FAMILY | 21

16 4 0
                                    

| FAMILY |

~~~~~

"ALHAMDULILLAH, tamat juga setelah 64 episod." Mark berucap bersyukur. Setelah beberapa bulan memaki hamun watak utama cerita itu. Mark puas!

"Aku suka ending dia!" Yangyang berucap riang.

"Akhirnya! Inilah pengakhiran yang sangat aku idamkan..." Kali ini Chenle pula berucap.

Mereka semua sedang menonton televisyen sehingga jam 11 malam lalu tidur setelah berpuas hati dengan pengakhiran drama yang berlangsung selama 64 episod.

DI pagi yang cerah ini, Taeyong dan Doyoung seperti biasa bangun .embasuh kain pakaian sebelum berangkat kerja. Memandangkan hari ini, Jumaat. Mereka akan bekerja separuh hari sahaja.

Jadi, hari ini tidak memenatkan sangat.

Keadaan rumah seketika sunyi hanya kerana ada Ten, Sungchan dan Jisung. Yang lain sudah keluar menikmati udara luar bersama dan ada yang bekerja.

Ten seperti biasa memasak sarapan pagi untuk mereka bertiga makan. Taeyong tidak sempat memasak untuk mereka pagi ini. Jadi, Ten ditugaskan memasak makan pagi mereka.

Hanya nasi goreng dan telur dadar sahaja. Itupun sudah menaik selera.

Selesai sahaja sarapan pagi. Mereka membantu menyidai pakaian yang sudah siap di basuh oleh Taeyong dan Doyoung. Penuh juga ampaian dengan pakaian mereka.

Hari ini, Ten ingat hendak mengemas rumah di bantu kedua pemuda itu.

Bernasib baik, Sungchan dan Jisung jenis boleh di minta tolong. Kalau tidak? Memang dia seorang sahaja yang buat.

Tidak sedar sudah jam 11 pagi. Mereka perlu membersihkan diri dahulu sebelum menyiapkan makan tengah hari dan sebelum mereka ke masjid menunaikan solat Jumaat.

Hanya lauk yang mudah iaitu sardin 3 tin bersaiz besar, telur dadar dan sambal belacan. Di pastikan akan melicinkan pinggan.

"Assalamualaikum!" Ucap Taeyong yang baru sahaja pulang dari kerja.

Jisung yang berada di ruang tamu di pandang sekilas lalu memberikan plastik merah yang Jisung tidak tahu isinya apa.

"Apa ni?" Tanya Jisung.

"Itu ada sayur sikit. Abang beli dekat kedai tadi. Bawa masuk dapur. Abang nak masuk bilik dulu, nak mandi."

Tanpa menunggu Jisung kembali bersuara dia sudah masuk ke biliknya.

Jisung hanya mengikuti arahan sang abang. Membawa sayur itu di dapur dan menyimpannnya di dalam peti sejuk.

"Yang lain mana?" Tanya Taeyong yang turun dari arah ruang tamu ke dapur bersama tuala di bahu.

"Abang Talib dengan Syariff ada dalam bilik, mungkin? Yang lain belum balik." Ujarnya dan mendapat anggukan faham dari Taeyong. Lelaki itu terus beredar ke tandas selepas mendengar jawapan adik bongsu mereka.

Jam sudah menunjukkan jam 12 setengah. Mereka semua sudah pulang ke rumah. Menyiapkan diri sebelum ke masjid.

~~~~~

SELESAI sudah solat Jumaat hari ini. Semua sudah pulang ke rumah. Menikmati masa rehat mereka secukupnya. Esok bekerja lagi dan lusa cuti.

Mereka menikmati makan tengah hari mereka dahulu bersama-sama dan menikmati air buatan Taeil iaitu air sirap laici ais.

Selesai sahaja makan, mereka berkumpul di ruang tamu untuk berbincang tentang hari qurban yang akan tiba tidak berapa lama lagi.

Mereka berniat untuk membeli seekor haiwan qurban untuk di buat qurban semasa hari raya Aidiladha nanti. Selepas itu niatnya untuk bersedekah kepada yang memerlukan.

Tahun ini mereka hanya meraikan 23 orang sahaja kerana ibu bapa mereka sedang menunaikan Haji dan akan pulang sebulan sahaja lagi.

Tahun ini mereka berniat untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Namun, wang tabung masih tidak mencukupi lagi. Jadi, mereka kurungan niat dahulu.

"Nanti kita beli haiwan korban dengan Pak cik Wan. Beli seekor nanti minta pihak masjid buat qurban dan kita agih-agihkan dekat orang kampung." Ujar Taeil dan masing-masing hanya mengangguk sahaja.

"Esok Lutfi tanyakan dekat Pakcik Wan. Takut ada yang dah ambik." Ujarnya Taeil dan Taeyong hanya mengangguk lagi.

"Nanti, Najmi pergi beli barang dapur. Ajak sekali sesiapa yang tak sibuk hati Ahad nanti. Ini duitnya. Belilah barang-barang yang tak cukup dekat rumah ni." Taeil menghulirkan sampul berwarna putih yang mereka tahu isi di dalamnya ialah sejumlah wang.

"Baiklah! Itu sahaja. Ada apa-apa pertanyaan?"

"Tak ada!" Mereka berucap serentak.

"Bagus!"

~ Akan bersambung ~

Selamat bercuti semua!!!


[✓] Family | NCTWhere stories live. Discover now