1 8

55 13 42
                                    

•••

« yura »

Daripada posisi meniarap, aku mengiring ke kanan untuk selesakan diri. Tangan meraba sekitar, mana bantal ya? Takkanlah aku tidur cuma berselimut. Mamai aku membuka mata dan imej pertama yang aku lihat adalah besi penghadang balkoni serta pemandangan laut biru. 

Baru aku perasan aku tidur berdengkur di atas karpet rupanya. Selimut aku tolak tepi sebelum aku regangkan tubuh semahunya. Saat itu aku terpandang pakaian yang tersarung pada tubuh. Masih dress putih semalam tetapi koyak di bahagian bahu kanan sehingga menampakkan ketiak.

Laju aku silangkan tangan di dada. Cuba untuk ingat memori malam tadi, sayangnya memori aku takat Hyunjae bawa aku ke tandas sahaja. Mata dililaukan pada sekeliling, bagaikan tongkang pecah.

Ding! Dong! Bang! Bang! Ketukan dan loceng pintu berbunyi kedengaran secara bergilir. Pada masa yang sama pandanganku jatuh pada bathrobe yang tersadai di sofa berhampiran. Pantas aku menyambar lalu sarungkan pada tubuh.

Kalut-ribut aku hampiri pintu. Dengan ikatan bathrobe yang tidak berapa kemas, aku membuka pintu. Tersembul susuk Yuna di sebalik pintu bersama wajah bengis persis liger kebulur. Baru saja hendak membuka mulut, satu tamparan hinggap di pipi terlebih dahulu.

Pang!

Saat itu duniaku berpusing buat seketika sebelum batang leherku dicengkam ganas. Tidak sempat stabilkan diri, belakang tubuh sudah selamat bercumbu dengan permukaan lantai. Sakit!

"Kau! Kau pelacur! Kau buat apa dengan tunang aku dalam bilik ni hah!" bertalu-talu tamparan yang menyinggah sehinggakan aku dapat rasa cecair mula memeleh dari hidung.

Jemariku cuba meleraikan cengkamannya pada leher. Makin aku cuba, makin sakit kulit leherku akibat ditekan kukunya yang tajam. Entah berdarah atau tidak, aku tak dapat nak melawan.

"S- sakitlah!" aku meraung sakit sebelum aku dapat rasakan tubuh Yuna ditarik jauh dari aku. Dan pada masa yang sama aku dari tarik lalu menyandar pada permukaan hangat.

Cecair hangat yang mula meleleh ke Cupids bow aku seka dengan kain bathrobe. Alamatnya kain putih tersebut telah bertukar merah. Aku panggung kepala dan dapat lihat Hyunjae sedang menenangkan Yuna yang sedang naik hantu daripada terus menerkam aku.

Kejap- kalau Hyunjae di situ, siapa yang aku sedang sandar ni?

"Lee Juyeon! Sampai hati kau curang dengan aku! Kau orang memang setan! Yura kau memang perempuan murah!" bibir mugil Yuna terus menerus memaki hamun kami berdua.

Aku sentuh muka yang terasa perit. Leher? Jangan cakaplah, aku nak gerak pun rasa seksa. Akhirnya manusia yang aku guna sebagai tempat sandar membantu aku berdiri. Pandanganku berlaga dengannya tetapi cepat aku kalih. Sungguh kesal. Bagai mana aku boleh end up di sini?

"Aku- aku tak buat apa-apa dengan tunang kau." lemah aku bersuara.

"Kau tak buat pape? Penipu! Munafik!" ganas Yuna meronta dari pegangan Hyunjae lalu menerpa ke mari. Kasar dia menyelak lengan bathrobe aku sehinggakan kesan lengan dress yang terkoyak terdedah. "Ni, ni apa! Kau perempuan murah tunang adik sendiri pun kau sondol!"

Jemarinya menunjuk-nunjuk pada kesan koyakan pada bahu aku. Lantas aku tutup dengan kain bathrobe. Panas wajahku saat ini. Aku sendiri lupa apa yang terjadi. Aku tak tahu sama ada aku masih perawan atau tidak. Aku tak tahu-

Tetapi dah kalau aku bangun tidur ada di atas karpet. Orang buat benda tu memang tinggalkan partner tidur atas karpet ke?

"Gaesaekki. Kau tunggu aku viralkan muka kau Yura! Kau tunggu! Biar satu Korea kecam kau! Kau tunggu penyundal!" sejurus Yuna mengeluarkan telefon bimbitnya untuk rakam muka aku. Laju Juyeon dan Hyunjae bertindak menjauhkan perempuan gila itu dari aku.

bad.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang