FAMILY | 13

23 9 0
                                    

| FAMILY |

~~~~~

"ARE you guys ready?"

"1,2,3...."

BOM!

Keempat lelaki itu bersorak gembira. Jadi juga meriam buluh buatan mereka.

"Power lah kau, Haziq."

"Biasalah, Haziq Danial kan?" Rambutnya dia selitkan di telinga. Haechan bangga dengan hasil kerja tangannya.

Jaemin hanya menggeleng kepalanya melihat reaksi berlebihan Haechan. Drama betul.

"LARI! PAK IMAM DENGAN ORANG MASJID BUAT ROMBONGAN KE SINI!" Itu Yangyang yang menjerit dari jalan kecil.

Haechan, Jaemin dan Jeno saling berpandangan. Apa Pak Imam? Orang kampung? Matilah kena sidang sampai tengah malam.

"Apa lagi yang berpandangan tu? Ingat apa drama Bollywood? Larilah!" Yangyang kembali bersuara setelah melihat ketiga manusia itu sedikit pun tidak beranjak.

Mereka ingat apa? Drama ke nak zoom seorang-seorang punya muka? Tambah slow motion sekali? Macam tu?

Tanpa apa-apa mereka terus berlari tidak cukup tanah.

~~~~~

"INI nak buat apa dengan empat orang ini?" Salah seorang orang kampung bersuara. Sudah jam 11 malam masih tak selesai lagi sidang menyidangnya. Pak Imam ni tak tahu ke esok nak kena bangun sahur?

"Pak Imam, apa kata kita sambung esok je? Dah malam ni." Taeil berujar untuk melindungi adik-adiknya. Bagus! Contoh abang yang baik.

"Esok? Tak boleh! Kita kena selesaikan malam ini juga. Dah berapa kali dia orang berempat ni buat masalah. Kamu tak tahu ke Taj, dia orang pernah curi makan masa orang solat terawih? Lepastu apa lagi?"

"Dia orang pernah curi buluh nak buat lemang rumah Pak Udin!"

"Dia orang pernah curi pelita rumah saya! Nasib baik saya nampak. Kalau tidak?"

Taeil tepuk dahi. Banyak benar masalahnya empat orang ini. Ini tak campur masalah nak ponteng puasa semalam. Kalau tambah? Ya Allah, Taeil malu. Mana nak letak muka handsome dia ni?

Taeil pandang satu per satu adik-adiknya itu. Haechan dan Yangyang sedang tersengih-sengih. Ada juga dapat kaki nanti.

Jaemin dan Jeno pula tayang muka minta kasihan. Macam mana ni? Taeil nak buat apa? Dia tak tahu lebih tepatnya.

"Nasib baik kami tak bagitahu Abang Lutfi kamu. Kalau bagitahu? Sudah satu kampung dia kejar kau orang berempat macam tahun lepas." Pak Imam berujar lagi. Macam-macam perangai ada, ya.

"Kesalahan ini boleh di maafkan tak?" Tanya Jaemin berhati-hati. Takut tersalah cakap.

"Maaf? Tak boleh!"

"Tak boleh? Eh, Pak Imam. Sedangkan nabi ampunkan umatnya apalagi Pak Imam yang manusia biasa ni, kan?" Haechan berujar berani.

Pak Imam yang mendengar itu hanya menayangkan tatapan tajam. Ada je jawapannya nak kenakan dia balik.

"Kau ni pandai betul menjawab, ya?" Abang Roslan bersuara selaku Ahli jawatankuasa kampung.

"Memanglah, pandai. Kalau tak pandai saya tak dapat 9A, SPM."

Abang Roslan yang mendengar itu nafasnya naik turun. Ada je jawapan dari mulut Haechan. Rasanya dia tak boleh menang bertanding berhujah kalau dengan Haechan. Terlepas terus jawatannya nanti.

"Eh, kau dapat 9A, eh? Bukan kau sama dengan aku ke? 6A?" Yangyang berujar sambil memandang pelik Haechan di sebelahnya.

Haechan yang mendengar itu hanya mampu tersenyum pasrah.

"Itu UPSR! Aku kata SPM! Itulah orang ambil keputusan SPM kau patah kaki!" Ujar Haechan dan Yangyang hanya menayangkan muka tidak bersalah. Sekurang-kurangnya dia ambil juga SPM? Kan?

Apalah Haechan ni. Itupun nak kecoh.

"Sudah! Diam! Kalau tak aku tinggal kau orang berdua dekat depan masjid ni sampai esok subuh." Ancam Pak Imam.

"Habis tu nak buat apa sekarang ni?" Tanya Abang Roslan sambil mencekak pinggang.

"Aku tahu nak buat apa." Ujar Pak Imam sambil tertawa jahat. Adalah tu rancangan nak kenakan empat manusia tu.

~~~~~

"PAK imam! Lama lagi ke nak kacau ni? Tangan saya macam dah nak patah ni."

"Nak patah? Tapi tak patah lagi kan?"

Haechan hanya mampu pasrah. Di tengah matahari tegak begini di suruh mengacau dodol. Rasanya raya minggu depan lagi. Cuma tak tahu hari apa. Kena tengok anak bulan dulu.

"Sudah, jangan merungut. Nanti tak jadi dodol tu." Pak Imam hanya mampu menjeling sedikit ke arah Haechan dan kembali melihat surat khabar.

"Pak Imam! Nak tunggu berapa jam lagi?" Tanya Haechan.

"Sampai dodol tu siap. Sudah! Jangan merungut!"

"ALAH! ABANG LUTHFI SELAMATKAN ADIKMU INI!"

Di lain tempat ada Jaemin dan Jeno yang sedang sibuk dengan daun palas.

"Asal tak jadi? Jadi bentuk lain adalah." Jaemin berujar putus asa. Sudah lebih 3 jam dia duduk di situ. Satu ketupat palas apa pun tak terbentuk lagi.

"Jangan merungut." Jeno berujar sambil tangannya tidak berhenti melipat daun palas.

Jaemin hanya mampu melihat sedikit telefon pintar yang sedang menayangkan cara membuat ketupat palas.

"Hoi! Lambat lagi ke tu? Mak Nah ada banyak lagi kerja nak buat ni." Mak Nah mendekat sambil membawa dulang berisi barang masakan.

"Ya Allah! Satu apa pun tak jadi lagi ni. Ya Allah! Tabahkan hatiku ini!"

Jaemin dan Jeno hanya mampu menayangkan senyuman manis sahaja.

Yangyang pula sedang sibuk-

"MAK! MATA YAFEEQ SAKIT!"

"Hoi! Kau kenapa Yafeeq? Okey ke tidak?"

"Saya tak okey, Mak Cik! Mata saya kena attack dengan bawang durjana." Yangyang hanya mampu pasrah dengan mata pedihnya itu. Nak buat macam mana lagi kan? Benda dah jadi.

"Sabar je lah, ya?"

~~~~~

Akan bersambung...

~~~~~

Pendekkan? Dah agak dah. Tak apa ini je mampu dulu. Nanti di lain waktu kita publish lagi, okey?

Tapi kan, sekarang ni ada lagi ke yang main meriam buluh? Rasanya ada tapi macam tak ada kan?

[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now