3 5

56 10 17
                                    

•••

« juyeon »

rumah percutian lee juyeon.

Satu per satu anak tangga dijejak penuh longlai menuju ke ruang basement. Sepana paip digenggam kemas lalu aku geselkan pada dinding sepanjang aku berjalan ke bawah. Bingit bunyinya, tetapi bagi aku cukup untuk buat 'penghuni' basement sedar akan kehadiran aku.

Suis lampu dipetik sebelum cahaya putih bercampur merah menerangi segenap ruangan gelapku ini. Mata dikerling pada 'penjara' tidak jauh dari tempat aku berdiri. Suara meminta tolong selari dengan goncangan jeriji besi mengetuk pendengaran. Ada empat sangkar di situ. Tiap sangkar sekadar memuatkan seorang manusia sahaja.

Dan malam ini, aku dapat full house.

"Juyeon anak eomma. Juyeon nak buat apa ni sayang?"

"Oppa, lepaskan Yuna, tolong!"

"Juyeon, jangan macam ni. Benda boleh bincang!"

Aku nak mula dari siapa ya?

Lolongan mereka ibarat salakan anjing yang bertalu-talu. Aku diam sambil tersenyum girang. Aku sukakan suasana ini. Di mana semua akan jatuh dan tunduk kepada aku. Aku rasakan aku yang berkuasa sekarang.

Cuma satu suara sahaja tidak kedengaran. Penuh angkuh aku melangkah tanpa memperdulikan jeritan tolong daripada 'ahli keluarga aku' sendiri. Kini aku berdiri di hadapan sangkar Younghoon. Aku lihat lelaki ini memeluk lutut dalam keadaan kedua tangan dan kakinya terikat.

Aku tersenyum sinis sebelum berlutut di hadapannya.

"Kau— kenapa senyap? Bisu ke?" aku ketuk sangkar itu dengan sepana.

Younghoon tidak memberi reaksi. Langsung aku mengambil tindakan drastik dengan menghentak sangkar itu bertubi-tubi hingga rosak. Erangan sakit dari Younghoon aku tak pedulikan apabila ada besi-besi tercucuk pada tubuhnya dan ada hayunan sepana aku terkena padanya.

Aku rasa enthusiastic.

Aku keluarkan Younghoon dari sangkar lalu diheret ke tengah ruangan basement semula. Kini cahaya merah bak darah menyimbah pada riak kesakitan Younghoon. Perasan aku memerhati, dia menunduk.

"Sakit? Aku tak mula lagi. Lembik." dagunya aku tolak dengan sepana supaya dia mendongak. Tiada senyuman diukir untuk lelaki ini.

"Now tell me, apa yang kau dah buat pada isteri aku." ujarku sambil bermain-main pada kawasan dada lelaki itu. Tajam renunganku menikam mata hitamnya.

Younghoon ketawa sinis. Kepalanya disengetkan bersama mimik mengejek. "Kau dah tahu, kenapa tanya lagi? Bodoh ke?"

Ganas aku tolak Younghoon hingga dia jatuh terlentang. Aku duduk di atas abdomen lelaki itu sebelum aku mengeluh panjang.

"Autopsi saja tak cukup. Aku nak detail. Aku nak tahu dari awal isteri aku bernafas sampai dia mati, apa yang kau dan Yuna dah buat." kini sepana itu aku tekan kuat pada lehernya. Tercungap-cungap Younghoon cuba mencari nafas.

Aku lihat dada lelaki itu naik dan turun dalam waktu yang singkat seolah-olah mentertawakan aku lagi. Lagi aku naik berang dan pukul kepalanya dengan sepana. Darah merecik ke seluruh tempat. Younghoon menggelupur kesakitan.

"Kau bukan ada mak? Last aku nampak mak kau kat rumah orang tua semalam. Hyunjae ada dengan dia waktu tu." usai berkata begitu, aku lihat bahasa tubuh Younghoon seakan-akan mulai resah. Anak matanya menggigil, tubuhnya turut menggeletar.

bad.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang