3 4

40 9 20
                                    

•••

« juyeon »

3 weeks later.

Dingin hawa bilik mayat menggigit kulit tubuh saat aku menjejak kaki di sini. Suasana ruangan bilik pengecaman mayat tidak seindah seperti apa yang aku bayangkan. Langkah bergontai terpaksa diatur menghala ke tengah ruangan yang ditutupi langsir.

Ada beberapa staff di situ menegurku dan menunjuk jalan. Tiada senyuman yang dilemparkan kepada mereka. Air muka aku tidak berdaya menunjukkan sebarang emosi. Padahal di dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu betapa luluhnya aku. Penuh berharap aku titipkan doa supaya mayat yang dikatakan milik Seo Yura adalah bukan.

Kata mereka fitur tubuh dan muku Yura berubah gara-gara mayat sudah mula mereput. Pihak polis mengatakan Yura dijumpai terapung di atas permukaan tasik berdekatan dengan amusement park yang terbiar oleh pemancing di situ.

Terbayang wajah Yura bermain di ruang mata. Memori si isteri bergaduh manja, ada kalanya sisi garang dan kasarnya keluar bukan aku tersenyum sendiri.

Rahang diketap kuat, isteri aku masih hidup!

"Encik Lee." panggil staff di situ setelah aku selesai disinfeksi diri sendiri.

Nafas dihela dalam. Bersama kekuatan yang bakal ranap bila-bila masa, aku akur pada tiap-tiap prosedur yang dinyatakan. Kini aku berdiri di hadapan troli mayat yang mempunyai beg plastik hitam yang berbungkus di atasnya. Ritma jantungku semakin berdetak kencang.

"Saya akan buka penutup hanya di bahagian muka untuk pengecaman. Sila lihat dengan teliti, dan jika encik yakin dengan identiti mayat, boleh maklumkan kepada kami." tutur staff perempuan yang setia menanti di hadapan troli mayat tersebut.

Air liur diteguk walaupun terasa kesat. Saat zip beg plastik itu ditarik ke bawah, aku rasakan duniaku berhenti berputar. Keadaan mayat yang agak mengerikan membuatkan aku tak mampu untuk menatap lama. Pandangan dijatuhkan ke sisi bersama mata yang berkaca.

Benar, keadaan Yura berubah. Total.

"I—" aku rasakan lututku melonggar. Jemari memegang hujung pemegang troli bagi menyokong tubuh. Ada beberapa staff cuba membantuku berdiri. Dan aku biarkan sahaja.

"Seo Yura—" nafasku tersangkut di kerongkong. Aku tak mampu untuk melafazkan apa lagi selepas itu. Hiba menguasai diri.

Yura, Seo Yura. Dunia aku. Dunia aku hancur.

Lagi sekali aku cuba untuk tatap wajah yang sudah mereput itu. Penuh sayu dan penyesalan. Pipi gebu itu kini berubah kehitaman. Fitur mukanya juga rosak. Selebihnya aku tak mampu pandang. Lagi dan lagi air mataku jatuh tanpa segan silu. Sejurus itu aku jatuh berlutut dalam keadaan menangis teresak-esak.

Aku gagal, beautiful. Aku gagal lindungi kau lagi.

Aku suami yang gagal, maafkan aku.

—❦︎—

Tubuh tersandar lesu pada kerusi menunggu. Sudah dua jam aku menunggu di ruangan menunggu unit forensik hospital bagi menanti proses pengesahan DNA dan rekod pergigian selesai. Mata turut terpejam dek keletihan melampau.

Sepanjang tiga minggu kehilangan Yura, naik gila aku mencarinya. Ternyata semua usahaku sia-sia persis jejak Yura dari awal sudah terhapus. Semuanya berakhir malam tadi apabila aku menerima panggilan daripada pihak polis.

Panggilan. Aku berdecit kecil. Bodohnya aku mengabaikan panggilan Yura yang terakhir gara-gara perasaan bodohku waktu itu.

Sebelah tangan menepis air mata penyesalan yang tiba-tiba mengalir. Tidak lama itu aku dapat menangkap bunyi seolah-olah seseorang melabuhkan punggungnya di sebelahku. Buka sahaja mata, aku terkesima.

bad.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang