3 1

42 10 27
                                    

•••

« yura »

Kata Juyeon, lepas selesai urusan meeting dia nak bawa aku healing. Katanya dia nak aku kenal kawasan ini. Tapi bila di lokasi, ini bukan tempat healing. Ini tenpat sesuai hilang. Persis rumah keluarga Hyunjae.

Iaitu rumah percutiannya. Tersorok di dalam hutan berdekatan dengan kaki gunung. Sebarang signal susah untuk dapat menjadikan aku bertambah bosan tika ini.

Tapi, orang kaya punya taste memang aneh ya?

Usai mandi, aku mengenakan bathrobe. Sibuk aku mengeringkan rambung dengan tuala. Langkah bergontai menuju ke jendela. Langsir ditarik ke tepi sebelum jendela aku buka. Suasana hutan belantara bersebelahan dengan tasik menjadi tatapan. Menderu-deru angin hutan menggigit kulit tubuh.

Dingin! Hingga tubuhku menggeletar seketika. Lama aku berada dalam keadaan sebegitu. Fikiranku, jauh menerawang. Semuanya memikirkan segala kemungkinan hingga aku sendiri resah. Anak rambut yang berjuntai aku kuak ke belakang.

Semua orang, aku tak boleh percaya.

Termasuk suami aku sendiri.

"Sayang." satu tangan kekar memaut kemas tubuh genitku dari belakang. Tangannya melingkar di pinggang, dagunya turut berlabuh di bahu kiriku. Tuala di tangan langsung terlepas.

Mataku terpejam rapat. Harumannya, berjaya meredakan segala resah dan gelisah di hati. Aku sembunyi senyum seraya berdeham kecil. Cuba mengawal diri dari nampak tergedik-gedik.

Jatuhlah standard aku kalau Juyeon tahu aku rindukan dia walaupun tak sampai beberapa jam dia hilang.

"Pergi mana tadi? Lupa ke kau dah kahwin? Sengaja nak biar aku duduk sorang-sorang kan? Kalau aku kena culik dengan hantu macam mana tadi? Sudahlah aku try call kau dengan telefon rumah tak berangkat!" aku memulakan bibit-bibit mahu membebel.

Sebelum Juyeon menghilang tadi, dia sempat beritahu telefon rumah boleh guna untuk call kalau jadi apa-apa.

Juyeon ketawa kecil. Tidak pasal-pasal pipiku menjadi mangsa cubitannya. Aku merengus kecil.

"Bukan tak reti guna sayang, tapi habis battery. Saya dah cas semalam tapi lupa nak on plug. Seingat saya, saya ada onkan plug. Entah-entah ada hantu guna phone saya buat main game semalam, lepas tu terlupa nak on plug." gurauan Juyeon buatkan darah aku berderau.

Takkanlah Juyeon tahu?

Aku sekadar ketawa sumbang. Mata dikalih memerhati kegelapan malam sambil hidung menikmati wangian Juyeon. Kenapa ya? Makin aku sedut gourmand dipakai Juyeon makin aku rasa ketagih?

"Mengarut la kau ni. Kalau hantu betul melayang depan kita nanti kau jugak yang lari tak cukup tanah." balasku, taknak kalah.

Tawa halusnya bergema di telinga kiriku. Lantas pelukannya dikemaskan. Mukanya dibenamkan di leherku. Bikin aku kegelian!

"Saya terlambat balik ni awak tak rindu ke?" bisiknya. Dagunya berlabuh di bahu kiriku.

Gulp! Aku telan liur. Boleh pula dia serang aku dengan soalan begitu.

"Penting ke aku jawab?" aku jual mahal.

"Penting! Demi kemaslahatan rumah tangga kita. Saya kena tahu sebanyak mana beautiful saya dah jatuh cinta dengan saya. Sudah ada rasa atau belum? Deeply or superficially? Masih resistant or intermediate or susceptible?" makin jauh aku dengar Juyeon melalut.

bad.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang