1 7

58 12 64
                                    

•••

« yura »

Penangan sudah lama aku tak jejak ke acara keluarga, sekarang aku dilanda gugup melampau. Jangan tanya mana perginya bad girl Seo Yura yang sering dipuja oleh Changmin. Mungkin tertinggal di jeti agaknya. Dress putih separas lutut yang dipilih Hyunjae tadi aku betulkan. Teragak agak aku megusyar pintu masuk yang diawasi oleh dua bodyguard tegap.

Kini aku menyorok di belakang deretan HwahwansKorean traditional gift yang kebiasaannya sejambak bunga besar yang diletakkan bersama banner memanjang ke bawah. Kebanyakan Hwahwans pasti tertulis congratulations assemblyman Seo dapat menantu baru dan seangkatan dengannya. Ahh- aku tak tengok pun aku tahu!

Dan sekarang macam mana aku nak masuk? Ke mana perginya sifat bad bitch yang selalu aku tonjolkan di hadapan papa? Aghhh!

"Yura?"

Aku keluh nafas lega. Oh, my savior!

"Hyunjae." aku pandang lelaki itu bagaikan harapan negara. Dia tampak extra kacak apabila mengenakan suit hitam dipadankan bersama kemeja putih di dalamnya.

Bakal jodoh siapalah yang aku kebas ni?

"Kenapa tak masuk lagi? Something is bothering you? Seasickness again girlfriend segera?" penuh prihatin dia bertanya. Kepala aku turut disentuh lembut.

"Eh tak, saya dah makan ubat. Cuma-" aku tak habiskan ayat apabila jemari lelaki itu hinggap pada ikatan sanggul aku. Sekelip mata sahaja rambutku terurai jatuh sehingga ke pinggang.

Mataku membulat. Apa dia buat ni?

"Sengaja apa darling? Selain buat kelakar, you memang suka bagi cliffhanger?" seloroh lelaki itu bersama senyuman trademark di bibir. Getah rambut aku dia letakkan pada pergelangan tangan. Sebelah lagi tangan membetulkan kedudukan rambut aku.

"A- awak buat apa ni?" aku tolak tangannya. Side eyes diberi garang.

Tetapi senyuman manis di bibir nipisnya berjaya mematahkan side eyes aku. Ditambah tatapan lembut buatkan aku mengeluh perlahan, surrender. Kini jemari kasar lelaki itu kembali bermain-main pada rambutku.

"Stay still. Saya nak braid rambut awak."

Dalam diam aku perasan matanya acap kali menyinggah pada belakang aku. Mungkin anak matanya berada pada pintu masuk. Baru sahaja hendak berpusing ke arah yang sama, lelaki itu terlebih dahulu memusingkan tubuh aku lalu jemarinya lincah menari-nari di rambutku.

"Awak ni, menyusahkan-" aku tak sempat habiskan ayat apabila aku terpandang susuk lelaki di pintu yang sedang menghadap kami. Di dadanya ada boutonnière—bunga yang dipin pada blazer. Bunga putih menandakan dia main character malam ini.

Oh, pastinya bakal abang ipar yang aku tak restu. Bukan main kelat air mukanya buatkan hormon dopamine aku merembes. Tanda aku addicted dengan jealousy Lee Juyeon.

Jealous? Cis! Pergi lah tatap muka tunang tersayang tu!

Mencucuk haruman coklat ke hidung tatkala aku rasa deruan nafas Hyunjae mengena cuping telinga. "Tak menyusahkan darling. Saya cuma nak girlfriend segera saya nampak extra cantik! Barulah tercabut semua mata bila terpandang awak." bisiknya lembut.

Aku tayang muka bahagia-sebahagianya yang aku pernah buat. Siap gelak kecil extra gedik lagi supaya pihak sana cemburu kronik.

"Don't stop, keep going Hyunjae Lee." meleret aku seru nama Hyunjae. Riak bahagia ditayang sehingga susuk itu menghilang setelah diperhati melalui ekor mata.

bad.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang