2 6

68 12 20
                                    

•••

« yura »

"Aku ada benda nak bagitahu kau." perlahan suara Changmin di hujung talian seolah-olah berbisik.

"Ye, aku tahu. Kalau tak, takkan lah kau nak call aku semata-mata nak bagi aku dengar suara kau kan?" aku berbasa-basi. Telefon ditekap rapat pada telinga. Kaki pula memeluk rapat bantal peluk.

Memandangkan aku baru sahaja menjejak kaki di tanah air, seronok jugak dapat cuti sehari dua bagi membetulkan masa tidurku. Jetlag punya pasal! Dapatlah aku bermalas-malasan di apartment Juyeon memandangkan kami tiba lewat semalam. Chanhee mungkin tak kisah.

Juyeon? Entah, sejak aku kuncikan diri di dalam kamar yang berasingan, langsung aku tak nampak bayangnya. Masalahkan aku? Aku yang minta bilik asing memandangkan masih belum biasa tinggal dengan lelaki sebilik, sekarang tertanya-tanya pula Juyeon ke mana, hidup ke tidak.

Aneh sebab perangainya hari ini tak macam masa honeymoon dulu, suka hati terjah bilik aku macam penyangak!

Tiba-tiba pipi terasa panas. Lekas jemari dilarikan pada pipi bagi merasa haba.

"Woi Yura, teringat laki kau ke? Dengar tak aku bebel ni!" tempelak Changmin.

"Hah." spontan mulut memberi tindak balas. Bayangan nakal Juyeon yang bermain di ruang mata awalnya memghilang. Lantas muka yang panasnya semakin menjadi-jadi disembunyikan pada bantal peluk.

"Ada perempuan pelik tengah stay dekat rumah aku ni. Aku nak beritahu kau pasal dia kalau kau datang kerja pagi ni." bisiknya lagi.

Bantal peluk dialih dari muka. Telefon ditekapkan pada telinga kiri pula. "Lah, cakap jelah kat sini, apa susah. Perempuan yang mintak belikan pads tu ke?"

"Haa dialah, susah cakap sini."

Mata yang layu awalnya meluas sedikit. "Kenapa susah?"

"Sebab sekarang dia tengah tinggal dengan akulah bebal. Sebab tu susah nak roger kau dia siapa!" marah lelaki itu walaupun yang aku dengar sok-sek suaranya berbisik.

Aku sekadar berdecit kecil. kalau Changmin berada di depan mata sekarang, mungkin aku sudah libas kepalanya sehingga lehernya berpusing 360 darjah anticlockwise!

"Taklah bingai. Aku ingatkan kau dah pergi kerja."

"Belum aku baru nak sembur perfume ni. Alamak aku dengar footstep perempuan tu-" tidak sampai berapa milisaat, talian lelaki itu terputus begitu sahaja.

Kepala digeleng. Changmin, Changmin. Punah deep sleep aku pagi ni. Sudahlah jam empat pagi baru aku dapat lelapkan mata. Sekarang jam enam sibuk dia ajak aku bergosip pasal perempuan entah mana-mana dia kutip sampai biarkan aku nak cruise sorang diri.

Puas bergolek kiri dan kanan bagi mencari spot selesa, akhirnya aku mengalah. Mata kekal segar bugar angkara aku tertanya-tanya siapahkan gerangan perempuan itu. Perlahan kaki mencecah lantai marmar sebelum aku menapak ke arah pintu bersama pajama satin pada tubuh. Tombol pintu dipulas. Mata pula meninjau segenap apartment yang tampak suram.

Iyalah, baru tujuh nak masuk lapan pagi. Juyeon pasti masih tidur.

Aku menapak ke ruang tamu. Tirai yang menutup pintu balkoni aku selak supaya cahaya dapat menerobos masuk ke seluruh pelosok rumah. Kagum aku dibuatnya setelah melihat susun atur perabot rumah lelaki ini. Sungguh mahal dan minimalist! Tetapi masih ada sisa rumah seorang bujang menandakan aku perempuan pertama jejak ke sini.

bad.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang