2 8

37 10 20
                                    

•••

« yura »

"Sorry la Jae menyusahkan kau je nak pickup kan aku dengan Yura ni. Tiba-tiba tayar kereta aku pecah. Ingatkan tayar spare ada tadi." keluh Juyeon di tempat duduk sebelah pemandu.

"Small matter. Alang-alang aku stay kat rumah abeoji aku. Nasib baiklah dekat dengan tempat kereta kau tersadai. Semalam celebrate dia punya hwangap dengan satu family besar. Ada hikmah jugaklah aku ambil cuti extra semata-mata nak temankan dia. Aha, alang-alang tu aku boleh teman kau pergi meeting esok. Kau ada meeting dengan anak company MERCK kan?" panjang lebar Hyunjae berceloteh sambil memusingkan stereng masuk ke simpang kanan.

Aku yang berada di tempat duduk belakang sekadar mendiamkan diri. Malas mahu campur hal syarikat antara mereka. Kalau aku bercakap pun bukannya Juyeon suka. Tambah pula dia pernah warning aku hati-hati dengan Hyunjae. Kenapa ya? I see nothing was wrong with him. Hyunjae nampak normal saja.

Melata mataku memerhati pokok-pokok besar yang tubuh di sepanjang jalan. Sesekali aku ambil telefon dan belek. Takde line, jadi aku sambung menatap pemandangan luar yang kian suram.

"Yura kat belakang okey ke? Sabar, sikit lagi nak sampai." mata Hyunjae terarah padaku menerusi cermin pandang belakang. Aku nampak smiley eyes miliknya yang menyepet.

"I'm fine. Masih belum ada tanda nak mati or something." jawapanku mengundang dehaman Juyeon.

Aku buat tak peduli.

Tibalah pancuan dipandu Hyunjae berhenti di hadapan satu pagar besar. Tidak sampai beberapa saat, pagar itu automatik terbuka sendiri. Aku curi pandang pada jalan di hadapan sana. Masih sama, kiri kanan masih hutan tebal. Rumah jenis apa tengah-tengah hutan ni?

"Bapak kau mafia ke rumah dalam hutan ni?" salah satu soalan yang bermain di benak akhirnya termuntah keluar.

Hyunjae tergelak.

"Kau ni banyak sangat baca novel. Juyeon tak tapis ke apa yang kau baca ha?" dia mengerling padaku melalui cermin pandang belakang.

Aku angkat penumbuk.

"For your information Yura, sebab kau nampak curious sangat. This is my family's mansion. Tiap-tiap kali ada event besar ke apa, semua kitorang buat dekat sini. Jimat sikit tak payah nak booking hotel bagai. Privacy pun terjamin sebab access keluar masuk kawasan ni limited untuk keluarga kami sahaja. Ini aku bawak masuk korang jenuh nak membodek si abeoji aku." sambil dengar Hyunjae yapping aku memerhatikan kawasan hinggalah satu rumah agam berdiri gah di tengah belantara ini.

Aku terpana. Kagum! Aku tak tahu apa reaksi Juyeon sekarang, mungkin dia tahu memandangkan mereka berteman 'rapat'.

"Jom!"

Masing-masing melangkah turun dari kereta. Aku sangkutkan sling bag pada bahu. Entah kenapa deep down aku rasa macam tertinggal something.

Kami disambut ramah oleh seorang lelaki tua di hadapan pintu bersama beberapa pembantu rumah di sisinya. Walaupun raut lelaki yang aku anggap bapak Hyunjae tampak sudah lanjut, serta rambutnya yang beruban, aku lihat badannya masih tegap. Tiba-tiba rasa kerdil pula berdiri di hadapan lelaki bertiga ini. Akhirnya mata tua itu jatuh padaku. Pandangan kami bertaut buat seketika.

Warna irisnya, tak ubah seperti Hyunjae dan mirip denganku. Amber. Mungkin kami dari keturunan yang sama sebab aku bukan anak kandung Papa? Mungkin.

bad.Where stories live. Discover now