FAMILY | 03

111 10 0
                                    

| FAMILY |

~~~~~

DI pagi yang cerah. Suasana yang indah dan angin pagi yang sungguh segar.

Lee Taeyong berjalan santai bersama pembesar suara di tangan kanannya. Tidak lupa gaya berjalan seperti model majalah popular. Ingat catwalk dia tu orang insecure lah?

"Bismillah."

Ayat pemula dia baca. Maklumlah bekas pelajar tahfiz. Mahu marah pun kena Bismillah dahulu. Kerana sebelum memulakan sesuatu itu perlu ucapkan Bismillah.

"ASSALAMUALAIKUM PENGHUNI-PENGHUNI RUMAH INI! BANGUNLAH ANDA SEBELUM ANDA TIDUR BUAT SELAMA-LAMANYA!"

Setelah itu dia kembali meletakkan pembesar suara di atas meja kayu. Duduk di sofa sambil menyilangkan kaki dan tangan seperti bos besar.

Jam dilirik, sudah 10 minit menunggu. Batang hidung 22 orang manusia itu langsung tidak terlihat. Tak akan inalillah berjemaah?

Hah! Sudah. Ada ke tidak penggali kubur tengah lapang pagi Jumaat ini? Taeyong tidak sedia nak panggil orang kampung buat doa tahlil malam ini. Mana nak cari khemah lagi. Siapa-siapa bantu Lee Taeyong.

Ini tidak boleh terjadi. Taeyong kena buat sesuatu ni.

Dia bangun dan berjalan pantas ke dapur lalu kembali bersama dua baldi di tangan dan gayung. Tidak lupa tuala yang di letakkan di bahu.

"Tak mahu bangun, ya?"

Bilik pertama dia masuk. Menempati para penghuni yang muda. Terdapat 4 manusia si situ dan dengan lafaz bismillah satu gayung air dia siram di muka masing-masing.

"Mak! Kebakaran!"

"Apa kebakaran? Nasib aku siram air paip kalau aku siram air kopi. Tak fasal-fasal dapat mandi pekej sarapan pagi." Bebel Taeyong lalu keluar. Tidak menghiraukan wajah masing-masing yang sudah basah kuyup.

Penghuni di dalam bilik itu hanya mampu menjerit kerana perlu menyidai kain cadar di luar. Mesti penuh ampaian.

Bilik kedua dia masuk. Di situ ditempati 5 manusia dan selamatlah air tersebut membasahi wajah mereka.

"Ahhh! Banjir!"

Tadi kebakaran ini banjir pula.

"Apa banjir-banjir? Bangun! Siapa suruh tidur balik lepas subuh? Macam mana rezeki nak masuk?" Bebel Taeyong.

Haechan sudah bergerak memberi kapas kepada keempat-empat sepupunya sebelum telinga mereka perlu menerima rawatan susulan atas kecederaan yang di lakukan oleh Lee Taeyong.

"Bang Lutfi, baik jangan membebel pagi-pagi. Cuba kejut penuh kasih dan sayang." Ujar Jaemin sambil mengelap wajahnya yang dibasahi air sambil-sambil itu tangannya meraba bantal untuk kembali berbaring.

"Apa penuh kasih dan sayang? Baik bangun. Pergi siram pokok bunga kat luar ke tolong masak sarapan pagi ke? Naqib dan Nazhan pergi beli kuih dekat gerai." Ujar Taeyong sambil kaki melangkah keluar bilik. Jaemin dan Jeno yang menerima arahan itu hanya mengeluh pelan. Baru nak pejam mata balik sudah kena keluar di pagi hari ini.

[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now