FAMILY | 16

29 7 0
                                    

| FAMILY |

~~~~~

SUASANA di kenderaan milik Doyoung pula sedang meriah dengan nyanyian lagu raya dari Taeil dan juga back-up vocal daripada Jungwoo dan Doyoung. Lucas dan Jisung hanya mampu mendengar sahaja.

"Tua, muda, miskin, kaya
Sambut Syawal dengan riang
Beraneka suasana
Di mana-mana berada.

Malam bersuluh dengan cahaya
Rumah di hias bagai istana
Sungguhlah indah nampak bergaya
Alangkah damai penuh bahgia.

Warna-warni di Aidilfitri
Warna-warni di Aidilfitri
Warna-warni di Aidilfitri
Warna-warni di Aidilfitri."

Kemeriahan tersebut berakhir setelah lagu Warna-warni Aidilfitri itu habis dimainkan.

"Abang tahun ni Khalid yang pilih baju raya kan? Kan?" Tanya Jungwoo dan Taeil mengangguk beberapa kali.

Melihat itu Jungwoo bersorak riang. Tahun lepas Yangyang yang memilih tema baju raya mereka. Tahun ini, giliran dia pula. Tak sabar rasanya dia nak serbu semua kedai baju di pusat membeli belah nanti.

"Hafiz, kau sama dengan abang eh tahun ni." Itu Doyoung yang bersuara sambil memandu.

"Abang warna apa tahun ini?" Tanya Lucas.

"Putih."

"Macam baju nak pergi nikah je." Bisik Jisung pelan dan itu masih dapat didengari oleh Lucas dan lelaki itu hanya mampu tertawa pelan.

"Tak naklah. Hafiz sama dengan abang Qal. Abang Qal kata dia nak warna hitam." Ujarnya. Itulah cara nak menolak secara halus.

"Oh, kalau macam tu abang ambil warna hitam. Biar kita bertiga sedondon tahun ni." Doyoung berujar dan Lucas hanya mengiakan sahaja pernyataan abangnya itu.

"Tahun ini mak ayah kau orang balik kampung ke?" Tanya Doyoung lagi kini kepada dua beradik yang berada di keretanya.

"Oh, abah dengan umi kata tahun ni dia orang tak balik. Dia orang raya dekat Mekah. Pak Uda dengan Mak Uda balik ke tahun ni?" Tanya Taeil pula.

"Dia orang balik. Tapi raya kedua sampai raya kelima. Ingat nak buat rumah terbuka raya keempat nanti. Itulah rancangannya." Jawab Doyoung panjang lebar.

Bila ramai pakcik dan makcik ni memang meriah rumah pusaka atok mereka tu.

Sudah tugas mereka sepupu 23 orang jaga rumah itu.

Mak dan ayah mereka tentu duduk di bandar. Dia orang ni mak dan ayah kerja bagus-bagus tapi kena suruh duduk kampung sejak usia 12 tahun lagi. Macam mana tali persaudaraan tu tak macam adik-beradik kan?

Di kereta Ten pula, masing-masing tengah mencari di internet tema baju raya warna apa yang trending tahun ini. Kebanyakan berwarna Lilac.

"Warna soft pink tak nak ke Dzaki?" Tanya Hendery dan Xiaojun menggeleng tidak setuju.

"Tak nak! Aku nak warna baby blue."

"Alah, warna lainlah!"

"Tak nak! Tahun lepas kau dah pilihkan? Tahun ini bagi aku pula yang pilih." Ujar Xiaojun dan hanya tersenyum bangga kerana dia merasa dia menang.

[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now