•••
« yura »
Juyeon bagi aku silent treatment lagi. Kali ini lebih dahsyat. Pandang muka aku pun dia tak mahu, bercakap dengan aku pun dia tak lalu! Persis sudah tak peduli aku wujud ke tidak! Sudah seminggu dia begitu setelah dia dapat tahu aku dan Hyunjae diam-diam komplot untuk jatuhkan lelaki itu.
Aku— aku tak bermaksud nak jatuhkan suami aku sendiri. Tapi aku sendiri keliru, siapa yang jahat sekarang?
Terbayang wajah trauma Juhwa saat kali pertama kami bertemu di rumah keluargaku. Saat dia dipeluk Juyeon, cara gadis itu pandang aku buatkan ada satu rasa asing bertandang. Aku cuma nak bantu Hyunjae cari tunangnya. Tetapi pada dasarnya, takkanlah Hyunjae nak culik tunang sendiri? Dan takkanlah Juyeon sendiri sembunyikan Juhwa? Untuk apa?
Siapa yang menipu sekarang?
Jika difikirkan balik, tiap tindak-tanduk Hyunjae memang suspicious. Macam mana Juyeon tak tahu Hyunjae adalah boyfriend yang cuba bawa lari Juhwa? Tapi Hyunjae bijak, dia tahu cara untuk mempergunakan aku walaupun dalam diam aku sudah syak yang aneh-aneh padanya. Aku rasakan, Hyunjae manipulasi aku selama ni.
Mungkin Juyeon betul, aku tak patut percaya lelaki itu. Dan sekarang, aku dah terlambat. Aku rosakkan kepercayaan Juyeon untuk kesekian kalinya.
Aku yang betray suami aku sendiri—
Keluhan kecil terlepas. Kedua jemari saling bersulam sesama sendiri sambil aku letakkan siku di atas lutut sendiri. Suasana hingar-bingar ruang menunggu correctional institution ini buatkan aku tenggelam di dalam dunia sendiri.
"Ra." aku rasakan pipiku sejuk. Segera aku alihkan pipi sebelum pandanganku bertemu dengan riak Chanhee.
Lambat-lambat aku menyambut huluran air mineral dari lelaki itu. Kini masing-masing membisu sambil menunggu nombor giliran kami dipanggil. Setelah sejam Chanhee memghantar approval untuk melawat Changmin—yang sedang direman. Tempoh remannya dilanjut lagi dua minggu.
Kesian Changmin. Dia cuma bantu Juhwa, tapi— aku masih tak faham kenapa polis taknak lepaskan dia.
"Kenapa kau tak beritahu aku?" suara dingin Chanhee akhirnya mengetuk gegendang telingaku.
Aku sekadar kerling pada Chanhee bersama riak sugul. Lidah aku, kelu.
"Dari awal kita dah plan sama-sama Yura. Kau kerja dengan aku untuk mudahkan kerja siasat kau cari pembunuh mama kau. Aku ni, aku rasa aku ni tunggul bila kau tak beritahu siapa Hyunjae sebenarnya. Kau nak tahu tak Hyunjae tu orang penting dalam kes kau Seo Yura?" nadanya datar. Jemari lurusnya ditunding pada diri sendiri bertalu-talu. Riaknya jelas menunjukkan lelaki itu kecewa.
Damn, apa yang aku buat selama ni?
"Chanhee, aku tak bermaksud taknak beritahu kau. Hyunjae tu sendiri paksa aku terima cadangan dia. Aku tolong dia, dia tolong aku. Tapi dia tak bagi aku beritahu sesiapa—"
Chanhee meraup wajahnya kasar. Aku boleh baca riak frust lelaki itu. Kasar beg yang dibawa bersama dia capai sebelum dia menggeledah mencari sesuatu. Satu sampul bersaiz lebih besar dari A4 dia keluarkan dari begnya lalu dia letak di atas ribaku.
Aku tertanya sendiri, "Apa ni Chanhee?"
"Reason kenapa kau wujud." dia balas dalam nada dingin. Tiada eye contact yang dia mahu lakukan kepadaku.
Selang beberapa tika, nombor kami dipanggil. Chanhee terlebih dahulu angkat punggung dan berlalu tinggalkan aku sendiri di atas kerusi menunggu. Aku menghela nafas dalam sebelum hujung sampul itu aku koyak dengan penuh berhati-hati. Isi sampul itu dikeluarkan.

ANDA SEDANG MEMBACA
bad.
Fanfiction꒰ complete ꒱ ❧ lee juyeon. everyone is bad, and they might be bad when they start to show their true colors. started : oct 04 2023 ended : sept 25 2024 © -milkyuuu. 2023