•••
« changmin »
Terpisat-pisat aku melangkah ke arah pintu utama yang sedari tadi diketuk bertalu-talu dari luar. Tak cukup itu loceng pintu turut sama berbunyi nyaring selari dengan hentaman di pintu. Baru sahaja membuka membuka kunci pintu, tombol sudah dipulas dari luar sebelum kayu besar itu menghentak dahi aku.
Buk!
Punggungku sudah terhentak kasar pada lantai gara-gara aku tidak sempat berpaut. Sakit yang aku rasakan 2 in 1 sebelum imej gadis berpakaian serba hitam melewati aku bersama luggage miliknya. Kenapa gadis? Rambunya terlihat mengurai sehingga ke pinggang.
Pasti Yura.
" Woi! Kau ni makan apa hah langgar pintu macam langgar kapas!" bentakku tidak semena-mena. Dahi yang terasa sengal diusap seraya aku berdiri tegak di hadapan Yura.
Gadis itu seperti biasa pandang aku tanpa riak. Tanpa balasan, dia menonong masuk ke ruang tamu rumah Chanhee penuh selamba. Aku menumpang tidur di rumah lelaki pink untuk malam ini.
" Seronok jugak cakap dengan dinding ni." perliku sinis.
Kelibat Yura sempat dijeling sambil aku menutup pintu. Kini aku lihat luggage milik gadis itu sudah berada di depan bilik yang sering dia gunakan. Kelibatnya sudah hilang entah ke mana. Setelah melilaukan mata, barulah aku perasan Yura berada di hadapan peti ais.
" Kau buat apa kat sini? Pindah?" kakiku menapak ke situ, aku berdiri tidak jauh di belakang Yura.
Penutup botol dia tutup rapat sebelum letak di pintu peti semula. Tubuhnya dipusing ke arahku bersama riak tidak berperasaannya.
" Kau rasa?"
Keluhan kecil terlepas. Dia main soal jawab pulak dah!
" Kau ingat aku boleh baca apa otak sengal kau fikir?" tangan naik mencekak pinggang sendiri.
" Kau buta ke? Tak nampak luggage aku tu? Hish! Kita bincang esok, aku penatlah!" pintu peti dia tutup sebelum mara ke arah bertentangan.
Bibir diketap perlahan. Kelakuan dingin Yura pada jam dua pagi benar-benar buatkan darah aku menggelegak. Sudahlah tuan rumah tidur mati kejung, jadi aku yang tetamu pula kena bukakan pintu. Tidur aku terganggu! Tak cukup itu, dapat layanan kelas belakang pula dari tetamu jam dua pagi ini.
" Hey Yura, cakap elok-elok tak boleh ke?!" serentak itu lengannya aku raih kasar dari belakang. Reaksinya sungguh lain dari selalu.
Dia menyerigai kasar sebelum meloloskam lengannya dari cengkaman aku. Dan aku tahu ada sesuatu yang tidak kena. Sekali lagi lengannya aku capai walaupun gadis itu meronta. Lengan hoodie gelap miliknya aku singsing ke siku, menampakkan kesan torehan disertai dengan kemerahan pada kulit mulusnya.
" Again Seo Yura?" wajahku mengendur. Sedikit sayu dengan keadaan gadis ini.
" Aku penat Changmin, lepaslah." pintanya, tidak membentak. Kepalanya langsung menunduk. Rambunya turut terurai jatuh membuatkan wajahnya tidak dapat dilihat.
Sigh, my bad Yura is not here.
Tidak menunggu lama, aku memimpin gadis itu menuju ke arah kamarnya. Suis lampu dipetik sebelum terang benderang ruangan ini. Bagasi yang berada di depan pintu turut aku bawa ke tepi katil.
YOU ARE READING
bad.
Fanfiction꒰ complete ꒱ ❧ lee juyeon. everyone is bad, and they might be bad when they start to show their true colors. started : oct 04 2023 ended : sept 25 2024 © -milkyuuu. 2023