•••
« yura »
Sepi. Canggung. Gugup.
Kalau tadi aku keluar makan bersama dua sahabat baikku, sekarang aku pulang dengan manusia berbeza. Sesekali kedengaran dj radio memecahkan suasana sunyi antara kami. Sempat aku kerling pada Juyeon di sebelah. Dia terlihat tenang mengawal stereng dengan sebelah tangan.
Aku teguk liur. Tiba-tiba tangan kekar milik lelaki itu kelihatan attractive di mata aku. Mungkin lelaki ini jenis suka keluar masuk gym. No wonder badan tegap semacam. Sengaja dia pakai baju jenis sleeveless, mendedahkan otot bisep dan trisep tegapnya.
Eh, diri sendiri! Jauh betul melalut ya! Aku berdeham kecil. Tali pinggang yang membalut tubuh digengam erat.
Bilalah nak sampai ni.
" Beautiful."
Rasa nak luruh jantung! Tapi aku buat selamba. " Tak payah nak beautiful sangat. Panggil je Yura. Cringe."
Juyeon gelak kecil. Tangan aku mula ringan semacam mahu menampar orang. Kenapa setiap patah yang keluar dari mulut aku dia akan gelak? Kelakar sangat ke hah?
" Mulut aku, suka hati akulah nak panggil kau apa, beautiful."
Aku merengus kecil, malas nak membantah. Bukan apa, takde mood nak bergaduh.
" I'm speaking facts by the way. Kau naturally cantik. Kalau mekap sikit lagi aku suka." tersungging senyuman senget di bibirnya.
Paras rasa jengkelku berada di skala maksimum. Entah kenapa aku tak suka bila orang bermulut manis puji aku cantik. Aku rasa diorang menipu! Hipokrit! Terutamanya lelaki Casanova seperti Juyeon.
Kau ingat aku nak terima pujian dari lelaki yang dah main mata dengan adik aku sendiri?
" Stop with your cringeness Lee Juyeon! Jangan sampai aku terjun keluar!" aku acah memegang handle pintu.
Alele, diri sendiri. Nak terjun konon. Tak serik lagi ke kemalangan dua kali berturut-turut? Aku ejek diri sendiri.
" Terjun la beautiful, tapi kau kena ingat. Kita ada atas highway. Takde yang dapat sambut kau kalau kau jatuh terguling kena gilis dengan lori sekalipun." bersahaja dia membalas.
Bibirku terkunci. Again Lee Juyeon menang perang mulut mengenai perkara remeh antara kami. Jadi aku hanya merengus kecil lalu memeluk tubuh. Sudah malas nak tatap mukanya. Jeling melalui ekor mata pun tak lalu!
" Beautiful-" meleret dia memanggilku. Aku buat pekak.
" Beautiful-" dia panggil lagi.
Bebola mata diputarkan. Menyampah.
" Beautiful-" lagi dan lagi. Sehinggalah pandangan kami bertembung disebabkan kereta berhenti. Lampu isyarat sedang merah. Dia tersenyum manis.
Jemari kasarnya naik mengusap ribaku. Panik aku alihkan kaki. Riak bersahaja Juyeon aku jeling tajam. " Kau! Jangan nak melampau eh! Pantang betul la lelaki gatal macam kau ni! Kau nak makan penampar aku lagi ke?" aku dah tak dapat kawal baran.
Dia koyak senyum sehingga mata sepetnya tertutup. Sumpah rasa nak cungkil biji matanya itu.
" What? Aku cuma nak tenangkan kau je beautiful. Kau nampak gelisah. Manalah tahu kau trauma lagi ke. Salah ke aku nak tolong adik tiri sendiri?" dia menayang riak kesian.
That's the point, aku adik tiri kau. Kenapa susah sangat prevent diri dari cross border antara kita Juyeon??
" Tak payah sibuk dengan trauma akulah. By the way umur kau berapa? Lagi tua dari aku kan? Huh! Perangai tak serupa dengan umur. Unmatured betul." aku beriak masam.
Juyeon tidak membalas. Hanya senyuman misteri mekar di bibirnya. Pedal minyak ditekan tatkala lampu isyarat bertukar hijau. Gelabah aku genggam erat tali pinggang semula. Aku rasa aku dah tak trauma, tapi bila pecutan kereta bertambah aku jadi takut.
Kiranya masih trauma la kan?
" Obviously aku lagi tua dari kau beautiful, aku tak minat perempuan tua. That's why I'm calling you beautiful." nadanya kedengaran miang. Lambat dia balas pernyataan aku.
Eee- flirty!
" I'm 27, kerja kilang je, cita-cita asal nak jadi pilot tapi tak kesampaian. Hobi memancing tapi aku jarang buat so I would prefer reading, I love books, but I love to see your beautiful face more. Aku suka makan ice cream, aku suka mainan robot, aku suka kau jugak. Aku pandai main basketball, I'm fluent in Japanese. The most important part, I'm still single, masih belum off-market if you curious about my marital status."
Aku terkedip-kedip. Panjang pula pengenalan dirinya. Sudahlah sempat menyelit ayat nak mengorat aku. Geli!
" Tak tanya pun!" aku peluk tubuh.
" Kalau kau tak tanya, biar aku pulak tanya kau. Do you like me, beautiful?" nadanya kedengaran bercanda.
Rasa nak muntah pelangi dengar soalannya. Mintak dijauhkanlah aku suka pada lelaki seperti Lee Juyeon! Boleh punah masa depanku!
" Aku? Suka kau? Tak payah nak buat lawak hambarlah Juyeon. Tengok kau pun tak lalu. Sedarlah diri, that you are not my type." pandangan dilempar ke lampu-lampu di jalanan.
" Then, tell me. What's your type? Manalah tahu aku boleh ubah diri kalau ditakdirkan aku jodoh kau nanti." candanya tanpa lapik.
Reroma automatik berdiri tegak. Aku pandang Juyeon, anak mata bergerak atas dan bawah.
" Eee! Delusional! Aku ni adik tiri kau Juyeon! Sampai mati perasaan aku takkan berubah. Kau ingat aku tak perasan ke kau main mata dengan Yuna kat belakang aku? Itu yang aku tahu, yang aku tak tahu mesti bersepah!" semburku. Juyeon sudah gelak berdekah.
Tengok caranya main mata dengan Yuna serta mengayat aku pun, aku dah tahu lelaki ini sudah biasa. Aku kenal sangat dengan lelaki spesis ini, persis cendawan tumbuh selepas hujan di kelab malam.
" So what beautiful? Cinta boleh dipupuk. Yang pasti aku takde kaitan darah daging dengan kau dua beradik, kalau ada anak pun, anak kita takkan ada penyakit genetik. So kiranya kita dibenarkan berkahwin secara sah."
Aku ternganga. Wah, level delulu lelaki ini. Kritikal! Chanhee pun kalah!
" Actually aku boleh je bawak kau lari pergi kahwin sekarang kalau aku nak but tak gentleman la macam tu." dia berhenti ketawa. Kereta yang dipandu membelok mengikut isyarat papan tanda jarak ke hospital.
" Aku nak tunggu kau suka aku balik beautiful. Baru best." sambungnya selamba.
Jatuh rahangku. Baru dua hari kami saling mengenali, sudah cakap pasal anak pula! Mintak simpang, selisih 44 malaikat! Boleh rosak masa depanku yang sudah gelap ini.
Eeee gila!
" Go fuck yourself Lee Juyeon."
Dia menyerigai. Langsung tak terkesan dengan kata carutan yang terhambur.
" By the way beautiful, mana baju hospital kau?" soalnya setelah lama sepi antara kami.
Aku tepuk dahi. Saat itu aku baru teringat. Kalut punya pasal aku lupa baju itu berada di dalam kereta Changmin. Jarang untuk aku lupa mengenai hal remeh begitu. Mampuslah nak jawan dengan nurse garang!
Apa yang dah jadi dengan bad girl, Seo Yura?
•••

ANDA SEDANG MEMBACA
bad.
Fanfic꒰ complete ꒱ ❧ lee juyeon. everyone is bad, and they might be bad when they start to show their true colors. started : oct 04 2023 ended : sept 25 2024 © -milkyuuu. 2023