3 3

20 8 30
                                    

•••

« yura »

Sudah setengah jam aku mengesot ke arah satu sudut ruang kotor ini—cuba untuk mencapai telefon bimbitku yang terdampar di situ. Aku tak mampu gunakan kaki aku untuk berjalan. Sakit yang maha dahsyat menyerang tatkala aku berdegil juga.

Aku rasakan kaki aku patah, keduanya.

Aku tak tahu aku berada di mana. Semua yang berada di sekelilingku nampak terbiar dan usang biarpun pandanganku samar-samar. Ada beberapa perabot lama yang dipenuhi dengan kesan vandalism serta daun-daun kering berselerakan. Aku juga dibiarkan tidak berikat. Jadi aku tak tahu sama ada adakah aku diculik atau aku sengaja dibiarkan terperangkap di sini.

Macam port mat pet pun ada.

"Hissss— sikit lagi." aku mendesis kesakitan saat aku terpaksa menekan kaki kanan sendiri supaya telefon itu berjaya masuk dalam genggaman.

Dan aku berjaya. Dalam keadaan aku tertiarap, bersungguh aku ketuk peranti itu hingga menyala memandangkan banyak kesan crack yang menyeliputi bahagian depan dan belakang telefonku.

Menyala! Sekarang jam 11.29 malam. Menandakan sehari suntuk aku unconscious. Bateri peranti aku juga tinggal empat peratus. Signal pula hanya naik simbol E sahaja.

Nombor pertama yang aku cuba dail adalah panggilan kecemasan. Bersambung walaupun tersangkut-sangkut. Malangnya aku gagal sertakan lokasi memandangkan aku sendiri tak tahu aku berada di mana.

Panggilan kedua yang aku cuba buat adalah kepada Juyeon. Malangnya berkali-kali cubaan aku gagal hinggalah bateri aku tinggal dua peratus. Nafas dihela dalam sebelum aku cuba buat panggilan kepada Chanhee pula. Resah aku menunggu hinggalah panggilan berjaya disambungkan.

"Chanhee, tolong aku! Aku tak tahu aku ada kat mana sekarang tapi tolong track call—"

"Yura." lelaki itu cut off aku. Langsung aku hilang kata-kata. Berombak dadaku cuba menahan rasa.

"Aku rasa sampai sini je kita—"

"Chanhee tolong jangan buat aku macam ni! Aku serius!"

Tup! Telefonku kehabisan bateri. Tidak semena-mena satu-satunya peranti yang awalnya berguna aku banting bagi melampias amarah. Penuh rasa kecewa aku meraup muka sendiri. Kawasan tubuh yang terdedah mula terasa gatal dek digigit nyamuk memandangkan aku memakai pakaian yang agak singkat.

Apabila bayangan Hyunjae bermain di ruangan mata, aku rasakan emosiku bercampur aduk. Marah yang berpadu dengan rasa sedih yang mendalam, ditambah rasa takut jikalau ada bahaya mungkin tiba-tiba menjengah.

Merintih? Macam dah takde guna.

Saat aku tenggelam dalam perasaan sendiri, sayup-sayup telingaku dapat menangkap derapan kasut boot tebal sedang menghala ke mari. Automatik aku menjadi lebih alert.

Aku rasakan lelaki ini. Mungkin Hyunjae.

Kedengaran bingit pintu besi bergesel pada lantai. Lekas aku jatuhkan diri je tanah dan pura-pura pengsan. Nafas yang sudah tidak teratur cuba kukawal sebaiknya.

Dia, bukan Hyunjae.

Lelaki itu merangkul tubuhku lalu dia gendong di atas bahu. Aksinya persis lelaki yang cuba menculikku dulu. Saat tangan kasarnya menyentuh kawasan kakiku yang cedera, aku kemankan bibir supaya jeritanku tidak meletus. Dia bawa aku keluar.

Sakit, ya Tuhan!

Tubuhku dihempaskan ke satu permukaan keras membuatkan aku tak berdaya mahu mengawal ekspresi sendiri. Saat itu mataku tanpa sengaja bertemu dengan mata milik lelaki asing itu. Aku ketawa mengejek dalam keadaan menahan sakit.

bad.Where stories live. Discover now