•••
« yura »
"Brownies." aku letakkan sepinggan separa brownies separa cookies di atas meja kopi hasil dari air tangan aku dibantu Juyeon. Mata dikerling pada eomma. Angkuh dia terlihat bersila panggung di atas single sofa, matanya langsung tidak berkalih dari merenung skrin tv, menonton kdrama yang terpasang.
Aku mencebik, menyampah!
Punggung dihenyak pada sofa bersebelahan dengan wanita lebih dari separuh abad itu. Rambut yang dibiarkan terlepas bebas disebakkan ke belakang. Angkara Lee Juyeon tak benarkan aku sanggul rambut. Dia tak tahu rimasnya biarkan rambut geletek kulit leher sendiri!
"Siapa suruh kau duduk?"
Sebelah keningku terjongket. Dah kenapa gaya makcik ni persis cikgu matematik aku semasa sekolah dulu?
"Pastu, takkan nak duduk atas kau pulak?" aku pandang wanita itu atas dan bawah berulang kali.
Matanya menjegil garang. Aku pura-pura cover mulut dengan tapak tangan. Baru sedar silap aku yang 'sebenar' di mana. Sementara anaknya masih di dapur, meh sini aku cari pasal dulu.
"Sorry eomma, tak sengaja teraku-kau. Sebab dah terbiasa hihi-" aku tersenyum sinis.
"Biadap ye perangai kau-" kali ini wanita itu mengetap gigi. Bengang betul gayanya.
"Nak buat macam mana, hasil didikan mama tak habis sebab ada orang jahat bunuh mama saya. Bukan salah saya la kan?" aku tersenyum mereng. Kalau dulu aku mudah naik berang jika nama mama dikaitkan.
Tetapi sekarang tidak. Aku punya agenda sendiri!
"Baguslah sedar diri. Takde la terseksa anak aku dapat isteri jenis tak reti berpijak di bumi perangainya nanti. Risau turun sampai ke anak cucu, rosak keturunan aku dapat genetik bebal macam kau." tajam kata-katanya menghiris gegendang telinga. Kini pandangannya beralih ke skrin tv semula.
Selamba aku capai remote lalu menukar siaran. Kini perhatian wanita itu berada pada aku sekali lagi. Lebih tajam dan garang. Ahhh lagi tajam, lagi aku suka!
"Omona, eomma tengah tengok ke? Sorry." aku letakkan remote di tempat asal. Selamba aku menyandar pada sofa tanpa rasa serba salah.
"Kau memang sengaja nak cari pasal kan?!" kali ini amarahnya meledak, tanda dia mula hilang sabar.
"Mana adalah, Yura cuma nak tanya. Jadi eomma restu la ni hubungan saya dengan anak manja eomma tu? Mesti eomma tak sabar nak cucukan sebab eomma ada mention pasal keturunan?" aku tersenyum nakal. Suka dapat simbah gasoline ke dalam api.
"Eee! Jijiklah dengar ayat kau tu! Eh, kau dengar sini! Kau ingat aku hamak nak terima penyondol takde maruah macam kau jadi menantu aku? Langit terbelah sekalipun aku tak sudilah! Gam dalam kepala kau sampai mampus, Yuna menantu idaman aku. Cukup masa aku suruh Juyeon ceraikan kau macam apa yang mama kau rasa dulu!" kata-kata eomma buatkan aku tersentap. Tetapi cepat-cepat kukawal air muka.
Macam, apa yang mama aku rasa dulu?
Maksudnya?
"Eomma jangan risau, kalau dah ada borang cerai depan mata sekalipun, sekarang jugak Yura signkan untuk eomma tau! Tapi, kalau eomma tolong printkan lagi cepat permintaan eomma nak bermenantukan Yuna tu settle!" penuh bersahaja aku memberikan jawapan. Walhal aku rasa pedih sedikit saat berkata begitu.
YOU ARE READING
bad.
Fanfiction꒰ complete ꒱ ❧ lee juyeon. everyone is bad, and they might be bad when they start to show their true colors. started : oct 04 2023 ended : sept 25 2024 © -milkyuuu. 2023