| FAMILY|
~~~~~
"Sepupu-sepupu Kekurangan Akhlak"
LutfiTaeLee
Assalamualaikum!!! Saudara sedarah tak seibu dan sebapa sekalian.
JohnYq
Waalaikummusalam, saudara! Kenapa saudara pagi-pagi buta bising dekat group.
LutfiTaeLee
Pagi buta kau kata? Hoi! Dah pukul 10 pagi! Matahari dah tegak atas kepala. Yang lain mana? Yang lain mana?
YuSriNajmi
Waalaikummusalam, saudara sedarah dan seibu sebapa. Kenapa, kau?
LutfiTaeLee
Hah! Kau muncul pun. Aku punyalah telefon kau sampai sepuluh kali. Kau pergi mana?
YuSriNajmi
Minta maaf kakanda ku yang tampan dan lagi tampannya diriku ini. Aku tadi dekat dapur! Tengah bersihkan belakang rumah! Kau juga tadi letak note dekat almari baju aku suruh kemas belakang rumah! Hei! Marah ni marah ni!
LutfiTaeLee
Oh, eh?
TajBulan
Waalaikummusalam. Adinda sekalian kalau nak gaduh pergilah chat personal.
Kalau tidak, aku removed korang berdua dari group ni!KhalidWoo
Tacot! Abang Taj dah marah!
TajBulan
Diam kau!
~~~~~
Lutfi My Twinzsss
Najmi Yusri!
Apa mu?
Abah suruh ambil dia dekat airport. Tadi dia telefon ambil dia dengan ibu.
Buat apa? Sejak bila abah jadi pramugara?
Bukan!!! Sejak bila pula abah jadi pramugara? Kau kenapa Muhammad Najmi Yusri bin Ahad!
Janganlah marah! Orang gurau je kan? Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit nak marah. Jujur kau sebenarnya ada masalah mental eh?
Apa pula ni! Sudah! Baik kau siap-siap. Kita pergi KL ambil abah dengan Ibu. Kau! Kalau aku balik kerja ni tak siap lagi memang aku bakar photocard kau!
Sikit-sikit ugut. Yelah, abang ku tersayang yang bijak lagi tampan. Aku nak siap ni! Jangan bising-bising nanti cepat tua. Eh! Tapi dua ekor tu ikut ke?
Tak payahlah ajak dua manusia tu. Kita ambil Abah dengan ibu je bukan pergi jalan-jalan. Tapi kalau Nazhan dengan Naqib nak ikut. Bagi jelah.
Baik bos!
~~~~~
YUTA terus mengambil tuala berwarna biru di ampaian. Di sangkut tuala itu di bahunya dan berjalan keluar bilik.
"Qib! Kau nak ikut tak abang dengan Abang Lutfi pergi ambil abah dekat airport."
Jaemin membuat muka berfikir lalu memandang wajah abangnya beberapa kali dan terus menggeleng. Tetapi sebuah suara yang entah mana munculnya berteriak kuat.
YOU ARE READING
[✓] Family | NCT
Fanfictionɴᴄᴛ ᴏᴛ23 ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ ~ FAMILY ~ Mahukan keluarga yang harmoni aman dan sentosa walaupun kadangkala rumah boleh roboh kerana mereka? Di sinilah tempat anda. Pelbagai jenis manusia yang ada di sini. Tiada hari tanpa masalah dan teriakan kekesalan. Me...