FAMILY | 11

35 9 1
                                    

| FAMILY |

~~~~~

"BANGUN MANUSIA SEKALIAN! SAHUR! SAHUR! SAHUR! SAHUR!" Itu suara teriakan Taeyong bersama kompang di tangan.

Untuk pengetahuan, Taeyong dulu ahli kelab kompang Kampung Berbuah Tiga Kali. Jadi bab-bab macam ni serahkan pada dia. Dia tahu macam mana nak buat.

Semua orang telah duduk di ruang tamu menikmati makanan sahur mereka. Mereka hanya makan lauk semalam yang di panaskan dan menggoreng telur dadar. Jadilah juadah bersahur mereka.

Maklumlah puasa pertama. Masing-masing mata macam kena letak gam. Asyik nak tertutup sahaja mata tu. Nasib baik Taeyong bawa kompang. Siapa tidur kenalah dia.

"Lepas sahur bersiap-siap. Kita solat subuh dekat masjid. Siapa yang tidur balik aku sunat dia buat kali ke dua." Taeyong berujar dan hanya mendapat anggukan sahaja dari mereka.

Setelah selesai acara bersahur. Semua anggota bersiap-siap memakai baju melayu dan bersongkok.

Seperti biasa, berjalan kaki beramai-ramai menuju ke masjid. Sambil-sambil itu mereka menyapa orang kampung yang menuju ke destinasi yang sama dengan mereka.

Setelah beberapa minit perjalanan mereka tiba di masjid. Semuanya telah bersedia di saf masing-masing.

Setelah selesai solat subuh, mereka mendengarkan beberapa tazkirah subuh oleh seorang ustaz.

Bukannya dengar. Mata sahaja terbuka tetapi fikirannya entah ke mana. Entah-entah terbayang katil di rumah.

Tajuk tazkirah subuh hari ini ialah hikmah berpuasa dan dan kebaikan kita berpuasa.

"Baiklah, hadirin hadirat sekalian, sesungguhnya berpuasa dapat menjadikan kita manusia yang sabar-"

"Lambat lagi ke?" Tanya Haechan pelan.

"Sabarlah. Bukan selalu pun kita solat subuh dekat masjid. Selalunya kita solat kat rumah mana ada dengar tazkirah macam ni." Jaemin berujar. Matanya tetap fokus kepada seorang lelaki berjubah putih dan berkopiah di hadapan sana.

Macam-macam dugaan bila duduk dengan Haechan. Bermacam soalan dia tanya. Entahlah, Jaemin tidak tahu lagi mahu menjawab apa.

"Selesai sudah tazkirahnya saya pada hari ini. Saya minta diri dahulu dan wassalamalaikum warahmatullahi wabarakatuh." Ucap ustaz itu sebagai penutup.

Selesai sahaja, mereka kembali pulang ke rumah. Memandangkan hari pertama puasa mereka dapat cuti jadi bolehlah perbanyakkan amalan di rumah. Kalau mereka rajin, doakan lah bujang-bujang ini rajin dan sabar menghadapi dugaan berpuasa pada tahun ini.

~~~~~

"NAQIB, kau lapar tak?" Tanya Haechan pelan.

"Asal cerita masa puasa ni banyak pasal makanan eh?" Tanya Haechan lagi.

Benarlah, banyak benar dugaan apabila puasa. Tadi mereka buka media sosial fasal air dan makanan.

Mereka melirik jam di dinding kayu rumah itu. Baru sahaja menunjukkan jam 2 petang. Masih ada beberapa jam lagi untuk menunjukkan jam berbuka puasa.

"Hah! Aku bosan." Ujar Haechan lalu bangun dan mendudukkan diri di sofa rumah tamu.

Telefonnya kembali membuka media sosial manatahu masa berlalu cepat. Tiba-tiba dah nak berbuka kan?

"Hai wassup guys..."

"Naqib, dia kembali lagi." Ujar Haechan sambil menunjukkan layar telefonnya.

"Wei, nanti kita cuba resepi ni eh masa nak berbuka puasa." Haechan bersuara lagi dan Jaemin hanya mengangguk kepalanya.

Tiba-tiba, Jisung datang bersama air sirap Bandung laici di tangan. Haechan dan Jaemin memandang satu sama lain lalu kembali menatap Jisung yang sepertinya tidak membuat masalah apa-apa.

"Jilani, kau tahu tak hari ni puasa." Tanya Haechan dan Jisung mengangguk.

"Tahu, sebab tu lah Jilani- EHHH! YA ALLAH! AKU TERMINUM!" Jisung menjerit. Macam mana dia boleh lupa hari ni puasa. Sedap betul dia menikmati air Bandung laici ais ni.

"Tak apa, kau tak sengaja kan? Kalau tak sengaja tak batal. Dah jangan minum lagi." Jaemin mengambil cawan itu lalu di bawa ke dapur.

Haechan melihat tanpa berkedip air Bandung laici itu.

"Bang, kau kenapa?" Tanya Jisung kerana melihat riak wajah sedih Haechan.

"Kau untung, kau dapat minum sikit. AHHH! NAK LUPA JUGA!" Haechan terus berlari masuk ke bilik. Jisung yang melihat hanya menatap pelik.

Asal dia dapat abang sepupu perangai macam ni?

~~~~~

"WEI! Kau dengar tak apa yang aku dengar?"

"Dengar, kenapa? Azan kan?" Ujar Hendery. Dia menatap Lucas di sebelah dengan pandangan pelik. Asal pula kawan dia seorang ini?

"Jom, nak berbuka!"

"WOI! KAU KENAPA ITU AZAN ASAR. ASAL KAU NI! TAK PERNAH DI BUAT ORANG NAK BERBUKA MASA AZAN ASAR. SELALUNYA ORANG BUAT ZOHOR." Hendery berujar lagi. Pelik benarlah dia.

"Oh, belum eh? Aku tengok langit dah nak gelap." Ujar Lucas dan kali ini Hendery tepuk dahi.

"Memanglah, gelap. Dah nak hujan. Jom, balik. Nanti tak fasal-fasal mandi free." Ujar Hendery. Dia terus bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke rumah.

Malas mahu melayan karenah Lucas. Ada pula nanti di buat benda pelik lagi.

~~~~~

"AMIN..."

Akhirnya mereka telah berbuka. Hanya hidangan biasa. Nasi putih, ayam goreng kunyit, sambal belacan dan sayur tumis.

Air pula, hanya air katira yang di beli oleh Johnny di bazar dan air yang di buat oleh Haechan dan Jaemin.

Selesai acara makan, mereka solat maghrib beramai-ramai dan bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat terawih.

Begitulah hari pertama mereka menyambut puasa pada tahun ini. Semoga sahaja perkara tidak di ulangi lagi oleh bujang-bujang ini.

~~~~~

Akan bersambung...

~~~~~

Macam Pendek kan? Tapi tak apa. Ini je sempat buat dulu.

Dan, macam mana pengalaman puasa pertama Korang? Okey ke tidak?

[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now