak kisah." sebelah alisnya terangkat. Bibirnya turut melengkung senyuman nakal. Dah makin jauh pula dia melalut.
Aku terpanar apabila nama Juyeon terzahir di bibir merahnya. Leher yang terdedah aku usap perlahan. Teragak-agak aku bertanya soalan yang sudah sekian lama mebelenggu diri, "Apa hubungan awak dengan Juyeon-"
"It should be me to ask that question." pintasnya. Kini nada lelaki itu bertukar serius sekali dengan air mukanya. "Apa hubungan awak dengan Lee Juyeon sebenarnya? Awak ingat saya tak tahu ke awak gunakan saya untuk buat Juyeon jealous tadi?"
YOU ARE READING
bad.
Fanfiction꒰ complete ꒱ ❧ lee juyeon. everyone is bad, and they might be bad when they start to show their true colors. started : oct 04 2023 ended : sept 25 2024 © -milkyuuu. 2023