FAMILY | 18

30 6 0
                                    

| FAMILY |

~~~~~

JUMAAT pagi ini, semua orang sedang sibuk. Jam 5 pagi lagi mereka sudah bangun untuk menyiapkan makanan untuk pagi raya esok.

Taeil, Yuta, Jaehyun, Kun dan Jungwoo sedang menganyam ketupat. Lebih 100 biji mereka akan anyam. Bernasib baik kerana ada yang pandai menganyam ketupat. Kalau tidak ketupat segera sahajalah yang ada pagi raya nanti.

Setelah lebih beberapa jam lamanya ketipat itu diisi dengan beras oleh Mark, Renjun, Jeno dan Jisung.

Winwin dan Johnny pula sedang menyediakan api di belakang rumah. Mengisi air di dalam periuk besar untuk merebus ketupat.

Mereka semua hanya solat subuh berjemaah di rumah sahaja.

Jam 7 pagi, semua telah bersedia untuk merebus ketupat. Winwin dan Johnny di tugaskan menjaga ketupat. Taeyong mengataka merebus ketupat mungkin dalam 5 jam mengikut bilangan ketupat dan saiz ketupat tersebut. Kalau bilangan ketupat banyak dan saiz ketupat besar mungkin proses merebus berjalan lebih lama.

Yuta dan Sungchan ke pasar pagi untuk membeli barangan yang kurang dan tiada.

Ten dan Yangyang di tugaskan membersihkan ayam empat ekor di belakang rumah.

Lucas, Hendery dan Xiaojun pula ditugaskan memotong daging untuk memasak rendang daging.

Suasana agak riuh di bahagian dapur dengan gelak tawa dan gurau senda mereka.

"Lepas bersihkan ayam, bawa ayam masuk dalam. Jangan lupa bersihkan tempat tu." Taeyong berujar mengingatkan Ten dan Yangyang.

Taeyong pula ditugaskan memberi arahan.

"Daging nak potong macam mana abang?" Tanya Lucas.

"Potong sederhana. Nanti abang nak masak rendang."

"Abang! Kacang nak beli yang dah siap kisar ke yang belum?" Shotaro menjerit.

"Beli yang belum. Biar Jilani kisar kacang tu."

"Pian! Nanti kalau air kurung tambah air! Jangan sampai hangus pula ketupat tu. Api tu tengok!"

"Okey!"

"Naqib dengan Zaidan ambil buluh kat belakang. Abang nak buat lemang kejap lagi."

Setelah menerima arahan itu, Jaemin dan Chenle segera menjalankan tugas sebelum ada harimau yang bangun.

"Nazhan pergi ambil daun lerek dekat bawah rumah. Lepastu bersihkan daun tu."

Proses membuat lemang berjalan dengan lancar. Jaemin dan Haechan ditugaskan menjaga lemang.

Berjaga ajelah kalau mereka berdua tidur di pondok kecil depan rumah. Memang mandi lumpur percuma.

~~~~~

SELESAI solat Asar. Mereka mula sesi memasak. Semua orang mempunyai tugas masing-masing yang telah di agihkan sama rata oleh Taeyong.

Kun akan mengetuai bahagian dapur untuk bahagian memasak. Taeyong Ayan mengetahui bahagian ruang tamu untuk membersihkan ruang tamu.

Taeyong di bantu Ten, Lucas, Hendery dan Xiaojun untuk menukar langsir dan menukar sarung kusyen.

"Wafiy pergi ambil tangga dekat bawah lepastu buka langsir dekat Tingkap dengan semua pintu. Dalam bilik pun semua buka." Ujar Taeyong.

"Okey abang."

"Hanafi kau tolong pasangkan besi dekat langsir tu. Dzaki tolong Wafiy. Talib tolong buka sarung kusyen nanti aku tolong."

Semua orang mendengar itu terus mengangguk patuh.

Ten dan Taeyong terus membuka sarung kusyen berwarna biru bersorak garis putih itu di buka dan menggantikan dengan sarung berwarna merak bercorak bunga berwarna merah jambu dan sedikit daun-daun berwarna hijau muda.

Sarung sofa yang telah di basuh di pasang dan di atur dengan rapi oleh mereka berdua.

Lucas yang telah selesai membuka langsir membantu Hendery memasang langsir berwarna merah jambu di kesemua tingkat dan pintu.

Di bahagian dapur pula akan di pasang langsir berwarna kuning keemasan. Mungkin akan di pasang nanti malam setelah acara memasak telah selesai.

Lebih satu jam, akhirnya kerja mereka telah selesai. Ruang tamu telah selesai di bersihkan. Semuanya telah di lap dan sapu termasuk tingkap kaca yang telahpun pun di lap oleh Xiaojun dan Hendery.

Bunga palsu di atas meja telah di bersihkan dan tidak berhabuk lagi. Karpet telah di tukar dengan yang baru.

TEPAT jam 11 malam. Semua telah selesai menyiapkan segalanya. Lemang telah siap di bakar dan ketupat telah diangkat dan telah di letakkan di ampaian untuk di keringkan.

Langsir di bahagian dapur juga telah selesai ditukar. Dapur telah di kemas dengan rapi. Kuih raya juga telah di masukkan ke dalam bekas dan di susun di ruang tamu.

Malam itu semuanya sudah terlalu lelah dengan pekerjaan hari ini.

"Siapa nak gosok baju dulu. Gosok awal-awal. Tak adalah berebut esok pagi." Ujar Taeil mengingatkan.

Taeil dahulu mengeluarkan baju dan samping miliknya untuk di gosok. Diikuti Taeyong, Johnny dan Yuta seterusnya yang lain. Jaemin, Haechan dan Yangyang mengambil keputusan untuk menonton televisyen dan akan menggosok baju mereka esok pagi sahaja.

Takbir raya telah pun bergema di masjid kampung itu. Sedih dan gembira menjadi satu kerana tidak dapat beraya bersama ibu dan bapa mereka.

~~~~~

Akan bersambung....

~~~~~

Assalamualaikum dan hai awak semua. Baru hari ni boleh update sebab terlalu busy beraya. Sorry lambat update. Mungkin akan update dua kali hari ni? Mungkin? Tunggu je lah yer.

Sebelum tu, nak ucap selamat hari raya kepada semua umat Islam yang menyambut hari raya yang mulia ini.

Raya, raya juga. Tapi kesihatan jangan di lupa, ya.


[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now