| Family |
~~~~
PADA hari ini, semua manusia sedang sibuk bekerja kecuali 4 manusia ini. Taeyong sedang bawa anak-anak janda rumah sebelah pergi makan fast-food. 4 orang manusia ni dia tinggalkan. Kun pula sedang sibuk jadi stalker tidak berbayar.
Nak tengok takut-takut Taeyong pengaruh kan budak-budak tu supaya Taeyong jadi bapak tiri mereka. Adakah Kun tercabar? Semestinya dia tercabar. Tak apa mesti kena buat sesuatu ni.
Winwin? Lelaki itu nampak sahaja tidak bekerja. Tapi kerja dia perhatikan langit. Dia ingat duit boleh turun lah tu? Ten? Lelaki itu sudah lari pergi mengorat anak dara kampung sebelah. Dengar-dengar, ada majlis bersanding. Mana tahu bertemu jodoh di majlis persandingan orang.
Shotaro dan Sungchan sedang sibuk di dapur. Mereka ingat nak memasak makan tengah hari. Tapi tiba-tiba bertukar fikiran pula.
"Kenapa masuk ruang tamu balik? Kenapa? Dapur dah terbakar ke?" Tanya Chenle. Memang dia tu, mulut tidak berinsurans.
"Bukan, sebelum dapur terbakar. Baik kami batalkan niat kami. Takut-takut nyawa kita melayang nanti." Ujar Sungchan sambil mengambil majalah di bawah meja. Majalah lama jadi sudah hafal apa isi di dalamnya.
"Ilan mana?" Tanya Shotaro sambil melihat ke setiap sudut ruang tamu. Mana pula adik sepupu dia yang seorang ini? Lenyap dah.
"Pergi berbual dengan pokok rambutan belakang rumah Pak Dolah." Jawab Chenle sambil menukar setiap saluran televisyen. Tiada cerita langsung.
"Tak sedap hatilah." Ujar Shotaro tiba-tiba.
Sungchan dan Chenle automatik memandang wajah Shotaro yang sedang makan biskut tiger sambil cecah air kosong.
"Kenapa?" Tanya Chenle dan Sungchan serentak.
"Yelah, seba-"
"PAK DOLAH! SAYA TAK BERNIAT NAK MENCURI PUN!"
"Itulah sebabnya." Ujar Shotaro. Sungchan dan Chenle terus berlari ke tingkap melihat apa yang terjadi kepada adik bongsu mereka ini.
"Sini kau Jilani! Aku dah agak kau akan panjang pokok rambutan! Sini kau biar aku ikat dekat pokok banyak kerengga tu!" Ujar Pak Dolah sambil bawa tongkat. Alhamdulillah, kakinya masih kuat berlari mengejar si Jisung. Berani betul budak tu curi buah rambutan merah dia.
"Ampun Pak Dolah! Saya janji tak buat lagi!" Ujar Jisung sambil berlari ke seluruh rumah.
Sungchan, Shotaro dan Chenle hanya menikmati drama di hadapan mereka sambil menikmati biskut tiger. Tak sangka drama ini sungguh mengasyikkan. Fikir Chenle.
~~~~
"AKHH!!! BANG SAKIT BANG!"
Pak!
"Kau sungguh mencabar kesabaran aku! Kau tahu tak aku terpaksa batalkan date aku dengan janda sebelah rumah tu semata-mata nak selamatkan kau dari kena ikat dari pokok rambutan. Tiba-tiba si Kun fayakun, tu boleh muncul. Dia letak GPS ke apa dekat phone aku." Ujar Taeyong sambil menekan luka di lengan Jisung sehingga lelaki itu merintih sakit.
YOU ARE READING
[✓] Family | NCT
Fanfictionɴᴄᴛ ᴏᴛ23 ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ ~ FAMILY ~ Mahukan keluarga yang harmoni aman dan sentosa walaupun kadangkala rumah boleh roboh kerana mereka? Di sinilah tempat anda. Pelbagai jenis manusia yang ada di sini. Tiada hari tanpa masalah dan teriakan kekesalan. Me...