FAMILY | 19

23 7 0
                                    

| FAMILY |

~~~~~

"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Laa ilaaha illallahu Wallahu Akbar,
Allaahu Akbar Walillahil Hamd’"

Takbir raya akhirnya beragema tepat jam 6 setengah pagi. Mereka semua telah bersiap sedia di dapur untuk menyiapkan juadah raya di atas meja. Dan semua telah bersiap berpakaian segak berbaju Melayu cekak musang dan teluk belanga dan samping atas lutut.

Taeyong, Yuta, Jaemin dan Jeno telah siap dengan baju melayu cekak musang berwarna merah milik mereka dan samping juga telah di ikat rapi.

Akhirnya Taeyong mengalah lagi dengan pilihan baju raya mereka tahun ini. Baiklah tahun depan dia perlu cuba menang untuk ini.

Johnny, Mark dan Haechan pula telah siap berpakaian baju Melayu berwarna seaweed. Taeil, Jungwon dan Yangyang pula dengan pakaian baju melayu berwarna magenta.

Kun, Doyoung, Ten dan Lucas sedondon berwarna hitam dan siap bersamping songket.

Winwin dan Renjun pula dengan pakaian soft yellow mereka dan juga bersongkok.

Hendery dan Xiaojun dengan baju pilihan Xiaojun iaitu baby blue.

Jaehyun pula dengan baju melayu berwarna mint green. Manakala Sungchan dan Shotaro segak berpakaian dengan warna coklat dan terakhir Chenle dan Jisung dengan pakaian mereka berwarna kelabu.

Selesai berpakaian, mereka terus menuju ke masjid untuk solat hari raya aidilfitri.

~~~~~

SELESAI sahaja solat berjemaah pagi raya. Mereka duduk di ruang tamu untuk bersalaman di pagi raya. Memohon kemaafan jika ada salah dan silap.

"Selamat hari raya abang, mohon maaf kalau Jilani ada salah dan silap. Ada tersalah bahasa atau ada perkara yang menyakitkan hati abang dan Jilani minta maaf kalau ada perkara yang tak baik Jilani buat belakang abang. Abang maafkan Jilani, ya?" Jisung menyium tangan abangnya lalu menatap dengan sedih wajah Chenle.

Chenle yang mendengar itu hanya mengangguk dan mengucapkan kata maaf kalau dia ada terbuat salah kepada adiknya itu.

"Siapa nak duit raya!" Taeil menjerit dan semua bersorak.

Bukan semua dapat, Hanya Lucas sehingga adik-adik di bawah Lucas sahaja yang dapat. Yang sudah tua Taeil kata dia yang kena bagi Taeil bukan Taeil bagi dia.

"Abang jom buat trends!" Ajak Shotaro dan semua hanya setuju.

Telefon telah tersedia di hadapan mereka.

Haiwan peliharaan milik juga telah bersedia dengan baju melayu milik mereka.

Lagu Glitch Mood dan lagu Sesuci Lebaran yang sedang trending dengan di media sosial semasa hari raya ini.

Selesai melakukan video. Mereka mengambil gambar keluarga. Mengikut giliran masing.

~~~~~

MEREKA sedang sibuk makan juadah raya mereka. Ada ketupat, Ayam masak kari, rendang daging dan rendang ayam. Ada juga sambal kacang. Sambal goreng. Lemang dan kuah lodeh juga telah tersedia di atas meja. Sate juga ada. Sempat Taeil memesan dan telah sampai pagi tadi.

Ruang makan itu sedang riuh dengan ikatan mereka. Bersyukur mereka dapat berpuasa penuh tahun ini dan tidak ada tertinggal walaupun sekali. Tetapi ada yang sudah berniat tetapi bernasib baik dapat di cegah.

Selesai sahaja acara makan. Semua telah sibuk di ruang tamu. Mereka sibuk beraya mendiami motor masing-masing dan ada yang menaiki kereta pergi beraya ke rumah jiran dan saudara mara yang di kenali.

Pagi raya itu semuanya berjalan dengan penuh gembira dan riang ria.

Waktu malam telah pun tiba dan semua telah jatuh tertidur kerana sudah penat beraya bertemu sanak-saudara dan jiran tetangga. Ada juga yang datang mengunjung ke rumah mereka seperti jiran terdekat dan kanak-kanak.

Sungguh raya yang meriah pagi itu. Mereka berharap tahun hadapan mereka akan berkumpul seperti ini lagi.

~~~~~

Akan bersambung...

~~~~~

Update lagi kita untuk kali kedua hari ini. Maaf pendek. Nanti kita sambung di lain hari, ya.

Tahun ni kamu semua tema apa? Ada yang sama macam bujang-bujang tu tak? Kalau sedondon tu jodoh lah ye...

Hehehehe..

[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now